Esok 12hb Rabiulawal 1433h. Pejam celik pejam celik kejap je dah masuk Rabiulawal kan..rasa baru je Muharram menjelma.. Allah.. Bagaimana diriku.. T.T
"Rasulullah dalam mengenangmu.. Kami susuri lembaran sirahmu..
Pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran.."
Banyak lagu2 nasyid yang mengisahkan tentang Rasulullah sallallahu alaihi wassalam,
manusia agung sepanjang zaman.
Selain tu selawat ke atas Nabi juga banyak dialunkan dalam pelbagai nada dan irama.
Bagus juga sebab boleh menggalakkan kita berselawat secara tak langsung kan :)
Here truly from my heart,
Ya Rasulullah kami rindu padamu..
Betapa kesungguhanmu menegakkan agamaNya
membuatkan kami benar-benar menyanjungmu..
Ya Rasulullah kami rindu padamu..
Betapa kemuliaan akhlakmu
Benar-benar menjadikanmu
Idola utama seluruh umat Islam..
Ya Rasulullah kami sayang padamu..
Betapa ketabahanmu menyebarkan Islam
Mengajar kami erti kekuatan, ketabahan dan kesabaran..
Ya Rasulullah.. Wahai Pesuruh Allah..
Sesungguhnya Engkaulah Nabi Akhir Zaman.
Kami umatmu..
benar-benar mengharap syafaatmu..
Ya Rasulullah.. Ya Nabiyallah..
Semoga akhlakmu menjadi ikutan kami
Semoga sunnahmu menjadi amalan kami
Semoga perjuanganmu menjadi nadi kami
Semoga kerinduan ini tidak pernah mati!
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Temukan kami dengan Rasul junjungan Mulia,
Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam ...
* Allah.. terlalu banyak yang inginku coretkan tentang betapa besarnya perasaanku terhadap Rasul Junjungan Muhammad sallallahu alaihi wassalam *
jom selawat ;) |
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿