Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,
Ok titew nak abeskan part 3 untuk episod PRAK neh ;)
7.00 a.m : Riadah.
Pas warm up, kitorang sepakat main “BOTOL”! Sape pernah maen angkat kaki. Oh oke sila turunkn sekarang. Terima Kasihh ;P
Heheh. Bagi sesiapa yang tak pernah main tu, main botol ni melibatkan minda sikit. Haa sape xhafal sifir kompem out awal. Haha.
Aturannya begini, contoh nombor yang dipilih adalah 7. So semua orang duduk dalam bulatan. Orang pertama akan memulakan kiraan bermula daripada 1. Kemudian orang kedua sebut dan begitulah seterusnya hingga sampai no 7. Orang yang ke-7 tidak perlu sebut “tujuh”, sebaliknya perlu menyebut “BOTOL”.
Begitu lah jua apa2 sahaja yang berkaitan dengan 7 mesti disebut “BOTOL”.
Contoh 14,17,21,28 dan lain2 ;)
Jika didapati orang yang berkenaan tidak menyebut “BOTOL”, dia dikira ‘out’ dan kena duduk kat dalam bulatan ( means dikelilingi pemain lain ). Hehe.
8.30 a.m : Survival Pelajar Luar Kampus.
Talk last untuk hari terakhir ni disampaikan oleh En. Jamaluddin, Ketua Penolong Pendaftar UM. Beliau juga dah hampir 30 tahun berkhidmat dengan UM. Superbb~
Ada LDK jugak, kitorang kena bincang pasal pendapatan & perbelanjaan sebagai seorang student luar kampus. Hah senaraikan jela.. memang kompem laa perbelanjaan melebihi pendapatan. Bak kata salah sebuah kumpulan, itu termasuk huha huha (means hiburan, macam tengok wayang, karok n so on) haha pelajar..oh pelajar..
11.00 a.m : Perasmian Penutup oleh TNC UM.
Ini majlis formal sebab melibatkan VIP UM iaitu Datuk Rohana Yusof selaku TNC UM. Haishh yang nervous nye cik M kena berucap pulak. Hukhuk. Ok takpe take it easy (ayat penyedap hati :P).
Selain datuk menyempurnakan perasmian penutupan, ada juga sesi dialog. So weols bebas mengajukan apa2 soalan dan mengutarakan apa jua cadangan & pandangan ;)
Antara hot topic, cadangan pembinaan gelanggang futsal untuk student luar kampus, penyediaan tempat mandi yang selesa, dannn pemberian barang dapur percuma seperti gula, beras dsb. Hihi macam2 lucu pulak. Apa yang pasti student off campus memang survive lah!! Caya laa~
barisan VIP UM ;) |
usherer yang kiut miut !! :D |
encek penghulu yg masyhor ;P |
cik penghuluwotii yg x dikenali.. hihi :P |
candid~ hoho |
candid yang cover. haha sweeettt :) |
skema la kununnn :P |
1.00 p.m : Lunch !!
Malas dah kalau nak mention bab makan ni kompem sedap punye.. hihi lihat sahaja lahh. Ini baru sebahagian~ DAYANG ROOM TERBAIKKKK!!
Before lunch kitorang kena check out T.T… rase macam nak stay lagi lama kat situ. Memang best n kenangan yang takkan mungkin dilupakan~
haa makan agi |
muke kekenyangan. brpp~ alhamdulillah. |
2.30 p.m : Berkumpul di lobby Puteri Resort.
Kumpul semua untuk bertolak ke Banda Hilir, Melaka. ;)
3.00 p.m : Tiba di Banda Hilir.
Kami boleh jalan-jalan ikut haluan masing2. Yang penting 4.50 mesti berkumpul di tempat kejadian (tempat kami turun :P). So, aku dan cik amalina dan cik syafiqa dan cik sakina tak tawu jugak nak pusing mana. Nak naik beca malas la. Hehe lagi pun ongkos nya nggak ada dongg :P
So, we ols masuk muzium Islam ;) tiket rm2 sahaja. Hihi bes jugak la sebab dapat tengok biografi ulama masa zaman Melaka dulu. Selain tu, ada barang2 yang masa zaman awal kedatangan Islam ke Melaka dulu, yang ada ukiran Jawi, ada Quran besar sangat. Tulisannya tak de titik dan baris! Very Osem!! J
Yang bes tentang muzium tu, ia adalah rumah dahulu kala. Masih kukuh binaan die. Bila bukak tingkap belakang, Nampak A Famosa (yang peymes tuuu) dr bawah bukit ;)
Pukul 4.50 kitorang dah start kumpul2 semula n double check kot2 ada yang tertinggal. Haha kang naya je anak orang kena tinggal~
5.15 p.m : Bertolak pulang ke UM,KL.
7.40 p.m : Tibaaa jua di Pantai Permai. Cool. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang.
Sekian sahaja untuk siri PUTERI RESORT AYER KEROH (PRAK). Thanx sudi baca & ikuti. Semoga ada manfaatnya okesss :D
Nah gambar dengan TNC UM. kelassss~
TNC yg sporting ^^ |
* Peserta survival off campus terbaikk!! Untung laaa siapa2 yang join~ Haha korang memang BESTT!
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿