Penempatan Pegawai Perkhidmatan Siswazah

Tajuk Over je lebih. Cakap jela cikgu. Suka sangat membelit-belit kan lidah orang. Haha.

Alhamdulillah dapat posting dah. Johor pun Johor lah. Ek Pasir Gudang lak tu. Oh okeyy redho redho. Bersyukur marhaini... at least ada penempatan :)

Jauh perjalanan luas pemandangan kaan kan. Ku pujuk-pujuk hati. Ku relakan diri demi sebuah amanah dan tanggungjawab. Ye, ini pilihan Allah. Pasti ianya terbaik untukku, ibuku, juga agamaku :')

Ku pohon doa kalian. Serius, kembara ini menuntut pengorbanan besar. Semoga Allah memudahkan urusanku, sahabat-sahabat seperjuanganku. Di mana jua tempatnya, semoga kita semua ikhlas mendidik. Kita semua bukan buat perkara biasa-biasa, tapi menyambung risalah dakwah Rasulullah s.a.w. Semoga kuat, semoga tabah :)

Dan Allah lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik perwakilan. Hanya kepada Allah kami serahkan untuk menjaga orang-orang yang kami tinggalkan. Allah, jagakan dia, dia ibuku. Kasihani dia sebagaimana dia mengasihaniku sewaktu kecil :')

Warga Kota Masai 2, aku datang ! Hohoho :P

Okey tu je nak bagitau.

Hehe.

Tata.

Assalamualaikum :)



Berkat Jumaat. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE