PEMBELA DI AKHIRAT !


Abu Umamah r.a. berkata : 
"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya 
kami semua mempelajari Al-Qur'an,
 setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu 
tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :
 Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, 
di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, 
yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya
dan ia bertanya,
 " Kenalkah kamu kepadaku?"
 Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
 "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an :
 "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung,
 dan juga telah bangun malam untukku 
dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah 
membaca Al-Qur'an itu :
 "Adakah kamu Al-Qur'an?"
 Lalu Al-Qur'an mengakui 
dan menuntun orang yang pernah 
membaca menghadap Allah S.W.T.

 Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan 
dan kekal di tangan kirinya, 
kemudian dia meletakkan mahkota 
di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula
 yang muslim diberi perhiasan 
yang tidak dapat ditukar dengan dunia 
walau berlipat ganda, 
sehingga keduanya bertanya : 
"Dari manakah kami memperoleh ini semua, 
padahal amalan kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab :
 "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

P/S : Alhamdulillah siang tadi seluruh warga SMK Puteri Wilayah dapat senaskhah al-Quran setiap orang! Alhamdulillah Alhamdulillah :)
Ada hamba Allah sudi mendermakan~
Allah.. semoga segala urusan hamba itu dipermudahkan^^
Aamiin >.<

JCB : Jika kamu ingin berbicara dengan Allah,solat lah.. 
Jika kamu ingin Allah berbicara dengan kamu, bacalah al-quran..
Allah..

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

7 comments:

  1. thanks for sharing dear :)

    p/s : moga hamba ALLAH tuu sentiasa diberkati ALLAH :')

    ReplyDelete
  2. @aNiss :):) welkemm aniss ^_^
    Aamiin Ya Rabbal Alamin ! :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak entri yg bermanfaat ini =D

    ReplyDelete
  4. @pandan sama2 pandan... jom sama2 kita jadikan quran our besfren! :D

    ReplyDelete
  5. entri ilmu yg sgt berguna, thanks kak..
    ~salam aidilfitri, maaf zahir batin

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE