jom selawat :)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t,


Sedikit perkongsian untuk semua sempena Maulidur Rasul [ tapi semoga ia tak terhenti setakat Maulidur Rasul sahaja taw, untuk saya dan juga semua yang membaca oke :D ]


Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.


“Ya Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Baginda menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.





* Oleh itu, jangan la bakhil nak berselawat. hmm terutama time ada orang sebut Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, jangan lupa jawab sallallahu alaihi wassalam ok! 


Semoga amalan mudah ini mampu membawa kita ke syurga biiznillah. amiin ;)


Yukk selawat..





صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد  Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد  Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  Selawat salam dipohon lagi


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ     Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ  Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ   Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ        Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا      Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ    Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا   Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ     Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ  Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ        Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي    Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ    Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد     Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ   Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ       Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ       Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد  Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ           Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ         Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ    Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ        Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ     Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ      Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى    Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ    Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا      Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ       Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد   Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ        Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد     Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ     Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد   Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد   Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   Selawat salam dipohon lagi
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE