Mengapa kita disuruh menutup aurat ?



Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab, ayat 59 : 
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak digangguDan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
"Perempuan seperti makanan, jika tidak bertutup dan terdedah, ia akan dihinggapi oleh perosak-perosak, maka tercemarlah ia. Orang yang 'bijak' dan menjaga pemakanan tidak akan makan makanan yang tercemar.."

Perosak-perosak berkenaan adalah seperti lipas, tikus dan lalat. Ini adalah perosak-perosak yang comel, selalu mencemari makanan. Kita sangat 'geli' dan 'mual' jika mengetahui makanan di 'nodai' oleh binatang-binatang ini. Dan jalan mudah yang biasa di ambil adalah dengan membuangnya ke dalam tong sampah, dan jika tidak ingin membazir kita akan beri makan pada kucing.

Maka, keadaannya adalah sama seperti perempuan yang 'terdedah' sana sini, 'tak cukup kain' dan 'pakai tudung tapi baju ketat melekat'. Mereka juga akan berhadapan dengan pelbagai risiko, dan menjadi intipan mata tajam 'perosak-perosak' durjana.

Pintu hati belum terbuka untuk menutup aurat. Jangan risau, pintu neraka menunggu kamu.

- Ustaz Azhar Idrus

Ayat-ayat yang kat atas tu, mar ada copy dari somewhere, tapi tak ingat dah kat mana, huhu. Sekadar perkongsian bersama, yang menutup aurat jangan terus mencemuh yang tidak menutup aurat, doakan mereka. Hati kita ni berbolak-balik, orang yang menyangka dia baik adalah orang yang jahat. Apa yang penting, sentiasa perbaiki diri. Semoga kita istiqomah. 

Manakala, yang tidak menutup aurat pulak, mohonlah kekuatan dari Allah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Nak kata tak sampai seru, al-Quran menyeru lebih 1400 tahun yang lalu, nak kata tunggu esok lusa, berani jaminkah kita masih hidup esok, lusa. Nak kata apa lagi ? Katalah jika berani melawan perintah Allah. Usah bertangguh. Yakinlah, bila kita buat sesuatu kerana takutkan Allah, Allah akan adakan bagi kita jalan keluar :) 

Jom sama-sama jadi baik, mana saya kurang, anda nasihatkan, mana saya lebih kita kongsikan, eh mana korang kurang, saya sudi lengkapi, dan mana lebih korang, mintaaakkk skeeettt, hehe :P 

Wahai wanita, sayangi diri anda. Wahai lelaki, sayangi ibu, isteri dan anak perempuan anda. Sayang menyayangi tidak hanya di duniawi, kan indah jika sampai ke syurgawi :)


Stylo ape pakai baldi ? Hihi. Nak berpesen sangat kaann. Cuma kena teror sikit lah masa nak menebuk ruang untuk muka, takut terlebih besar atau terkecik sangat. Kehkeh. Eh baldi hijau lagi tuuu, haaa kelass kau ~ Mana nak cari ? Haa kat kedai jual beledi lah. Berminat pm :P 

JCB :
Nah, hadiah, dengarkan ini. Untuk semua wanita yang saya sayangi :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

21 comments:

  1. Sama-sama kita ingat-mengingatkan ya Mar...

    ReplyDelete
  2. Sokong sokong....ngeee :-):-):-):-):-)

    ReplyDelete
  3. hehe, pakai tudung baldi pong chomel kan mar.. :D hihi...xpong pakai tudung salji, barulaa tikus lalat semua xhinggap :) nice sharing dear.May Allah bless u....

    ReplyDelete
  4. thanks for the reminder mar...adehh...meresap ke dalam jiwa ni... thanks again tau mar sebab bagi ingatan...sayang mar...

    ReplyDelete
  5. teteibe sedih je plak ni..iman syg ayah, abg n adik iman jdi iman jga aurat demi mereka dan suruhan allah
    http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/03/saya-redha.html

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah ramai artis2 kita skrg yg dah berhijrah...

    *Sayu lagu

    ReplyDelete
  7. gambaq tu buat pcl gelak...baldi pon ok wat !

    ReplyDelete
  8. suka entry nie.. setuju kata awak yang tak pakai tudung jangan pulak kita pandang serong, pulaukan, kutuk.. nasihat baik2 puji dia kalau dia pakai tudung mesti lawa. Kata2 yang baik lembut lebih menusuk kalbu. :) pakai baldi pun boleh eh asalkan tutup. haha. Moga kita semua sentiasa memelihara aurat dan akhlak :)

    ReplyDelete
  9. In Shaa Allah..terus ttp aurat

    salam kenal.. :D

    ReplyDelete
  10. sama2lah kita jadi yang sempurna..

    ReplyDelete
  11. di malaysia sekarang ni , ramai yg bertudung tapi yang tutup aurat sepenuhnya , mmg susah nak cari . dah terpesong dari ajaran yg sebenarnya .

    kita doakan semoga yg belum berhijrah , agar dibuka hati mereka untuk menutup aurat :)

    ReplyDelete
  12. haha pakai beledi pon stylo jugak tu....:P

    ReplyDelete
  13. comellh gmbar tutup pkai baldi :) nice entry

    ReplyDelete
  14. Salam,
    Tak kiralah nak berfesyen ke apa...Yg penting tutuplah aurat! Semoga Allah memberi petunjuk kpd mereka yg masih belum berubah.

    ReplyDelete
  15. salam mar :)

    skrg ni pun makin ramai artis wanita mula bertudung kan...:)

    ReplyDelete
  16. sy tak ada yang lebih, kurang adalah...

    ReplyDelete
  17. Ustaz Azhar selalu cakap gitu..tutup dengan tudung salji, baldi pun boleh..hehehe.

    ReplyDelete
  18. hahahahha...baldi pon baldi laa.asal tutup

    ReplyDelete
  19. hihi nice sharing kak Mar.. iha sayang akak sgt2 tau sbb akak buat entri dakwah mcm ni.. harap iha dapat jadikan akak idola, panduan, rujukan dan mentor iha.. tunjuk ajarku sifu! :D

    p/s: iha ada 1 cerita tau bab aurat ni, insya Allah nanti iha kongsikan kisah tu.. ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE