Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,
Today I would like to continue the 2nd part of my story in Puteri Resort J . [ pergh speaking! :P ]
Hehe whatever la, ni sambungan nye!
:: DAY 2 ::
7.00 a.m : Riadah.
Lepas warm up, kitorang main game “AWAK SUKA SAYA TAK”. Hoho sape pernah main game ni..??
Aturannya begini, semua orang yang terlibat diminta membuat bulatan dan menanggalkan kasut dan letak di mana ia berdiri (sebagai tanda). Sepasang kasut perlu dibuang. Contoh : jika ada 45 orang yang bermain, so kena ada 44 pasang kasut je ;D
Kemudian si A yang memulakan permainan akan pergi ke setiap orang dan bertanya, “awak suka saya tak?”. Apabila orang yang di tanya iaitu si B menjawab “suka”, dia diminta untuk mencari orang lain iaitu si C yang menjawab “tak suka”.
Kemudian, si A akan bertanya kembali kepada si C, “habis, awak suka siapa?”. Si C akan menjawab “saya suka orang yang pakai tudung”. Dannn.. semua orang yang memakai tudung hendaklah bertukar tempat ( iaitu lari mencari kasut orang lain dan berdiri di situ ).
Sesiapa yang takde tempat, dia pulak yang akan pergi pada setiap orang untuk bertanya, “awak suka saya tak?”…. hehe. Bess!
snap dulu sebelum riadah! :) |
8.30 a.m : Survival Pelajar Luar Kampus.
Yang ni best jugak, sebab en. Puniamurthy minta wakil daripada setiap kumpulan untuk jadi ahli panel
( konon2 diorang HEP la) buat forum. ;)
So, kitorang sebagai audience berhak nak tanya apa2 yang berkaitan unit luar kampus :D
10.30 a.m : Mahasiswa dan Komuniti.
Talk yang disampaikan oleh En. Nal Azri bin Nawawi. ;)
Emm oke oke la. Hehe kitorang dapat semangat untuk buat kerja2 sukarelawan ni. Kerja2 sukarelawan ni bukan je bagi kepuasan diri tapi dapat mengurangkan kos perbelanjaan Negara taw!
Jom jadi sukarelawan~ :D
1.00 p.m : Lunch.
Oh alangkah indahnya bila tiba waktu makan! Sangat best sebab berbagai juadah disediakan. Daripada menu utama yang pelbagai, ayam, ikan, daging, sup, sayur, rebung, tomyam, berbagai ulam ulaman. Perghh memang sapu semua~ belum cite sal dessert2 nye lagi. Aiyaa Dayang Room memang terrbaikkk laa!
sedapnyeee oii~ |
2.00 p.m : Pembimbing Rakan Sebaya.
Slot ni pun oke jugak. Bersama Pn.Vijayah Malar dari Unit Kaunseling Universiti Malaya. So, ada LDK bincang pasal 5 masalah pelajar kampus dan 10 peranan PRS ;)
4.30 p.m : Rafting & Telematch.
Time ni memang paling best & palinggg syokk lahh!
After warm up, kitorang main 3 telematch~
- Isi air dalam botol
- Memancing ikan atas darat
- Masuk dalam pelampung bergilir-gilir
- Duduk atas pelampung + Kena tolak
- Bawak bola guna dahi dalam air!
Yang uniknya semua melibatkan air. Haha memang basah la. Dann kapten tu cakap ini adalah kali pertama dia buat telematch dalam air! Before ni dia tak pernah buat untuk mane2 peserta yang menginap kat Puteri Resort. [ Kira2 kami bertuah la konon :P ]
haa warm up duluu |
isi air dalam botol hihi |
Masa main isi air dalam botol kump kitorang REDHAWK, kalah kot. Tempat last. Hihi xde starategy tu yang kalah! Muahaha. Tapi untuk game yang kedua & ketiga kitorang dapat no.2. Nombor dua pun oke lahh janji bukan last :P
pancing ikan atas darat :P |
ni masa main masuk dlm tayar bergilir2. yes! no.2 :P |
ni selak bersorak time game tolak org ats pelampung :D |
game last : bawak bola kat dahi. huahua |
Lepas main telematch, kitorang rehat jup minum2 air and get ready untuk rafting!
Firstly, kapten ajar cara ikat rakit dan segala macam nasihat diturunkan. ;)
khusyuk terima tunjuk ajar kapten! |
Then, kitorang pulak kena ikat rakit sendiri. Wow, kapten ajar sekali je kot. Tapi disebabkan memasing semangat juang tinggi.. semua orang dapat bagi kerjasama dan mampu ikat rakit!! Tahniah uols~
buat rakit. terrbaekkk~ |
Bila rakit dah siap diikat, kami memang konfiden la rakit yang kami ikat la akan digunakan lam tasik nanti. So, bila kapten tanya “anda percaya dengan rakan anda?”.. “anda yakin dengan rakan anda?”. Kitorang pun semangat je jawab. “YA….”.
Haha rupanya kena tukar rakit woii.. semua menggelabah tapi tetap ikut arahan. Almaklum la percaya dan yakin dengan ikatan kawan2 :P
Pastu semua diarahkan angkat rakit dan bawa ke turun ke dalam tasik. Masa ni memang kerjasama sangat penting la. Dan masing2 menyerlahkan daya komitmen yang tinggi. Sangat terbaik lah peserta survival kali ni!
Penat kot mengayuh. Macam2 ragam dapat dilihat masa ni.
Hahaha aishh bes sangat tak terucap dengan kata2. ;D
sebelum memulakan perlumbaan :P |
sila angkat dayung memasing! |
Dah penat mengayuh tak terhenti setakat tu je. Kitorang kena naik ke darat, dan bukak balik ikatan-ikatan tadi. Susun tali elok2, susun jaket, tayar yang buat rakit tu, dan susun batang2 paip yang dijadikan rakit tu. Kumpulan mana yang complete all the task, baru dikira sebagai pemenang! Fuhhh memang game yang sangat mencabar! Tapi syiokkkkk habesss!! Alhamdulillah group kitorang no.2 lagi~ hoyee :D
7.00 p.m : Masuk kolam renang.
Haha ni acara tak termasuk dalam jadual. Tapi kitorang nak sangat merasa la kejap dalam 15 minit main air dalam kolam renang tuu! Hihi ;P
8.30 p.m : HEP.
Malam ni ada lagi satu slot bersama Timbalan Penolong Pendaftar UM pulak, iaitu Tn. Hj. Yusof Harun J Beliau dah berkhidmat dengan UM hampir 30 tahun! Salute la~
Masa slot ni dia just share tentang kepentingan menyayangi UM, muehehe. Dan dikongsikan beberapa orang pemimpin besar dalam Negara kita yang merupakan alumni UM tau..
Antaranya ialah isteri PM kita, Datin Rosmah Mansur. Haha korang ada :P
Selain tu, Datuk Khir Toyo, Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas PM), Datuk Puad Zarkashi, Datuk Ismail Sabri, Datuk Khaled Nordin dan ramaiii lagi la menteri2 yang dulu belajar kat UM. [haishhh banggo den].
So, tuan haji pesan “take the lead” coz UM is producing leaders :P
10.30 : Slot Khas bersama en. S ;)
Sesi luahan perasaan. Cewahhh. Takde yang tak puas hati, rata2 semua sangat suke ini program maa. Sukekannye! Gandakannye! :DD
Hah penat baca..? Hehe dats all untuk hari kedua Puteri Resort Ayer Keroh ;)
Nantikan PART 3 pulak ek :P
It's an amazing post in favor of all the online users; they will get benefit from it I am sure.
ReplyDeleteFeel free to visit my blog - Syatimah