3 Cabaran Penunggang Motosikal Wanita


Bismillah Syaafi, Bismillahi Kaafi,
Bismillahillazi La Yadhurruhu Ma'asmihi Syaiun Fil-Ardhi Wa La Fis-Sama-i,
Wa Huas-Sami'ul 'Alim :)


Assalamualaikum warahmatullah ~

Alkisahnya, tetiba kan nak menceritakan nya aduhai kan, tentang motosikal kan. Hehu.
Ni berdasarkan pengalaman peribadi, tidak terkait dengan mana-mana individu yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Lagipun ni kisah lalu, zaman belajar, zaman gigih bawak motor pegi kelas kan. 


Kalau nak cerita betapa 'bukan senang nak senang', memang tak senang la baca panjang berjela kan. Hehe makanya, di outline-kan menjadi 3 Cabaran Utama Penunggang Motosikal Wanita :D

1. Mudah ditipu. 

Ek saya tak tipu, cuma saya -mudah ditipu kerana saya wanita takdak ilmu. Ilmu apa ? Ilmu pasai motor la. Alkisahnya, saya beli motor second-hand, melalui mudah.my ! Saya letak kepercayaan yang tinggi pada si penjual. Pergi jumpa owner, masa tu dengan bestie saya, Nadya. Muahaha gigih kitorang. Alhamdulillah owner baik sangat nye pun aduhai. Hihi. Tapi yang tak best nya, biasala masa awal-awal, motor tu tak serasi lagi dengan saya. Berkali-kali hantar bengkel. Duit tak payah cakap la melayang kemain kau. Kengkadang rasa kena tipu dengan beliau - encik pomen hoho. Walaupun beliau gatal-gatal. Eii tau tak awak tu hadek, kita ni kak-kak, tua. Saja je kan tak baiki betul-betul. HUH

2. Kalau rosak tengah jalan, BLUR.

Muahaha. ni satu lagi, macam tah pape je daku. Tak ingat sangat dah berapa juta kali beliau bermasalah di tengah jalan. Yang tetap segar di ingatan, *sila imagine guna pancaindera ke-6*
"Masa tu hujan lebat, tunggu-tunggu takmau berhenti, gigih jugak lah kitorang redah hujan, sebab masa tu dah petang sangat. sudahnya sampai kat traffic light berhenti la lampu merah kan. Pastu dia taknak gerak-gerak dah. STUCK kat situ hampir setengah jam kot, dalam hujan nan lebat, jadi model tak berbayar kat traffic light. Nak tolak ke BHP seberang jalan, tapi tak berani, sebab kereta sentiasa bergerak dari kedua-dua arah. See? Gigih tak ? Hahahaha adoi kalo ingat, cam sengal giler~"
3. Terhegeh-hegeh kalau jem.

Haha. yang ni tertakluk khas untuk diri sendiri. Kalau orang lain, saya tak tau la kan. Siapa yang selalu bawak motor, masa jem teruk dekat KL, akan faham situasi ni. Motor akan menyelit dekat celah-celah kereta mewah kan, maklum lerr KL kan banyak kereta mewah *puii* (mode jeles) haha :P ok sambung, pastu kira motor ni akan berbaris kat celah-celah kereta kan. Haa bukti saya terhegeh-hegeh, selalu ada barisan panjang belakang saya, dan kalau ada kesempatan, mesti motor belakang saya akan memintas. Hihi. Padan muka sape suh duk belakang :P


# Fine. tu jela. Cabaran la sangat kan, bagi wanita nan lembah lembut amat macam daku *tangan kat bahu, mata ke atas*

# Satu lagi, suka sangat malas isi minyak, pastu motor kekeringan minyak lalu mati di tengah jalan, kemudian jadi model tak berbayar, dan mula menyusahkan orang ramai di sekitar negeri, kemudian bad mood sendiri :P

Moral of the story : Wahai wanita budiman sekalian alam, korang bawak la apa pun, motor ke, kereta ke, lori ke, bas or kapal terbang, mohon belajar la sikit. Hehe bukan untuk orang lain untuk kemaslahatan di masa hadapan gitewww ~

Ahaha. Take Care. Syukran reading sampai noktah ni. *VERANGAN ADA ORANG SPONSOR BELI KETA*

JCB :
Wahai umat manusia! 
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan 
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). 

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah 
orang yang lebih takwanya di antara kamu, 
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). 
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, 
lagi Maha Mendalam PengetahuanNya 
(akan keadaan dan amalan kamu).
_ Surah Al-Hujurat : ayat 13_


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE