Bismillahirrahmanirrahim ~
Assalamualaikum, selamat hari raya jumaat. Yeay yeay hari raya.. Jangan lupa selawat, sedekah, doa banyak-banyak ^____^
Eh, eh malas taip intro bagai, kita straight to ampang point. Ahaa berkobar-kobar tak, nak sedekah bila baca apa yang Ustaz Ismail Kamus cakap tu ???
Biasanyaa.. kita simpan duit dalam apa ? Dalam purse, wallet, bawah bantal, dalam bank, Maybank, Bank Islam, CIMB, Hong Leong, Public blablabla.. dan banyak lagi tempat kan ? Tapi perasan tak, berapa peratus keyakinan dan berani-jamin kita, yang duit yang kita simpan tu akan kekal jadi milik kita ? 10% ? 20%? 70%? Lain-lain ? Nyatakan :)
Honestly, kita akan jawab, kita tak pasti berapa lama ia akan tetap menjadi milik kita kan ? Simpan-simpan, duit baru nak membiak, tiba-tiba kena dugaan, eksiden ke, sakit ke, kereta rosak ke, nak beli rumah baru ke, pergi melancong ke, ek. Haa ke mana duit-duit kita ? Kepada orang yang berkenaan la kan.. Dan memang tu pun tujuan kita simpan duit kan. Dan, at the end, duit pasti habis juga walau berjimat tahap langit biru pun. Oh maaf la, kali ni rasa cam fail pulak buat ayat. Hewwhu.
Maknanya, duit kita akan dihulurkan menjadi rezeki orang lain, get it ? Which means, ia tak akan kekal di tangan kita, di bank kita atau di mana-mana tempat simpanan kita. Jadi kat dunia, kita kerja bagai nak mati, simpan duit sungguh-sungguh untuk semua harta dan kesenangan dunia, bila dah sampai penghujung, duit pun dah semakin yilekk ataupun duit banyak tapi nyawa dah hampir-hampir nak yilekk... di manakah simpanan yang akan kekal ? Yang akan kita bawak ke padang mahsyar ? Di manakah ??
"Sebenarnya duit yang kita derma itulah, duit yang kita sedekah itulah bahagian kita punya..."
Firman Allah yang bermaksud: “Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai pula ada 100 biji. Allah melipatgandakan ganjaran sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
See ? Subhanallah ! Buat satu kecik, dapat 700 !! Jangan kikir, jangan sekat tangan kanan yang mahu memberi. Berilah semampu-mu, niatlah kerana Allah. Diamkanlah. Jangan disebut-sebut. Hulurlah, jangan sampai tangan kiri-mu mengetahui ! Jangan tunggu semillion, baru mahu memberi. Yang sedikit kita kongsi, moga ada bahagian kita di Sana nanti :)
Tidak mengapa andai tidak mampu, tapi ingat Allah Maha Tahu tahap kemampuan dan kecukupanmu. Kau tipu, kau rugi. Sedang Allah Maha Kaya ~
Psst... Kata-kata yang baik juga sedekah, mendamaikan dua orang yang berselisih juga sedekah, menumpangkan orang naik kenderaan kita juga sedekah, buang benda berbahaya kat jalan pun sedekah, dan setiap langkah perjalanan untuk pegi sembahyang pun sedekah ! Allahu Akbar, pendek kata... setiap anggota badan kita kalau buat baik , semuaaaaaaaaaaaaaaaa sedekah lah ^__^ Kerrlass tau Islam, yang penting niat :D
JCB :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Apabila mati seorang anak Adam,
maka terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu
sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain
dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
(Hadis riwayat Muslim)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia