Tiga Tahun Lepas


Hari tu hari rabu, petang. Satu sms masuk ke ruang inbox. Lepas baca, terasa ada yang kurang sedap di hati. Segera mendail. 

Keputusan diambil. Aku mesti segera pulang ke kolej, dan terus bergerak ke rawang. Tiba di stesen ktm bersama adikku. Abangku sedia menanti. Kami akan pulang ke kampung. Ketika itu, seingat aku sudah masuk waktu maghrib. Kami tidak melengahkan masa, meneruskan perjalanan melalui highway ke timur. Sebaik sahaja melalui tol gombak, satu panggilan masuk ke telefon bimbit abangku. Selepas panggilan ditamatkan, meski tanpa diberitahu apa isi perbualan, kami faham. Al-fatihah. Blank seketika. Kemudian air mata bercucuran tanpa henti selama 4 jam perjalanan.

Tiba di perkarangan rumah, kelihatan ramai jiran-jiran memenuhi setiap pelosok ruang rumah. Tapi bukan itu yang jadi tumpuan, langkah segera masuk, mata melilau mencari kelibat mak. Segera bersalam. Tirai di penjuru rumah dibuka. Airmata makin laju meluahkan rasanya. Ku singkap kain yang menutupi wajah dia yang teramat ku sayang, ku kucup dahi, pipi dia yang sudah tidak bernyawa lagi. Tiada suara. Tiada gerakan nafas. Tiada apa-apa lagi. Mimpi ?? Tidak. Ini kenyataan. Kami segera mengambil wudhu', bacaan yaasin dialunkan tanpa henti. Bergilir-gilir bila malam semakin larut. Terus membaca hingga pagi ditemani airmata tanpa tindakbalas dari ayah lagi. Satu persatu kenangan menerjah, airmata semakin meluah rasa.


Pagi itu, kami sibuk memandikan, mengkafankan dan solat. Kucupan terakhir diberikan sebelum kain putih itu ditutup rapat dan diikat buat selama-lamanya. Airmata langsung tak dapat dibendung. Membuak-buak, kalau disediakan baldi, mungkin mampu memenuhi sebuah kolam. Usai jenazah diangkat keluar rumah, terasa sangat seolah-olah separuh jiwaku melayang pergi sama. Ayah... tiada lagi panggilan itu akan ku lontarkan. Basah. Airmata teman setia.

Hari ini, 28 April 2013 genap tiga tahun ayah pergi meninggalkan kami. Kami redha. Semoga Allah temukan kita di syurga. Ayah.... rindu ni tak pernah sikit pun surut. Makin bertambah.. Kadang kerinduan melampau ini tak terluah lagi. Hanya yang pernah mengalami mengetahui seksanya merindu, lagi parah merindu mereka yang tak akan kembali. Allah... mujur ada iman penyelamat kami. Hanya daripada Engkau kami datang, dan kepada Engkau kami akan dikembalikan :')

Kini, tiada lagi suara ayah. Tiada lagi gerak tubuh ayah. Tiada lagi nasihat. Tiada lagi tangan yang dapat ku kucup. Tiada macam-macam lagi yang berkaitan dengan ayah. Sungguh, aku rindu ! Tapi doa jadi penghubung. Doa mengubat rindu. Akan ku kirim pahala buatmu setiap saat. Ayah... damailah ayah bersama pencipta kita. Selesai sudah beban dan tanggungjawab yang kau pikul selama ini. Berehatlah ayah.. 
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

19 comments:

  1. awak..kite doa same2 ye..
    sy syg awak ngn cik aliyah..

    ReplyDelete
  2. takziah cik mar....semoga arwah tenang di sana...al fatihah...

    ReplyDelete
  3. sedekahkan a fatihah untuk ayah.. :) selalu ingat dan doakn dia .. agar aman di sana ..

    ReplyDelete
  4. Sedihnyaaa nina baca. Betul tuuu. Hanya org y telah lalui.. merasaa apa y kita rasaaa... nina baru kehilangan abah dekat 4 bulan. Kadang2. Kalau terpikir dia dah tiada.sesak rasa didada. Nina selalu rasa dia ada dikg. Tp bila sedar. Air mata bergenang teru. Ya Allahhhhhh. Huhuhuhuhu. Sungguh dia tiada ganti

    ReplyDelete
  5. Nina suka baca ayat perenggan kedua last. Nina mohon share yea..

    ReplyDelete
  6. Akak, iha nak buat pengakuan ni.. sebenarnya kan, sejak semalam lagi iha perasan gaya tulisan akak nampak 'lain'. Rupanya inilah jawapan kepada persoalan iha.. Al-Fatihah.. iha turut rasa kesedihan itu.. tanpa mereka tiadalah kita, dan kita turut akan menghadap Ilahi suatu hari nanti.. iha takut komen iha ni akan buat akak lagi sedih.. apapun, moga akak, adik-beradik akak, dan ibu akak kuat untuk mengharungi pelbagai lagi dugaan didunia ini.. :')

    ReplyDelete
  7. sedih baca entry ni. Al-Fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  8. al-fatihah buat arwah ayah mar...

    ReplyDelete
  9. Akak......saya pun rindu ayah. Terbayang-bayang lagi senyuman di wajah ayah, ketawa ayah, suara ayah. Sakit rindu dia tak sama dengan rindu dengan yang lain. Nak panggil, nak jerit tak boleh sebab tak dapat didengar. Rindu nak peluk dan cium ayah. Innalillahiwainnailaihirojiun...semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sayang akak.

    ReplyDelete
  10. semoga roh arwah di cucuri rahmat.

    ReplyDelete
  11. moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin.

    ReplyDelete
  12. al-fatihah!
    sebak anis baca, kalaula anis kat tempat yang sama..mesti tak ketahuan jadinya

    ReplyDelete
  13. Al-fatihah..hnya Doa2 Berterusan Dr ank yg Soleh Je Yg Dpt Mmbantunya..sy pon Sudah 8Thn Ayh Pergi..smoga Rohnya terus Dcucuri Rhmat..

    ReplyDelete
  14. akak . harap akak tabah hadapi hidup tanpa ayah kesayangan akak . memang sedih kehilangan yang tersayang . menderita sangat . tak dapat digambarkan perasaan menderita tu . moga ayah akak ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin . semoga ayah akak tergolong daripada mereka . dina pon nak mintak maaf sebab dina menambahkan kesedihan akak . :'(

    ReplyDelete
  15. al fatihah.. moga ayah mar tenang disana.. :(

    ReplyDelete
  16. Al-Fatuhah. mar.... bergenang saya baca. sedih. tabahla sahabat....... jaga diri ya, sebab ayah masih menanggung cik mar selagi belum kawen. Semoga arwah ayah Mar ditempatkan dikalangan org2 yg Soleh. aaminn.

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE