Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semuaa :)
Rasa nak menulis panjang lagi selepas baca entry daripada acik, a.k.a +Aku Penghibur. Itupun dah cukup panjang membebel kat ruangan komen acik, hihi. Maaf ye acik. Meh nak sambung kat sini :P Korang dah baca? Kalau belum bolehla ke blog acik, artikel tentang Ibu Di Hina Kerana Tidak Memenuhi PermintaanNya.
Pehh mula-mula baca status yang acik printscreen tu menyirap jugak, rasa kalo budak tu depan mata, tampor laju-laju kasik dia sedar. Yela kot-kot la yang menaip tu bukan die kan. Hewwheww atau mungkin dia separa sedar, haa langkah terbaik tampor laju-laju *senyuum*
Memang sokong 700% peratus apa yang acik cakap tu.. Anak jenis apakah itu ? Cuba kau kira kos yang mak kau tanggung masa nak membela kau dari sebesar lengan sampai besar dari kereta kebal ? Tu belum kira, tenaga dia, airmata dia, darah dia, kudrat dia ! Ishh sedihnya laa hati ibu beliau. Wahai penulis status mohon sedar diri cepat-cepat ye.
Plus-plus, susah mana pun dia, miskin mana pun dia, bodoh mana pun dia, sebab dia lah tetap jugak kau pandai menulis, membaca, dan berbagai lagi kau pandai sampai pandai hina mak sendiri. Astaghfirullahal 'Azim. Mohon kita dijauhkan dari sikap mudah lupa diri camtu. Huhu sedih sangatt..
Honestly, mak saya sekolah sampai darjah enam je. Masa kecik-kecik, masa tak pandai pikir, kadang-kadang jeles jugak, kawan-kawan anak cikgu. Sedang mak saya, pernah kerja tanam pokok tepi jalan, kerja kedai makan 6 pagi - 6 petang, kerja macam-macam lah semata-mata nak tambah duit untuk anak-anak sekolah. Tapi, saya tak pernah rasa mak saya tak berguna, malah saya hidup, tersenyum, bahagia hari ini berkat seorang ibu ! Saya bangga dengan mak saya, tak sekolah tapi pandaii angaaattt :D
Dan berkat mak ayah saya jugak, saya dapat masuk UM, saya ada ijazah sarjana muda, saya graduate dengan 1st class ! Itu semua TAK PERNAH saya rasakan hasil usaha saya semata-mata, malah sepenuhnya saya letakkan pada berkat MAK saya, dan arwah AYAH :'( :'( :'(
Arwah ayah lagi laa.. betapa pengorbanan dia, kalau saya ceritakan banjir keyboard ni :'(
Duhai engkau yang bernama anak, berhentilah berbangga dan mendabik dada. Hidup tak berkat kalau tak jaga hubungan dengan ibubapa. Ingatlah ibubapa kita satu selamanya. Semua benda dalam dunia, patah tumbuh hilang mungkin berganti. Tapi tidak pada yang bernama IBU dan BAPA. Check balik hubungan kita dengan ibubapa kita :)
Terjagakah mereka oleh kita atau terabaikah mereka dengan sikap kita ?
Apa-pun saya tetap berbahagia, kerana masih punya emak, dan berkesempatan menjaga beliau yang sakit. Dan alhamdulillah saya masih mampu memberikan al-fatihah saban waktu untuk ruh ayah :) *Insyallah kita reunion di syurga ye* Rinduunyeee ~
JCB :
Ingat ! Redha Allah terletak pada redha ibubapa :)
♥ sayangi mereka sebelum terlambat ♥
"If you have a loving mother or father,
treat them with loving care,
for you will only know their value
when you see their empty chair."
terima kasih sudi ulasan lebih lanjut... kita kena sedar diri ..dimana letakkannye kedudukan kita, dengan siapa kita minta wang... itulah kalau manusia tak pernah bersyukur ..kecewa :(
ReplyDeleteAduh, tadi dah la tahan macho baca kat blog acik.. ni bertambah2 kontrol machonye bila ada kat sini.. huhu, keyboard basah takpe, tak kacau google nose pun, ehh..
ReplyDeletetu la kan, anak mana la yang sanggup lupakan jasa ibubapa kita.. kalau kita ingat betul2, mesti punya, mesti akan nangis.. kalau tak nangis maka keraslah hati dia.. apapun moga arwah ayah akak sentiasa berada dalam redhaNya, Amin.. :')
p/s: kita baru lepas temankan mak kita tido.. beliau tak sihat.. :)
sebak baca entry ini... sy syg mak!:')
ReplyDeleteterpaksa ai singgah ke blog acik jap sebab nak baca entri ni....setuju dgn cik mar...kejayaan kita sebenarnya disebabkan doa ibubapa kita yg lebih....hati yg lapang utk menerima pelajaran pon berkat doa ibubapa jugak...kalau tak, jenuh baca 1001 kali tak paham2 buku text tu....
ReplyDeleteAlhamdulillah...berjaya adik. Akak kalau nk cite pun mmg banjir jugak keyboard. Yang penting kita sentiasa menghargainya.
ReplyDeleteAssalamualaikum mar. masyallah. sheila tak baca lagi entri acik tu. malas lah nak baca, takut sakit hati pula. betul kata mar, seburuk mana pun mak kita. kita takda hak nak hina mak kita. bahagia kita, datangnya daripada restu seorang ibu :)
ReplyDelete*love mak!
Salam Mar, Sungguh bertuah ibu bapa mempunyai anak2 seperti anda... Hasil didikan merekalah menjadikan anda seperti sekarang. Semoga kita akan terus menyambung bekalan buat mereka apabila mereka tiada kelak.
ReplyDeleteibu adalah segalanya....itulah dunia dan syurga kita.......
ReplyDeletesebak baca kisah mar ni.. pelik sesetengah orang ni kan, mak depan mata dihina2..nti dah susah, mak juga yang ko cari..terlolong2..erm..
ReplyDelete*mar dah xde ayh ye..xtahu pun selama ni.. :(
Alhamdulillah Mar.tanpa ibu dan ayah siapalah kita..semoga kita menjadi anak yang membahagiakan kedua ibu bapa kita.pada sesiapa yang masih punya ibu dan ayah, hargailah dan sayangilah mereka, selalulah bertanya khabar dan balik menziarahinya, dan bersyukurlah kerana masih ada doa2 dari ibu dan ayah untuk kebahagian dan kesejahteraan anda.kasih ayah tiada penghujungnya, kasih ibu membawa kesyurga..
ReplyDeleteapa yang kita lakukan perlukan keberkatan dari ibu bapa...
ReplyDeletetanpa doa mereka, kita bukanlah siapa-siapa...
terernya, mar... grade 1st class... ^_^
Baru baca entry itu tadi..Sedih sangat2. Saat ibu bapa hilang, dia pasti akan rasa bagaimana menyesalnya dia kerana cakap macam itu. Tapi tak mahulah jadi macam itu baru nak insaf. Sedih sangat2 lah pula..tak boleh nak cakap. T__________T. Nanti lepas puas bersedih..saya komen balik..huhu.
ReplyDelete