Silent Reader vs Stalker


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat sore ibu bapak, anak-anak yang saya muliakan, harini kita nak membicarakan silent reader VS stalker ! Ek, korang biasa tak jadi silent reader ? atau pernah tak menyandang jawatan stalker ? Pernah tak ? Kalau pernah, diam-diam je, nanti kena fire ~ Ngeh3.

Honestly, silent reader ni lah hobi baru i :P Eh tapi takde la sepenuh masa, buat secara part time je. Kebetulan kalau terjumpa suatu blog yang memenuhi ciri-ciri untuk di-silent reader kan diri, maka proses membedah blog tersebut berlama-lama dari satu entry ke entry yang lain. Haa begitu alkisahnya. Apakah korang mengerti akan hakikat silent reader dan stalker ? Menurut kamus belog jcb, edisi 0.5, terbitan kerangkrap :

Silent reader ialah pembaca senyap. Manakala, stalker ialah pengendap senyap. 

Kesimpulan dua-dua pun senyap. Spesis silent reader ni, bila baca satu artikel pastu dia senyap je, tak cakap dengan siapa-siapa dan tak tinggal komen, tak shout dan tak tak tak, segalanya tak melainkan membaca semata-mata ! Manakala spesis stalker juga lebih kurang jugak, cuma ia berlaku di laman sosial, facebook. Bila dia hanya memerhatikan gambar-gambar dan status-status pemilik akaun tanpa post apa-apa di timeline, like, share or komen ~

Ni definisi by jcb la, tidak mengikut istilah perubatan, perakaunan mahupun penternakan okey. Jadi, apa nak diceritakannya ?  

Ceritanya itu lah, taktaulah nak cite apa, kengkadang kalau sampai musim malas sangat nak update, suka singgah blog seseorang. Biasanya blogger tersebut saya tak pernah tegur lah, hehe kalau dah pernah tegur chances untuk 'just be silent and keep reading' tu susah la nak dipraktikkan sebab tangan ni sangat perajin menaip komen. Kehkeh.

Biasanya blogger itu adalah cantik, muahaha. Siapa yang rasa cantik tu kan memang blog korang ler jadi mangsa. Ahahaha. Eh cantik subjektif kan, cantik di mata saya. Tak kira lah laki ke perempuan kan. Satu lagi blog dia mestilah mudah dicapai, ek capai apa.. capai entry-entry dia yang lama. Hoho. Blog yang kemas, saya nampak jenis tulisan yang saya suka baca dan gambar menarik yang saya suka tengok, yang dia letak sahaja. 

Kalau ada yang tidak bersetuju dengan jawatan silent reader, maafkan saya. Kerana once kita dah publish taipan kata-kata kita, bermakna we're ready to be read by whoever. Eh betul ke omputeh aku ni ? Haha. Kalau tak faham, email saya -bhahaha bajet.

suke-suke je ek, byk lagi use nye ~
Menyandang jawatan silent reader juga bukan bererti sombong atau sebagainya, cuma tidak mahu menambah beban kepada blogger tersebut melayan komen yang melambak. Eh, hehe lagi pun pada pendapat peribadi saya la kan, silent reader lah yang banyak menyumbang pageviews, ngeh3... tak percaya ? Ye lah dia hanya membaca, so dia banyak masa untuk berpindah ke entry lain, berbanding yang perlu komen - kena taip komen, baca paling banyak dua, tiga entry dah penat. kekekekeke :P Yang penting, tetap saling mendoakan :)
"The most valuable and best gift you can give to someone is doa"
Apapun, saya tetap hargai silent readers di belog ni, anda saya kenal atau tidak, tetapku sayang sepenuh hati. ahakk romantik ler plak :P eh eh jomm appreciate our silent readers ! dear uols, please enjoy the silence. tinkiyu tinkiyu XD


Tapi, kalau jadi stalker tu macam tak enak la pulak kan, *walaupun selalu buat dekat fb* :P
tapi yelah macam saya cakap tadi, sekali kita dah letak kat laman sesawang ni, means kita dah bersedia untuk .. emm untuk apa ek, korang fikir sendiri lah ~ :D

Nah, nak kongsi kartun dakwah yang baik dan bagus untuk kesihatan diri ^^


JCB :
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan Akhirat,
hendaklah dia berkata yang baik atau diam"
- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim -


  
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE