Bukan Kisah Tasha Shilla


Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ! XD

Amaran ! Ini serius, bukan kisah Tasha Shilla, tapi kisah Tasha - kawan kakak Dina (anak sedare). Ek bukan dina, blogger irdina. Hehehe. Back to kisah Tasha. Tasha 6 tahun, sekolah kat tadika matahari - dia la cakap. 


Sabtu lepas, dia datang main kat rumah. Pagi lam pukul 10 gitu. Mula-mula main kat luar je, pastu masuk dalam, main kat bilik. Eh, no biggie la biasa la budak-budak suka main. Plus mama dina lebih suka kalau dina main kat dalam rumah je, senang nak pantau. Tasha, Dina ngan Zafri main dengan meriahnya. Siap mandi sama-sama, makan semangkuk dan bergaduh macam donia dia punye ~ Haha. Tasha balik dah maghrib, itupun kami yang suruh dia balik.

Ahad pun sama, cerita yang sama, main tak hengat, makan sama-sama, mandi bersama-sama, Tasha pakai baju kakak lepas mandi, macam semalam. Ok, it's fine sebab Tasha tak bawak baju. Bezanya, Ahad tu dia datang petang pas Zohor, pukul 2 gitu la. Balik maghrib gak. Ada la jugak abang dia datang jemput, ajak balik dalam kul 4. Tapi lepas 15 minit dia datang semula :)

Hehe, kitorang sengih-sengih je kalau dia datang, bukan tak kasik main. Tapi kakak dina jadi tak ingat nak kapur kasut, susun jadual, buat homework sebab sibuk main. 

Plus, kitorang macam curious giler, mak dia tak risau n tak cari dia ke. Masa hari Sabtu tu, seharian dia duk rumah kitorang main. Dah la petang tu hujan lebat gile. Mak dia tak risau ke dia hilang ? Tak risau ke dia dah makan ke belum. Hehe yang lagi lucu nya, mama ngan babah dina tak kenal pun mak ayah Tasha, hihi. 

Isnin kan sekolah, pagi-pagi lagi 6.45 pagi dia dah datang. Masuk rumah, bagitau dia, dina tengah bersiap. Dengan yakin, dia masuk bilik pegi tengok Dina. EK ?

Tengahari tu habis sekolah kul 12 dia mai lagi, panggil Dina. Cakap kat dia, Dina tak balik lagi, kan sekolah. Tasha tadika balik awal la. Kakak darjah 1, hari Selasa balik lambat 1.30 petang. Dia tunggu jugak depan pagar. Tanya nak apa, dia kata nak masuk. Ek yang aku ni dah serba salah. Mama Dina dah pesan, kalau Tasha datang suruh dia balik, main esok-esok. Sebab petang Dina sekolah agama pulak. Mana sempat nak main. Tapi dia tetap duk kat gate. Huuu kitorang buat taktau jeppp @_@

Selasa dia mai lagi, tapi petang pulak. Kakak Dina sekolah. Zafri tido penat agaknya. Dia main basikal sorang-sorang kat beranda. Naik basikal kakak. Hehehehehehe. Inilah kisah Tasha. Setiap hari ada je suara dia panggil Dina. Bukan tak kasik main, tapi Dina kan sekolah pagi petang. Huhu. Balik sekolah agama, pukul 5.30 barulah boleh main kat luar :)

Akhirnya, semalam baru kitorang tau, mak Tasha dalam pantang rupanya. Patut la dia macam terabai je. Hoho apa-apa pun jagalah anak anda ye. Kalau betul kat rumah kawannya takpe. Takut-takut kena amik orang jahat tak ke naya. Wal'iyazubillah.

Psstt. semalam tak sempat update Wordles Wednesday. Huhu. Ni masih hutang balas jejak. Maafkan saya, take time ye :) 





La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE