Solat Sambil Mengendong Bayi


Bismillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.
Meh nak share laju-laju ~
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua :)

Islam agama sempurna, indah dan mudah. Dalam segala hal, Islam sememangnya cara hidup. Lebih-lebih lagi dalam bab solat, rukhsah sentiasa diberikan kepada orang musafir, orang sakit, orang berperang dan begitu juga ketika perlu menjaga anak kecil.

Abu Qotadah al-Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata :

“Rasulullah s.a.w pernah solat sambil mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulillah, anak kepada (suaminya) Abi al-‘As bin Rabi’ah bin ‘Abd Shams. Apabila baginda mahu sujud baginda meletakkannya. Apabila bangun baginda mendukungnya kembali” (Riwayat al-Bukhari).



Untuk menjaga kesempurnaan solat sebegini, kita perlu menjaga beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Di antaranya ialah dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:

1) Mempastikan bahawa anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.

2) Mengawal pergerakan kita semasa solat. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu’) ketika menyempurnakan solat.

3) Hendaklah mempastikan bahawa dada kita sentiasa mengadap kiblat.

Namun begitu, amalan solat sebegini bukanlah rutin setiap hari bagi semua ibu dan ayah kepada semua anak kecil. Ianya dilakukan apabila satu keperluan untuk mengerjakan solat seumpama ini tidak boleh dielakkan.

Untuk bacaan lanjut sila ke SINI, SINI :)

KREDIT : http://zainurrashid.com 
             Islam Agama Ku
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

21 comments:

  1. wuah! nice share mar...realy usefull info...thanks yew~

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah..hebatkan islam. Solat dengan cara ni pun ada. Terima kasih share kak. ^___^

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ...suka ngan n3 ni..;)

    ReplyDelete
  4. info yg menarik cik mar...tak pernah tahu ada kaedah camni sebelum ni...

    ReplyDelete
  5. mudah2an bila ada anak 1 hari nanti, anak kita tak menghalang kita untuk bersolat.. :)

    *amboi mar, beli sambal 5 hengget 3 posen ye..ahahaha

    klik2 tabung nuff mar lagi.. ^_^

    ReplyDelete
  6. islam itu memudahkan.
    alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  7. baru first time remy tahu ...boleh kendong baby ketika bersolat.....
    thanks for sharing......

    ReplyDelete
  8. nice sharing...tirah pernah gak baca pasal nie...hihi

    ReplyDelete
  9. mar suka entry ni...nice piece of sharing... thanks mar...sekurang2nya esok2 in future kalau ada rezeki boleh dijadikan panduan...

    ReplyDelete
  10. bagusnya cik mar kongsi pasal ni...panduan untuk parents yang ada anak kecik yang tak boleh nak tinggalkan..

    ReplyDelete
  11. perkongsian yang sgt bermanfaat <3

    ReplyDelete
  12. iman tau cara yg ni..ust iman ada ajar dulu


    ye kak mar....rindu la 2

    ReplyDelete
  13. boleh dipraktikkan bila dalam keadaan terdesak atau memerlukan...terima kasih!

    ReplyDelete
  14. Wow..haritu ada dengar ustaz don bgtau..tu pon dah rasa, wow..sebab baru tau kan..mekasih mar sebab kongsikan info ni..terutama untuk cheqkaq yang ada anak yang suke menempek!hihihi

    ReplyDelete
  15. Baru tau bleh kendong anak masa solat.... tq

    ReplyDelete
  16. bagus ada kaedah ni sebab kalau anak ditinggalkan silap hari bulan meraung terkeluar anak tekak. kesian.. sebab anak akak macam tu. hehe.

    ReplyDelete
  17. betapa agama islam itu mudah..agama islam tdk pernah membebankan umatnya..thanks for sharing kak mar

    ReplyDelete
  18. islam itu agama yg mudah..agama islam tidak pernah membebankan umatnya..:-)

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE