2 Tahun 2 Bulan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Rasanya da lama tak wat entry.
Berikutan den baru jo melapor diri sebagai ustazah berjaya di sekolah :)
Hehe ngaja lak petang, balik pikir nak tido je :P
Di entry lain den cito lebih laie pasal praktikal ni ek ek ..

Apa yang 2 tahun 2 bulan???
Actually, arwah ayah dah meninggalkan kami genap 2 tahun 2 bulan hari ini!
Huhu seriosly, sangat2 rindu ngan ayah..
Banyak benda nak gitau ayah T_T

Ayah.. 
Anak ayah yang sorang ni dah habis belajar.
sekarang tengah praktikal.
insyaAllah bulan 10 ni konvo.
Kan bestt kalau ayah ade.. :( 
2 tahun lepas, sebelum ayah pergi buat selama-lamanya,
masa tu kitorang salam2 sebab kena balik u semula,
ada exam..
sedihhh sangat sebab masa tu ayah sakit..
ayah macam tak rela je kami balik, 
ayah macam nak ktorang jaga ayah.

Ayah tanya,
bila kami habis belajar T_T
masa tu lambat lagi, lagi dua tahun yahhh :(
 tapi kami kuatkan semangat, kami balik jugak untuk jawab exam.
tiap-tiap malam doa agar ayah cepat sembuh.
tiap-tiap malam doa ayah sihat cam selalu.
tiap-tiap malam risau sal ayah :(

Tapi,
Allah tu Maha Penyayang.
Die tak sanggup tengok ayah sakit lagi..
Allah amik ayah semula.
Kami tak sempat jumpa ayah kali terakhir.
Tak sempat nak jaga ayah masa cuti semester!
Ayah dah pergii..

Masa kami sampai uma,
jasad ayah dah tak bergerak lagi.
Ayah baring, diam, muke dia nampak tenang..
Ayah tak lagi menderita..

Sampai2 kami terus amik wudhu',
bacakan yaasin untuk ayah.
Kami sayang ayah.
tanpa henti kami baca.
habis je, kami ulang lagi.
Bila dah lewat malam, kami bergilir2 baca.

Hingga saat ini,
detik2 tu masih segar lagi.
Dan... saat2 bersama ayah masih jelas lagi..
Macam ayah ada je laagii kat rumah,
memasak, mengemas, pergi kedai, pergi kebun.
jaga mak, ayah pakai baju melayu nak solat,
ada warna purple, warna hijau, warna peach.
semua tentang ayah... masih kukuh dalam minda!

Ya Allah! Saya sangat rinduu dengan ayah.
Sampaikan salam rindu saya dengan ayah.

Kau lapangkanlah kuburnya.
Kau tempatkanlah dia bersama2 dengan orang beriman.
Kau permudahkanlah urusannya di alam sana.

Ayah,
dah 2 tahun 2 bulan..ayah pergi tak balik2 dah..
Ayah,
damailah ayah bersama Pencipta kita.
Semoga suatu hari kita bertemu di syurga Nya!
dengan mak sekali taw dan semuuaa2!

Saya Sayang Ayah Saya :)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE