Solat Sambil Mengendong Bayi


Bismillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.
Meh nak share laju-laju ~
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua :)

Islam agama sempurna, indah dan mudah. Dalam segala hal, Islam sememangnya cara hidup. Lebih-lebih lagi dalam bab solat, rukhsah sentiasa diberikan kepada orang musafir, orang sakit, orang berperang dan begitu juga ketika perlu menjaga anak kecil.

Abu Qotadah al-Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata :

“Rasulullah s.a.w pernah solat sambil mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulillah, anak kepada (suaminya) Abi al-‘As bin Rabi’ah bin ‘Abd Shams. Apabila baginda mahu sujud baginda meletakkannya. Apabila bangun baginda mendukungnya kembali” (Riwayat al-Bukhari).



Untuk menjaga kesempurnaan solat sebegini, kita perlu menjaga beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Di antaranya ialah dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:

1) Mempastikan bahawa anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.

2) Mengawal pergerakan kita semasa solat. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu’) ketika menyempurnakan solat.

3) Hendaklah mempastikan bahawa dada kita sentiasa mengadap kiblat.

Namun begitu, amalan solat sebegini bukanlah rutin setiap hari bagi semua ibu dan ayah kepada semua anak kecil. Ianya dilakukan apabila satu keperluan untuk mengerjakan solat seumpama ini tidak boleh dielakkan.

Untuk bacaan lanjut sila ke SINI, SINI :)

KREDIT : http://zainurrashid.com 
             Islam Agama Ku
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE