Selamat Hari Guru ;)


Assalamualaikum warahmatullah :)

Ehehe, semalam lupa lak wordless wednesday, nampak sangat dah nyanyuk ber-blogging. Haha dengan yakin menaip panjang lebor. Muahaha sengall pada diri sendiri. Abaikan. Bukan kesengalan itu nak di highlight kan. Tema kita adalah "selamat hari guru". Makanya, bersempena 16 Mei setiap tahun, guru-guru akan menjadi peymess yang teramat. Lagi-lagi zaman fb, twitter ni. Ucapan-ucapan hari guru penuh di dinding. Hehe gue pun tak terlepas nak ucap jugak. Tapi disebabkan suka ayat panjang-panjang, tulis gak lagi kat blog. Haha. Apa guna blog kalau tak taip panjang-panjang ye dak ? :P


Setiap kali berkisah tentang pengorbanan seorang guru, pasti airmata saya bergenang. Serius, bukan dibuat-buat. Pada saya, guru terlalu mulia, macam ibu bapa kita. Bila berkisah tentang ibu bapa mesti kita syahdu kan :') Biar bagaimanapun seorang guru itu, pada saya mereka tetap berjasa dan sangat-sangat saya hargai, tanpa mereka tak mungkin saya mampu menjadi seperti hari ini :') Allahu Akbar, muliakan lah guru-guru yang pernah mendidik kami. Semuanya biiznihi.

Zaman sekolah, saya bukanlah jenis student peberet yang guru-guru semua kenal. Hehe tapi itu tak pernah menjadi masalah pada saya pun :) Tapi kalau ada guru tertentu yang ingat nama saya, surely saya bangga. Wakaka. Rasa dihargai sangat-sangat. *senyumkambengsorangsorang* 

Emm kalau nak senaraikan nama guru-guru memang sangat ramaiii kan, almaklum laa tengok umur la berapa tua. Hihi. Belum masuk yang tak langsung lagi kan. So, make it simple, buat semuaaaaaa guru-guru dari tadika kemas dan sekolah kebangsaan Mayam, guru-guru sekolah menengah Khairiah, pensyarah - pensyarah masa asasi kat Nilam Puri, Kelantan, pensyarah-pensyarah kat UM dan semuuaaa yang bernama guru dan pendidik. Kalian sentiasa dalam karangan doaku ;)

Especially, terima kasih tidak terhingga buat guru pertama dalam hidupku, mak ayah :) Kalian insan-insan berharga lagi bernilai dalam kamus hidupku. Semoga Allah memudahkan urusan kalian dunya wal akhirah dan dimasukkan ke Syurga-Nya tanpa hisab ! Aamiin ~
wif luv, from marhaini ^^




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE