Banyak Sangat

Bismillahirrahmanirrahim, Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallim, Allahumma Anta Robbi La Ilaha Illa Anta :)

Hyeppppppppppp, assalamualaikum gaisss ! Aiyo, lamanye la tak hapdate, tak blogwalking. Hmmm serasa diri semakin hari, semakin jauh. Sobss srottt.. apa yang mampu taip jelah dan cuba post setakat yang boleh. Bw pun begitu. Huhu rasa terhutang dan rasa hobi berjalan-jalan di atas laman orang lain terpaksa kian dilupakan. Huuu ~

Ni pun dah rasa macam-macam nak taip, tapi bila ada masa online, ek macam blank plak. Banyak sangat nak cite sampai takde apa nak cite ! Aduhaii pun nyee... Last Sunday one of my gang in girlz cun ex-khairiah, got married ! Alhamdulillah, dapat gak menghadirkan diri walaupuuuunn bapak segala jauh. Haha tapi sangat-sangat hepi dapat jumpa besfren-besfren oldskul !! Korang still the same ~ lebiuuu muchmuch 

Tahniahh farah ! Yang lain-lain tuuu bila lagi :P

Anyway, selalu mendoakan yang terbaik untuk korang :)

Sedia maklum, sekarang negara kita dah pun melalui fasa pilihanraya untuk pimpinan baru. Tahniah dan takziah untuk Barisan Nasional yang masih mengekalkan tapuk pemerintahan. Semoga lebih amanah dan bersungguh-sungguh dalam berkhidmat untuk rakyat. Harapan rakyat terlalu besar, dan tolong jangan sia-siakan :)

Honestly, sedih sangat sebenarnya bila keputusan rasmi diumumkan SPR. Kesedihan utama bukanlah pada kekalahan PR, sebab PR sudah kian mendapat tempat di hati rakyat, cuma belum menang. Kesedihan utama ialah pada ketidaktelusan. Wallahu A'lam. Sejauh mana ketidaktelusan itu, tidak diketahui. Segalanya diserahkan pada Allah. Dunia boleh kencang menipu, tapi akhirat mulut bisu, kaki dan tangan yang akan bicara. Nasihat untuk semua termasuk diri yang menulis.


Apa pun saya bersyukur dilahirkan di Malaysia. Tetap jua bersyukur sangat. Cuma mengharap agar pemimpin-pemimpin yang diberi amanah menjadikan Islam amalan hidup, bukan hanya pada nama. Supaya rakyat senang dibentuk dengan akhlak yang mengamankan dunia dan selamat akhirat. Allah Maha Tahu bila tiba masanya Islam kan menyinar terang kembali ! Allah... rindunya pada yang bernama Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam :')

# 5 tahun lagi.... 

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE