Doa Apabila Ditimpa Sakit



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Jumaat Hari Barakah, semoga semua sihat-sihat hendaknya. Selamat meneruskan kehidupan, dan jangan lupa menyandarkan segala aktiviti hanya kerana Allah :)

Actully hari ni nak post pasal lain tapi tak menyempat la pulakss. Hehe, so kita kongsi doa apabila ditimpa sakit. Haa khas buat siapa-siapa yang ditimpa sakit, tak kisah la sakit apa. Ingat, sakit jugak satu rahmat. No worries. InsyaAllah ada hikmahnya kalau kita sabar :)

Ni mar kongsi daripada fb page Fattabiouni ^^

Apabila kita sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. 
Harus diingat doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah. Maka perbanyakkanlah doa untuk diberikan perlindungan daripada penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. 
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya“
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Bacalah doa ini jika anda berasa sakit...


Jaga kesihatan diri ye semuaaa.. Jangan lupa jaga kesihatan rohani jugak! Hati & Iman :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE