Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~
Alhamdulillah berjumaat lagi kita, alhamdulillah alhamdulillah. Jumaat yang barakah yang mulia, hari yang istimewa ada solat jumaat, hari untuk Kahfi, hari baik untuk sedekah, hari paling semangat untuk selawat dan hari yang ada saat makbulnya doa ! Allah ~ tawaran hebat tawaran istimewa ! Hanya dari Allah, hanya dari Islam :)
Ehem ehemm.. doa doa dan doa, kita ni takleh hidup tanpa doa, even kengkadang ada perkara kita nikmati tanpa kita minta, kita tetap, mesti, tidak dapat tidak, wajib berdoa.
Allah swt berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Al Mukmin : 60)
Doa senjata orang beriman, sumber kekuatan jiwa, tanda seorang hamba dan bisa merubah takdir biiznihi. Di sini kita kongsikan waktu mustajab berdoa di hari jumaat. Terdapat tiga pendapat yang paling rajih :
sumber |
- Waktu Dari Imam Mulai Duduk Sehingga Selesai Solat Jumaat
Waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat jumaat didirikan.
Dari Abu Burdah bin Abu Musa Al-Asyari radhiyallahu 'anhu, dia bercerita bahawa Abdullah bin Umar radhiyallahu 'anhu berkata padanya, “Adakah engkau telah mendengar ayahmu menyampaikan hadis dari Rasulullah mengenai waktu mustajab pada hari Jumaat?” Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya! Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ
“Waktu itu berlaku di antara duduknya imam sampai selesainya solat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Namun, waktu istijabah ini tidak penuh sejak duduknya imam di mimbar sampai selesainya solat. Dia datangnya kadang-kadang mengikut lafaz hadis, “Yuqalliluhaa” (sangat sekejap).
Imam ash Shan’ani rahimahullah dalam Subul as Salam, menyebutkan masanya kadangkala di awal, di tengah atau di akhir. Ketikanya bermula sejak bermulanya khutbah sehingga habis selesainya solat. (Subul as Salam).
Manakala Imam As-Suyuthi rahimahullah pula menentukan waktu yang dimaksudkan adalah ketika solat didirikan.
- Waktu Di Antara Dua Khutbah Jumaat
Sesetengah ulama berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sedang menerangkan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda:
،إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ
“Sesungguhnya padanya (hari Jumaat) terdapat suatu ketika
yang tidak ditemui oleh seseorang yang muslim dengan dia mendirikan solat
sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Dan Rasulullah s.a.w menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja (sangat singkat) waktu itu.
- Waktu Terakhir Selepas Asar
Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah s.a.w bersabda :
،يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ
فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ
“Hari Jumaat (siang) terdiri dari 12 waktu,
di dalamnya terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim
pada ketika itu memohon sesuatu kepada Allah,
melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya.
Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada waktu akhir setelah Asar.”
(Hadis Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)
Hadis Abdullah bin Salam, dia bercerita: “Aku berkata: “Sesungguhnya kami mendapatkan di dalam Kitabullah bahawa pada hari Jumaat terdapat satu masa yang tidaklah seorang hamba mukmin berada padanya lalu berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT, melainkan akan dipenuhi permintaannya.”
Lalu Rasulullah s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya bahawa masa itu hanya sedikit sahaja.
Kemudian Abdullah bin Salam bertanya: “Bilakah ketikanya ia berlaku?”
Baginda s.a.w menjawab: “Masa itu berlangsung pada akhir waktu siang.”
Setelah itu Abdullah bertanya lagi, “Bukankah saat itu bukan waktu solat?”
Baginda s.a.w menjawab:
بَلَى إِنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا صَلَّى ثُمَّ جَلَسَ لَا يَحْبِسُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ فَهُوَ فِي الصَّلَاةِ
“Benar! Sesungguhnya seorang hamba mukmin jika melakukan solat kemudian duduk,
tidak menahannya kecuali solat, melainkan dia berada di dalam solat.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Salam Jumaat, nice sharing JCB.. :) May Allah bless u....
ReplyDeleteSalam jumaat CikMar..! hehehe
ReplyDelete*hug
Assalamualaikum mar. maksudnya diwaktu akhir solat asar, kita terus berdoa selepas habis solat kan? mohon penerangan mar :)
ReplyDeletenice sharing mar...thanks for sharing...
ReplyDeletegud info..
ReplyDeleteyg pernah sy dgr antara 2 khutbah.
So..kena banyak berdoa pada hari ini. Tq.
ReplyDeletesemoga doa itu diberkati..amin
ReplyDeletelepas ni org solat jumaat kena standbay jugak ni... boleh dapat kelebihan doa mustajab.. aaminn.
ReplyDeleteperkongsian yg baik cik mar...
ReplyDeleteBeruntung jadi lelaki kan.. ^___^
ReplyDeleteBeruntungkan jadi lelaki kan kak..hehe..boleh pergi solat jumaat, banyak manfaat dapat. Lelaki2 semua solat jumaat, 3 kali tak pergi jumaat di tutup pintu hati.
ReplyDeletealhamdulilah very good info :)
ReplyDelete