Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Yaumul Jumuaah nan barakah.
Salam Sayyidul Ayyam :D
Tertarik dengan tips yang dikongsikan Pakar Diari Hati di FB ! Mudah & praktikal :)
Kasih sayang Allah luas ! Banyak sebab dia boleh bagi kita masuk syurga ^^
Nak dengan taknak je.. xdapat buat semua, jangan tinggal semua..
Apa tips nya dongg.. ?
1. Jika anda menerima wang RM1, anggaplah 20 sen daripadanya bukan milik anda. Masukkan ke dalam tabung sedekah atau tabung peribadi anda yang dikhaskan untuk membantu orang lain.
2. Setiap hari, pastikan anda menghubungi seorang saudara, guru atau rakan lama untuk sentiasa menghidupkan silaturrahim walaupun cuma pesanan ringkas yang berbunyi :
“SMS dihantar pengganti diri sebagai tanda ikatan ini masih bersemi dan dihargai selalu…”
3. Pegang prinsip hidup jangan marah. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan berkali-kali dalam sebuah hadis supaya jangan marah. Tanpa kemarahan, banyak perasaan yang akan terjaga. Bayangkan jika kita panas baran, banyak hati yang akan terluka dan ini pasti akan memudarkan sahsiah diri serta perhubungan sesama insan.
4. Jika melihat penjual makanan yang miskin, sedekahkan baki wang anda. Contohnya, jika harga pisang goreng 90 sen, anda beri RM1. Baki 10 sen itu disedekahkan kepada si penjual. Ingat,sedekah menolak pintu-pintu bencana.
5. Jika hendak makan, ambil sedikit makanan dahulu. Jika sedap, baru ditambah. Kalau awal-awal lagi sudah ambil banyak dan tidak habis, pasti akan dibuang dan menyebabkan pembaziran. Lebih malang, orang lain tidak sempat merasanya.
6. Selepas menggunakan tandas, pastikan ia bersih. Bayangkan jika anda meninggalkan sesuatu yang jijik, anda telah membuat orang lain marah, jelik dan mual.
7. Memakai pakaian yang di belakangnya tertulis ayat-ayat motivasi. Orang akan membacanya dengan ‘percuma’ dan anda juga mendapat pahala dengan mudah. Ia sangat berfaedah berbanding anda memakai baju yang mempunyai gambar kartun. Pakaian melambangkan peribadi. Biarlah pakaian tidak berjenama, asalkan menutup aurat dan menjadi “dakwah” bergerak.
# Aktifkan dirimu untuk sentiasa berbuat baik kerana Allah SWT #
100% dari FB Pakar Diari Hati, jom like page beliau !
Psstt.. kalau blogger ? ehemmm tulis yang baik2 yukk,
moga2 ia jd kebaikan yang berterusan :D
Pesan Saidina Ali R.A.
“Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Jangan jadi orang yang jahat, bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”.
Assalamualaikum mar, thanks kongsi tips. insyallah sheila nak mula dengan menahan kemarahan, memberi sedekah :)
ReplyDeleteCredit untuk Cik Mar sebab buat n3 yang best..InShaaAllah..besar pahala Cik Mar nanti..tips paling best yg no 1..
ReplyDeletekekadang perkara tu simple jer...dan kita akan dapat kebaikan darinya.....
ReplyDeletesalam.... sejuk hati bila baca...kadang-kadang kita tak perasan sesuatu yang kecil tu boleh membuatkan orang lain gembira dan tersenyum lebar... mcm skang ni...
ReplyDeletejom join bw sy..mana tau boleh mengeraktan lagi silaturrahim ni....
ReplyDeletehttp://sipenyapuburuk.blogspot.com/2012/12/blogwalking-end-2012.html
peringatan yang baik,..terima kasih...yer.
ReplyDeletemselim3
bagus nih...peringatan yg berguna utk kwn2 lain
ReplyDeletesuka entry ni, mengingatkan balik yg Islam itu sgt mudah, nak dapat pahala sgt mudah, niat pun dah dpt.. alhamdulillah, jgn tinggl semua2...nice (^___^)
ReplyDeletealhamdulillah...suka dgn entri ni..ingat mengingati sesama kita ya~insyallah akan krole amalkan apa tips2 ni nnt
ReplyDeleteinsyaallah... entry yg baik sbb dpt mengingatkan kita semua :)
ReplyDeletehaha yg bab sms guru dan kawan2 lama tu paling jarang2 sy buat...nak kena tukar la lepas ni....
ReplyDeleteeh sudah tukar header dan doodle baru....cantik...:)
ReplyDeletesuka tips nie..menarik dan berguna..thanks :-)
ReplyDelete