~ bila dia bukan untukku ~




Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.

Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.

Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”

Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/bila-dia-bukan-untuk-ku/#ixzz1g36WHgPy

Pssstt terjumpa kat notes fb, hehe apo laie copy paste balik kat sini :P Tiada unsur-unsur terkait dengan hal jiwang menjiwangi taw. Believe me ^__^

JCB :
Beringatlah, kita semakin hari semakin berusia. Begitu juga ibubapa kita.
Sayangilah mereka sebelum mereka pergi buat selama-lamanya ;)

# Untuk mak-mak lama, tak lupa mak-mak baru, bakal mak-mak juga. Selamat terus menjadi seseorang yang paling berjasa dalam hayat setiap insan. Moga Allah terus memasukkan kalian ke dalam syurgaNya tanpa hisab. Aamiin. 


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE