Ibubapa : Perhatikan siapa anak anda di alam maya


Assalamualaikum semua.. 
Sepanjang minggu ni panas betul kan cuaca. Macam di terik-terik kulit. Allahu Qahhar.. panas dunia dah tak tahan. Yuk kita perbanyakkan istighfar, sesambil duk blogwalking, update entry ke, mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa sedar atau tanpa sedar kita, dan moga-moga jiwa kita mudah menerima nasihat dan teguran :)

Tiba rasa nak taip entry ni laju-laju, lama sudah memendam, tapi tak terluah. Runsing. Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, dapatkah ibubapa menjamin bahawa anak mereka selamat dari ancaman, godaan, kerosakan luar meski berada di dalam rumah ? Sudah pasti tidak. Secara peribadi, saya amat menggalakkan agar ibubapa perhatikan 'apa aktiviti anak anda di hadapan skrin komputer', bukan maksudnya mengongkong. Meski tidak mampu memerhati 24 jam, tapi korban sedikit  masa untuk melihat aktiviti-aktiviti mereka di alam maya.


Ini realiti. Siapa sahaja boleh menjadi "siapa pun" di alam maya ini. Oh macam berbelit-belit pulak ayat. Saya yakin anda faham. Tak faham, pm :P kekeke. Anda biasa lihat anak remaja upload gambar banyak-banyak, banyak sangattt, kalau boleh setiap pergerakan dia nak amik gambar dan upload di facebook ! Walhal dalam pose yang sama, apa yang berbeza rambut senget ke tepi, atau mulut di-duck kan atau mungkin juga, kenyit mata sebelah. Ek. Kalau berjalan pergi somewhere tu, saya consider la lagi nak letak, boleh jugak tengok tempat, ni kalau dah muke die je setalam, ada 92 kepim, apa kess ~

Apa yang menyedihkan, lingkungan usia mereka. Dalam situasi sedemikian, kita dapat lihat yang mereka ni macam SUNYI, BLANK, BLUR, BOSAN GILE ~ sebab tu buat yang pelik-pelik kat alam maya. Miming lagu-lagu popular lah, buat video lah, korang sure pernah tengok kan yang pelik-pelik boleh bikin urat kentut putus tuu ! Allahu Akbar mengucap panjang. Uff maaflah akak bukan nak mengata, but seriously, apa sebenarnya intention korang ? Bukan kita tak bagi nak gegila, layan jiwa remaja, yang parahnya, dalam dunia hari ini 'once you uploaded, you better not uploaded lahhh'. 

dah berapa banyak kes macam ni ? cakap ikut sedap tekak ~ di fb, twitter, blog !
Inilah cabaran paling besar mereka. Mereka hidup dalam zaman serba sebar ! Apa kau pakai, apa kau makan, apa kau rasa, apa ada kat atas hidung kau, apa kat belakang lemari rumah pakcik kau pun, kau nak sebar !! Ni belum masuk pakwe kau tak balas mesej, tak online time ko online, tak ape lagi, ha taktau dah. See.. ZAMAN SERBA SEBAR. Dahh kata sharing is caring keeennnnn ;)

Saya tidaklah mengatakan tidak boleh share, masalahnya benda yang tak perlu tak payah lahhh adik sayangg. Honestly, saya tidak meletakkan sepenuh kesalahan kepada para remaja. Sebaliknya, saya amat-amat bersimpati ! Kerana kalian masih muda,  masih mencari-cari identiti diri, dek kerana nak setaraf dengan retiss, fake akaun sana sini, official la sangat, update status sampah bersepah-sepah. Pastu mencemar diri dengan letak gambar tah hape hape ~ Arghh saya pulak stress. hehe. Ye, saya runsing. Saya sayangkan remaja dan pemuda hari ini.
Kata Saidina Umar r.a : "Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda pada hari ini." 
Ibubapa, guru-guru masyarakat.. tolong.. kita sama-sama bagi perhatian pada anak-anak. Belajarlah kemahiran menawan hati anak remaja, mereka ni suka kalau kita layan peel pelik-pelik diorang, kalau kita dapat berkawan, dengar cerita mereka, insyaAllah lebih mudah untuk dinasihati. Yang paling penting adalah pengisian rohani.

Rohani kosong, sebab tu desperate buat macam-macam untuk tarik perhatian orang. Macam orang putih tu, haa diorang tak semayang, jiwa kosong, sebab tu suka buat mende pelik-pelik tak masuk dek akal. Anda faham maksud saya kan :)

Hakikat, berkata lebih mudah dari melaksanakan. Walau apa jua alasan, pilihan di tangan kita. Tanggungjawab tetap tergalas. Kita sama-sama bagi kesedaran, mereka tidak salah sepenuhnya, kita yang dewasa mungkin tidak menunjukkan contoh yang baik. Justeru, mereka tiada role model yang baik. Yang ada, encik cik retissss yang tettt. Itulah ikutan mereka !

Berhenti saling mencemuh, saling menyalahkan. Kita kan saling melengkapi. Kita sama-sama jadi budak baik hokey.. Plus tak semua remaja gitu, ada yang bagus, sangat bagus.. Kita berganding bahu deh, awak remaja kita pemuda, oke tak ? :D Kitorang yang tua sikit dari korang, akan cuba jadi contoh yang baik, ahaa korang laks jangan degil-degil takmo dengar cakap taw. Pok kang XD



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE