Doa Menangani Anak-Anak Nakal


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, 
Haiyya Sollu 'Ala Nabiyyuna Muhammad fi Hazihil Yaumul Mubarakah!

Siapa dah ada anak angkat tangan ~ anak-anak korang ada yang nakal tak ? anak-anak nakal tu normal la kan, nama pun budak-budak. Tapi ada sesetengah tu yang nakal nye opsss terlebih sudah ~ haa so kat sini, anak-anak tak boleh dipersalahkan, sebab ibubapa yang mendidik dan mencorakkan mereka. Mereka kan ibarat kain putih :) 

Bagaimana mahu menangani ? *Psstt saya belum berpengalaman, sekadar berkongsi untuk panduan ibubapa di luar sana. Mudah-mudahan anak-anak kita mudah dibentuk akhlak nya, menjadi penyejuk di mata, dan pembekal pahala bila kita dah tiada nanti. Aamiin :)


DOA MENANGANI ANAK-ANAK NAKAL

1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7x dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

comelllllllllnyeeee ~~~~~

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.


4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali.
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus pada susu.


Doa Nabi Daud : "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi"

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir "Ya Latif" sebanyak 129 kali diikuti  surah As-Syura ayat 19 :

"Allah Maha Lembut pada hamba-Nya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak belajar.


8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 :

" Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.


10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 :


" Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan Surah Ibrahim ayat 40 :



 "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang mendirikan sembahyang, wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

comel x pose saya ?? siapa sudi didik saya ? :P
Okeh, itu sahaja. Hafal je semua doa-doa tu dan amalkan setiap kali lepas solat 5 waktu, insyaAllah mudah-mudahan anak-anak kita lembut hati. Kita minta pada yang pegang hati-hati kita, Allah :)

JCB :
Pagi jumaat beli ikan,
beli ikan dengan Pak Sakan,
sayang isteri tinggal-tinggalkan,
sayang anak tangan-tangankan :D

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

24 comments:

  1. sesuai untuk dina yang nakal heee :3

    ReplyDelete
  2. thanks mar...dah bookmark doa ni...hihihi berguna ni..manalah tau anak hyperaktif nnt ngeee :)

    ReplyDelete
  3. Cik mar..kalau menyusu badan cam ne nak hembus kat susu tu..hewhewhew..

    ~ perkongsian yang sangat baik

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg sangat terbaekk!!

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.

    Mar, lana pun takda pengalaman. Pa pun, boleh dijadikan panduan bila tiba masanya nanti.. ^_^

    ReplyDelete
  6. waaaaaaaaaaaaa.. suka baca ni.. tq2.. hemm.. nk kena copy link ni.. nti klu terlupa leh baca lik.. =)

    ReplyDelete
  7. Boleh buat dekat adik saya..nak share dengan umi. hehe..terima kasih kak atas tipsnya.

    ReplyDelete
  8. nice sharing sis..walaupun xde anak lagi, tapi boleh buat bekalan bila dh anak nnt..heee.. :D

    ReplyDelete
  9. nice sharing akak (^___^)
    5 taun lagi boleh la saya guna, insha Allah..ehehe..
    comel kan budak2, sayangnya kalau dorang ni terpinggir..huhu

    ReplyDelete
  10. terima kasih cikmar...berkongsi doa......

    ReplyDelete
  11. nice entry ... boleh guna bila acik ada anak nanti :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..salam kenal, kunjungan balas n follow mar =)

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yg menarik. Sesuai utk ank2 buah w yg tengah nk membesar. ^_^

    ReplyDelete
  14. singgah kat sini teman, singgah balik ke awak yhh :)

    ReplyDelete
  15. Perkongsian yg sangat berguna walaupun saya belum ada anak lagi.. hehe.. nnt dah ada anak bleh guna.. :D thanx kak..

    ReplyDelete
  16. baby masih belum punya baby sendiri. tp insyaAllah akan mengguna pakai apa yg cuba disampaikan ni dikemudian hari..

    Thanks utk perkongsian ni

    ReplyDelete
  17. terbaik cik mar....semoga bermanfaat kepada ibu2 bapak2 semua yg ada anak la sng citer....

    ReplyDelete
  18. memang bagus doa nie..seribupilihan anak nakal jugak..nakal sikit je..hehe..:-0

    ReplyDelete
  19. Perkongsian yang bagus nie...

    mselim3

    pls; boleh amalkan doa nie...

    ReplyDelete
  20. Wah terbaik la akak.. terima kasih tau sudi berkongsi dengan iols.. boleh iha guna nanti ni, opsss.. maksud iha boleh la kalau nak bagi entri ni kat kawan2 iha yang dah ada anak, hihi.. :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE