Kita Punya Yang Mana ??



Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum, selamat hari raya jumaat. Yeay yeay hari raya.. Jangan lupa selawat, sedekah, doa banyak-banyak ^____^

Eh, eh malas taip intro bagai, kita straight to ampang point. Ahaa berkobar-kobar tak, nak sedekah bila baca apa yang Ustaz Ismail Kamus cakap tu ???

Biasanyaa.. kita simpan duit dalam apa ? Dalam purse, wallet, bawah bantal, dalam bank, Maybank, Bank Islam, CIMB, Hong Leong, Public blablabla.. dan banyak lagi tempat kan ? Tapi perasan tak, berapa peratus keyakinan dan berani-jamin kita, yang duit yang kita simpan tu akan kekal jadi milik kita ? 10% ? 20%? 70%? Lain-lain ? Nyatakan :)

Honestly, kita akan jawab, kita tak pasti berapa lama ia akan tetap menjadi milik kita kan ? Simpan-simpan, duit baru nak membiak, tiba-tiba kena dugaan, eksiden ke, sakit ke, kereta rosak ke, nak beli rumah baru ke, pergi melancong ke, ek. Haa ke mana duit-duit kita ? Kepada orang yang berkenaan la kan.. Dan memang tu pun tujuan kita simpan duit kan. Dan, at the end, duit pasti habis juga walau berjimat tahap langit biru pun. Oh maaf la, kali ni rasa cam fail pulak buat ayat. Hewwhu.

Maknanya, duit kita akan dihulurkan menjadi rezeki orang lain, get it ? Which means, ia tak akan kekal di tangan kita, di bank kita atau di mana-mana tempat simpanan kita. Jadi kat dunia, kita kerja bagai nak mati, simpan duit sungguh-sungguh untuk semua harta dan kesenangan dunia, bila dah sampai penghujung, duit pun dah semakin yilekk ataupun duit banyak tapi nyawa dah hampir-hampir nak yilekk... di manakah simpanan yang akan kekal ? Yang akan kita bawak ke padang mahsyar ? Di manakah ??

"Sebenarnya duit yang kita derma itulah, duit yang kita sedekah itulah bahagian kita punya..."

Firman Allah yang bermaksud: “Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai pula ada 100 biji. Allah melipatgandakan ganjaran sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 261) 
See ? Subhanallah ! Buat satu kecik, dapat 700 !! Jangan kikir, jangan sekat tangan kanan yang mahu memberi. Berilah semampu-mu, niatlah kerana Allah. Diamkanlah. Jangan disebut-sebut. Hulurlah, jangan sampai tangan kiri-mu mengetahui ! Jangan tunggu semillion, baru mahu memberi. Yang sedikit kita kongsi, moga ada bahagian kita di Sana nanti :)

Tidak mengapa andai tidak mampu, tapi ingat Allah Maha Tahu tahap kemampuan dan kecukupanmu. Kau tipu, kau rugi. Sedang Allah Maha Kaya ~ 

Psst... Kata-kata yang baik juga sedekah, mendamaikan dua orang yang berselisih juga sedekah, menumpangkan orang naik kenderaan kita juga sedekah, buang benda berbahaya kat jalan pun sedekah, dan setiap langkah perjalanan untuk pegi sembahyang pun sedekah ! Allahu Akbar, pendek kata... setiap anggota badan kita kalau buat baik , semuaaaaaaaaaaaaaaaa sedekah lah ^__^ Kerrlass tau Islam, yang penting niat :D

JCB :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
“Apabila mati seorang anak Adam, 
maka terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu 
sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain 
dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” 
(Hadis riwayat Muslim)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

12 comments:

  1. Yup betul...
    yang kita derma kan itulah simpanan kita hingga akhirat nanti

    ReplyDelete
  2. contohnye, kalau kite sedekahkan kat orang miskin, duit yang kite bagi tu adalah milik si miskin tu walaupon dia tak mempunyai ape ape. Allah sebenarnye nak beri rezeki tu melalui kita semua yang bersedekah. Dan daripada awal lagi memang tu milik orang. Boleh dikatakan tu sebenarnye takdir.

    #cikgu mane ntah citer pasal ni.. lupe pulak heee =D

    ReplyDelete
  3. Tq share...Rajin2 lah bersedekah kerana ia bukan mengurangkan harta tetapi sebenarnya menambah rezeki kita. wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Sangat suka dgn entri ni..
    Mengingatkan kita agar sentiasa bersifat pemurah.

    ReplyDelete
  5. hmm..duit memang macam tu..lama2 akan habis juga, melainkan amal sedekah yang kita lakukan..

    ReplyDelete
  6. Salam jumaat,
    Senyuman buat anda...sedekah ikhlas dari saya :)
    Amal jariah dan sedekahlah yg menjadi bekalan kita di alam barzakh dan akhirat kelak...

    ReplyDelete
  7. yup betul tu simpan la dalam amanah saham akhirat ASA...takyah isi borang atau guna online banking....sekarang pon boleh bank in...hehehe

    ReplyDelete
  8. Ada terbaca satu kisah, pagi itu dia beli kuih, kemudian ada baki 20sen. Dia cakap, tak apalah mak cik, simpanlah baki itu. Petang itu pula, dia pergi kedai jual ayam goreng..Cadangnya nak belilah, tapi tauke kedai tu bagi dia percuma 3 ketul ayam goreng. Walaupun ianya kecil tapi boleh nampakkan. Hikmah dari bersedekah. hehe..belit2 kot saya ceita. Tapi memang bersedekah ni, memurahkan rezeki kita.

    ReplyDelete
  9. setuju sgt2.. sbb kalau kita sedekah kat orang, tak kisah la belanja org susah makan ke, beli barang yg orang susah tu suka ke, insya Allah, Allah bagi kita ganjaran dan 'balasan baik' ASAP.. :)

    ReplyDelete
  10. salam marhani.
    Lawatan awal pg tirana aduka

    ReplyDelete
  11. betul juga tu mar.. kadang2 kita nak jgk menderma, walaupun skit.. tapi tu la, kdng mmng yng sikit tu pun kita xmampu..sedih juga..

    *mar, saja nak tahu, yng mar letak nama kt sweetheart tu, top komentar ke? napa macam tak bergerak je..means kat nama kita, nombornya still sama...hehehe
    *tp mmng xkuat komen pun*

    ReplyDelete
  12. jom kita sama 2 bersedekah..mekasih mar atas peringatan ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE