duplikasi - copy paste- tanda kiamat...

Ini adalah copy paste daripada facebook Ustaz Hasrizal.


# Apabila Rasulullah SAW menyatakan bahawa salah satu tanda Kiamat adalah TERSEBARNYA PEN, ia bukan hanya berkaitan dengan pen, tetapi semua medium tulis-baca. Bencananya bukan pada dakwat atau kayu pensel, tetapi pada apa yang dilakukan oleh PEN iaitu menyalin sebar (DUPLICATE).

Lihat sahaja status Facebook saya ini. Saya menulisnya di komputer, teknologi tulis-baca semasa telah duplicate ia secara spontan sekurang-kurangnya 31,830 salinan di Facebook dan 14,300 di Twitter.

Satu kata-kata saya, sama ada menjadi 45 ribu pahala, 45 ribu dosa, 45 ribu fitnah, atau 45 ribu langkah semakin hampir ke Syurga, atau NERAKA! #


Hadis berkaitan rujuk blog Ustaz Hasrizal :)

Huraian Pena Jasa Pena Binasa.
*demi pena & penulisan - alat mengajar
*kesan penulisan-akibat : carca marba, tanpa batasan
tertib kefahaman HILANG.
*ilmu di mana2, manusia makin keliru, makin dungu!
_khusus utk amatur penulis macam saya_



Meh nak kongsi sikit Maksud hadis :

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda, 
"Menjelang kiamat, akan berlakunya beberapa perkara, antaranya ialah :
i) memberi salam hanya kepada orang tertentu
ii) berleluasanya perniagaan hingga isteri (terdesak) 
membantu suami dalam perniagaannya
iii) putus silaturrahmi
iv) tersebarnya pena
v) berleluasanya kesaksian palsu
vi) tersembunyinya kesaksian yang benar"
-Hadis Riwayat Bukhari dan Ahmad-


* JCB : nak melangkah ke Syurga! Jom sebar kebaikan ^_^

"Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang"




al-Qalam 68: 1 
“Nuun. Demi Pena dan (demi) apa yang mereka tuliskan” 
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE