감사합니다 || gamsahamnida


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !

감사합니다  apa nak dibunyikan nehh ?? ahaa kalo gamsahamnida tau tak ? Kpop lover dengan penengok korean drama mesti tau kan. "Gamsahamnida" ialah terima kasih :D

Gamsahamnida 1 :

Kepada sweetheart dan nadi jcb, alias pengomen tegar dekat belog picisan ini :)
Tiada kata lain, melainkan "gamsahamnida" dan teruskan meninggalkan coretan di sini ye ! Hehe. insyaAllah, saya akan cuba menjejaki kalian-kalian juga, dan sentiasa meninggalkan coretan blabla saya yang super-panjang. eh ~ Serius, korang selalu buat saya senyumkambeng sorang2 ^^

Mereka yang hemsem, cun dan baik hati :


Gamsahamnida 2 :

Kepada follower yang super sporting, sudi klik 'join this site' :) Atas keringanan tangan korang, makanya jumlah follower bertambah, meski bagi sebilangan blogger ia jumlah yang kecil, hehe tapi bagi den yang hanya menumpang kasih di alam maya ni, jumlah itu  amatlah dihargai. kekeke :P

Ini dia follower 555 : 


✿ Aisyah Humaira 
Kekuatan tidak datang dari seseorang yg gagah tapi ia datang dari seorang yang berjiwa semangat. *seorang muslimah niqab berasal dari negeri jelapang padi ! Salam Ukhuwwah AH :) *jom terjah blog AH ^^

Gamsahamnida 3 :

Kepada sis +Mia Liana sebab sudi pilih dan letak belog jcb dalam bloglist mialiana.com !
Phew phew phew.. suke dan seronok sebab dapat inteprem kat blog ber-pagerank 3 ! ^_~
Haishh umpama mimpi dalam mimpi je :D

Alhamdulillah. eh pasal blog akak, always n poreber lam bloglist saya, dun woghi ^^

Last but not least Gamsahamnida 4  kepada semuaaaaaaa yang pernah singgah sini, hehe saya tau ramai yang jadi silent reader je, *pegahassan* haha. wateber la, janji saya amat hargai kedatangan kalian ! teruskan menyokong jcb oke :)
psst eh jcb ni backhoe kan senanye ? haha ade mak kesah :P

Barakallahu Fikum ^^


JCB :
Pucuk putat layu,
pucuk pauh kembang,
duduk dekat malu,
duduk jauh bimbang. 
:P


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Dasar Pencuri


Assalamualaikum !

Korang suka mencuri tak ? Kalau ye apakah ciri-ciri barang yang korang curik-kan ? Muahaha. Suka hati je, ingat mencuri tu kerja mulia ke ha ?? Meh baca ni, Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 38 yang bermaksud :
"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dan seksaan daripada Allah, Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
Meskipun perintah potong tangan ni bukanlah sesuka hati dilaksanakan, ia mesti memenuhi syarat-syarat tertentu seperti mukallaf, barang yang dicuri bernilai lebih dari tiga dirham dan lain-lain lagi. Namun, mencuri tetap hukumnya haram.


Mencuri ialah mengambil harta orang lain secara sembunyi dan diambil dari tempat simpanan harta itu. Eh, nak ceritanya lah kan, korang pernah tak jumpa orang yang suka mencuri ni ? Tak kisahlah curi apa-apa, yang pasti hobi dia adalah mencuri, even orang sekeliling dah syak atau dah tau, dia tetap dengan kegiatan mencurinya ! Pernah tak ?

Alkisahnya, masa saya asasi dulu, masa tu kat kelantan. Masa tu kecohh sangat pasal kes kecurian duit. Siap kitorang kena bersumpah dengan al-Quran. Jadi, nak diringkaskan cerita, akhirnya pencuri itu kantoii ~ 
Inipun rakan sebilik dia yang bercerita pada saya. Diorang ni lebih tua daripada saya, berpangkat akak. Bilik diorang selang sebuah je dari bilik saya. Yang saya unbelieveble nye, yang mencuri tu bapaklah segala cun ! serius cun
Menariknya, kerjaya mencuri dia bukan sekadar curi duit daripada dompet, loker dan lain-lain. Tapi, melalui kad atm bank ! See ? betapa hebatnya dia dan kerjayanya . Haha. Haa tak cukup itu dia bukan mencuri dari seorang individu, malah 3 orang ahli biliknya semua pernah jadi mangsa !! Memang malang sebilik dengan beliau ~ 
Lagi bertambah malang, kerjayanya berkembang ke bilik-bilik orang lain juga, dan yang berkawan rapat dengannya tentu saja menjadi mangsa. Bahkan, dia bukan hanya mengambil duit, tetapi juga barang-barang lain, seperti skirt, jam tangan, gelang dan bermacam-macam lagi. 
Orang kata, 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua'. Ya, dialah tupai itu.. Ngeh3. Kerjayanya menemui nasib malang bila, pihak polis berjaya mengenalpasti identiti beliau melalui cctv dekat mesin atm. amekawww. 
Seingat saya, selepas kantoi tu, semua kawan-kawan 'toce' dia dalam sebuah bilik. Diorang akan cuba maafkan, minta ganti rugi dan tidak akan membawa ke pihak atasan atau pihak polis, asalkan dia mengaku segala perbuatan dia. Tapi yang bestnye dia ni, yakin dan berani walau di mana jua. Dia tak pernah mengaku !  
Saya lupa dah apa pengakhiran kisah dia ni, yang saya masih ingat, ia dibawa sehingga peringkat Timbalan Pengarah Akademi kitorang. Laptop dia dijual untuk bayar balik duit-duit yang dah dia curi. Orangnya pandai, sebaya dengan saya, tapi dia lompat kelas ke camana tah, jadi dia sama level dengan senior saya. Berasal dari negeri tuutttt ~ hehe. Serius cantik orangnya. Ngeeee hati-hati dengan orang cantik ye :P Hahaa. 
Kakak yang menceritakan pada saya bagitau, dia alami tekanan perasaan, dia mengaku lah kot akhirnya, sebab dia kata, dia mencuri sekadar suka-suka, dia suka mencuri, dia akan mencuri barang seseorang bila dia tak boleh dapat barang tu. Dia kan pandai, diorang kata kat rumah, ayah dia asyik paksa belajar je ~ *perhatian ibu ayah, jangan terlampau beri tekanan pada anak-anak :)

Seorang anak murid saya masa berpraktikal dulu, juga pernah melalui benda yang sama. Hobinya mencuri, curi barang yang dia tak boleh dapat. *kesiaan sangatt, hmm*

Masa saya sekolah dulu pun ada spesis ni, huuu ~
Korang pernah jumpa tak orang macam ni ?

JCB :
*Pencuri hati macamane pulak ? ^_^
Engkau penjaga hatiku,
pendamping jiwaku, cerahkan hidupku ~


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || awas !


AWASSS YE !
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || apa yang penting kerjasama


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

 "Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,
sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun 
melainkan bertasbih dengan memujiNya; 
akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
[ Al-Israa :44 ]

 ♥  indahnya kasih sayang, indahnya ukhuwwah,
indahnya toleransi bawah satu kalimah, 
barakahnya muafakat kerana kita satu ummah,
ummat Rasul Khatimul Anbiya'  

~ Sollu 'Ala Nabiyyuna Wa Syafi'una Wa Maulana Muhammad ~

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Fatih Seferagic



 Fatih Seferagic 





Subhanallah, indah ciptaan Allah^^


About him, from his FB :)
I was born in Germany, moved to the states at the age of 4. I completed my Hifdh in Baltimore at ISB hifdh program. I currently live in Houston, Texas. 
My nationality is Bosnian, but I was born in Germany. I moved to the USA at the age of 4. I lived in Baltimore, Maryland for 7 years where I completed my Hifdh at the Islamic Society of Baltimore under Shaykh Qari Zahid & Qari Abid. I moved to Dallas for 10 months to study classical Arabic at Bayyinah's Dream program. I currently live in Houston, Texas as a student and a Qur'an Teacher. 
Influenced by Mishary Rashid Al-Afasy :)


Dia seorang Al-Hafiz muda yang dilahirkan di Jerman, dan menetap di Texas. Berbangsa Bosnia, Fatih merupakan seorang guru Al-Quran di sana. Apa yang mengagumkan dia baru  sahaja berumur 17 tahun !!! Allah ~

Dialah pemuda yang Hafiz al-Qur’an, bersuara merdu dan sangat indah.. Subhanallah Masyaallah.. Meskipun menetap di Amerika Syarikat, itu tidak menjadi alasan dan halangan bagi Fatih Seferagic untuk tidak menghafal Al-Quran. Pada usia 4 tahun, dia berpindah ke Amerika Syarikat, kemudian menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun dimana dia mula menghafal Al-Quran. Dia melatih hafalannya itu di bawah bimbingan Syekh Qari Zahid dan Qari Abid.

Dia mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam 3 tahun alias menjadi hafiz pada usia 12 tahun ! Sekarang sambil sekolah, dia juga mengajar Al Quran dan menjadi ketua remaja masjid Sheikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.

Awesome ? Adorable ? Do like him on facebook and twitter. He is real role model for teenagers ! Not him :) *not for teenagers only, for all muslims :)

Seriously, do listen to his beautiful voice ! You'll fall in love, fall and fall again ngee :D Subhanallah Subhanallah Allahu Akbar ~ Segala PUJi PUJiAN hanya bagi ALLAH yang memiliki, menghendaki dan menjadikan segala sesuatu ! Allahu Akbar ~


Surah Al-Mulk 


Ok, ini live.. Surah Taha :)


Allah Allah ~
Allahu Akbar ~

Indahnya Kalam Ilahi ^^ 

i  ♥ Islam




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Ada apa dengan BR1M 2.0


Assalamualaikum dan salam Selasa nan selesa ;)
Tuan-tuan, puan-puan, tahukah anda mengenai BR1M ? Ya, bijak. BR1M adalah Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Ia amat sesuai untuk rakyat seperti saya. Adakah tuan-puan sudah memohon ? Dan adakah anda sudah memperolehnya ? Jika belum, silalah bermohon sembah, sembah berhajat, hajat berasal kayangan puri, hamba puteri imbas berempat. STOP. kak noraniza sesat ~ sila maafkan dia.

Baiklah, berbalik kepada tajuk utama kita. Ada apa dengan BR1M 2.0 ? Oh sukacita saya ingin maklumkan yang BR1M 2.0 kali ni, saya telah berjaya menebusnya menjadikan ia sebuah duit. Hoye Hoyee ~ *tepukan gemuruh berserta kilat sabung menyabung* 

Kronologi pengambilan baucar di mana sepatutnya, sesi penyampaian baucar itu bertarikh semalam iaitu 25 Februari 2013, namun disebabkan saya bijak bertempat, maka hari ini barulah saya menampilkan diri dengan hanya pergi ke Pejabat Daerah dan Tanah, yang mengambil masa tak sampai 10 minit untuk sesi itu. Sangat bahagia *senyuum sampai Kanada*

Eh, korang pun mohonlah ye, dapat jugak RM250, boleh buat beli beras. Haa musim janji ditepati. Katanyeee.. ehemm rezeki jangan ditolak hokey. Undi tetap undi hehek. Kbai. Tu je nak bagitau, BR1M 2.0 ada duitlah, takkan ada bunga rampai lak. Ek, bunga rampai ? ^_~

ni la encik surat yang bertanggungjawab

Alhamdulillah 'Ala tatimmussolihaat 
Alhamdulillah, Wa Hua 'Ala Kulli Syain Qodir 
Alhamdulillah 'Ala Kulli Halin 
Salamun 'Alaika Ya Rasulallah
Salamun 'Alaika Ya Habiballah 
Solawatu wa Salamu 'Alaika ^_^


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

sambungan




6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.


7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.


8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.



9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.



10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Sumber : Oh My Islam
Sumber gambar : google :)


* Eh, haaa da baca kan ? So, selamat mempraktikkan laa ye semua penuntut ilmu, khusus untuk adik-adik yang masih di universiti, kolej dan sekolah. ngeeee~

Eh, akak sekadar berkongsi tips yang baik ni, demi kejayaan masa depan semua.. tak bermaksud akak buat semua.. kekekeke. Boleh kata semua ucapan tu sentiasa meniti di bibirku sepanjang belajar dari darjah tadika hingga la dah tak sekolah tadika. hihik.

Psst nak tips enjoy belajar ? pm akak yewww :P *bajetretis

Last but not least :

JCB :
Belajarlah selama mana udara masih bisa kita hirup, 
belajarlah apa sahaja selagi mana ia bermanfaat, 
belajarlah walau di mana jua kita berada, 
belajarlah meski sedikit cuma, kerana dengan belajar, 
hari ini akan lebih baik dari semalam, hari esok akan lebih baik dari hari ini :) 
*sayangg semuaa*




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

10 Ucapan Paling Beracun



  10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu by Prof Dr Muhaya :)


1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.


2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.


3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.


4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.


5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

~ 5 Ucapan lagi coming up next :)

SUMBER : Oh My Islam
Sumber gambar : Google 
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Saya Suka Hijau :)


Assalamualaikum semuaaaa ~
Esok pagi-pagi ada hal, post siap-siap bekal untuk korang ! Hehe saya mahu ini-ini 
Saya wanita yang suka hijau :) Bagaimana dengan anda ? Anda mahu ini-ini jugak ? Ayuhh ubah sekarang ~ SELAMATKAN MALAYSIA ! i MALAYSIA :)

Nak kenal antara Pro Canselor UM ? Ye salah seorangnya ialah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah :)



JCB :
Sharing is caring 
ada mata lihat
ada telinga dengar
ada otak pakaii
ada hati jagalah hati ! :)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Sesuatu yang bersifat nostalgia ialah..




Sesuatu yang bersifat nostalgia ialah kenangan persekolahan.
Selamanya nostalgia yang tak mugkin padam dari ingatan,
selagimana aku tak hilang ingatan
dan diizin Tuhan :)

Enjooyyy this dedication to all
yang pernah bersekolah ngee :P



Terkenang sebuah memori lalu 
Kisah persahabatan kita bersama


Di dalam satu pengajian 
Menuntut ilmu dan pengalaman 


Mengingatkanku pengorbananmu 
Terpahat padu di kalbuku 

Bersama rakan taulan dan guru 
Tawa riangmu menghiburkan hatiku

Indahnya suasana ketika itu 
Terjalin ukhuwah sejati 


Nasihatmu sungguh bermakna bagiku 
Mengenalkanku erti kehidupan 


Susah payah kita hadapi bersama 
Itulah asam garam dalam kehidupan 



Ya Tuhanku tabahkan hatinya 
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup 
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu 
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat 

aku sayangkan mereka dan terlalu merindui mereka, Ya Allah :')

psstt : ramai yang sudah berkahwin, bakal berkahwin, sudah menimang cahaya mata dan bakal menimang cahaya mata. apa pun semoga kalian bahagia bersama insan-insan tersayang ! 
semoga ukhuwwah antara kita berpanjangan selamanya^^ 
ekk yang single-single lagi tu sabo ye, kuatkan semangat kekeke bai :P


 rindu suasana sekolah ! not the homework :P
 SMA AL-KHAIRIAH, TEMERLOH PAHANG ^^
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

SOLAT BERBAHAYA UNTUK WANITA HAID

 SOLAT BERBAHAYA untuk WANITA HAID tapi SOLAT BAGUS untuk WANITA HAMIL.

Subhanallah ! Allahu Akbar !

Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam islam, ibadah yang pertama akan dihisab. Ibadah yang merupakan zikir yang paling besar dan keperluan umat Islam terhadap Ilahi. Rehat ternikmat dalam hidup.


Kewajipan yang wujud ini sangat penting bagi manusia. Kerana dengannya kita sentiasa mengingati Nya dan berdoa kepada Nya. Kita telah mengetahui hikmah dan manfaat yang banyak sekali dari gerakan solat untuk kesihatan tubuh manusia. Kali ini kita akan cuba membincangkan tentang manfaat solat untuk ibu hamil dan mengapa wanita haid tidak boleh atau diharamkan bersolat dan berpuasa? Ini dia jawapan menurut perubatan.

Sejumlah kajian perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan seperti solat banyak memberikan manfaat bagi ibu hamil. Namun begitu gerakan seperti ini berbahaya bagi wanita haid. Mengapa? 
Ketika wanita bersolat dalam gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan meningkatkan peredaran darah ke rahim kerana keperluan sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah. 
Begitu juga apabila seorang ibu mengandung, rahim memerlukan darah yang cukup agar janin mendapatkan gizi dan untuk membersihkan pencemaran. Jika seorang ibu mengandung bersolat, aktivitinya ini akan membantunya membawa darah yang cukup ke janin. 
Sementara wanita yang haid, jika menunaikan solat, akan menyebabkan banyak darah mengalir ke rahimnya. Akibatnya akan berlaku kehilangan darah bersih / baik kerana keluar bersama darah haid. 
Semasa haid, dianggarkan wanita akan kehilangan darah sebanyak 34 mililiter. Kadar yang sama pada cecair lain. Jika wanita haid menunaikan solat, zat imuniti (ketahanan tubuh) di tubuhnya akan hancur. Sebab sel darah putih memainkan peranan sebagai imun akan hilang dibawa bersama darah haid. 

Mengalirnya darah akan meningkatkan kemungkinan menularnya penyakit. Namun Allah menjaga wanita haid dari penularan penyakit dengan menumpukan sel darah putih di rahim semasa haid agar dapat menjaga tubuh dan melawan pelbagai penyakit. 
Jika seorang wanita solat ketika haid, maka dia akan kehilangan darah dalam jumlah banyak. Ini bererti akan kehilangan sel darah putih. Jika ini berlaku maka seluruh organ tubuhnya seperti limpa dan otak akan diserang penyakit.


Mungkin inilah hikmah besar disebalik larangan syariat agar wanita haid tidak melaksanakan solat hingga dia dalam keadaan suci. Al-Quran dengan sangat cermat menyebutkan,

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Darah haid itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci."  
(Al-Baqarah: 222).

Disamping itu, gerak fizikal ketika sujud dan rukuk semakin menambah aliran darah ke rahim dan akan hilang. Lebih dari itu, jika wanita haid bersolat maka akan menyebabkan kekurangan zat besi dari tubuh.

Begitu juga dengan larangan berpuasa ketika haid. Para perubatan menyarankan agar ketika dalam keadaan haid, wanita banyak berehat dan mengambil makanan yang berkhasiat. Ini selaras dengan larangan untuk berpuasa, kerana menurut perubatan darah, magnesium dan zat besi dalam tubuh yang berharga tidak terbuang begitu sahaja.

Dari Abu Said Al-Hudri, Rasulullah SAW bersabda: "... Bukankah jika (seorang wanita) haid ia tidak solat dan tidak puasa?" (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, "Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak mengqadha solat."

Betapa banyak tanda-tanda yang Allah SWT berikan kepada umat manusia supaya berfikir. Allah SWT yang begitu penyayang terhadap manusia, sehingga segala hal yang Dia perintahkan dan larangan Nya pasti ada hikmah disebalik itu. Maka apa yang kita tunggu lagi dan pertimbangkan lah untuk segera mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Wallahu a'lam.

FULL CREDIT to fanpage Oh My Islam. Pegi like page ni, banyak ilmu ^_^
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com



Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Mr Bie dalam Utusan 23.02.13

Bismillah Walhamdulillah ~

Assalamualaikum semuuaa :)
Saja nak santai-santai, masa fbwalking tadi terjumpa Mr Bie meng'update' di fb tentang ini :


Waahh dah siap keluar paper, mantapp lah. Tak sia-sia, dari sekadar suka-suka boleh jadi popular. Apa pun tahniahhh Mr.Bie atas usaha mengajak golongan muda untuk lebih dekat dengan muzik berunsur ketuhanan dan ada mesej-mesej dakwah. Lepas ni, parodi lagi ye... hehe minat jugak dengan Adik C dan Dato' Amin :D

Oklah nak saji ni, Meh dengar lagu curang by Feelhoney neh, bes ^_^

Muzicons.com

ku akui ku pencinta sejati
ku berjanji yang Kau selalu kusayangi
namun Tuhan selalu ku bohongi 
betapa malunya aku menghadapMu

mencariMu hanya bila ku rindu
mula bersujud hanya bila ku perlu
namun bila Kau beriku cinta
panggilanMu tak pernah aku mendengar

angkuhnya ku pada kejadianku
merasakan dunia lama milikku
kan kelukah lidah bersyahadah cinta 
bila nafas di hujung nyawa

curangnya aku di setiap nafasku
melupakan aku hanya milikMu
jauhkah syurga dari pandangan 
kiffarah dosa sakit ku rasakan

tuhan..berikan aku peluang
curang yang lalu takkan berulang


*Pssttt orang borneo memang berbakat kennnn ~ *senyum-senyum* kbai^^






La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Doa migrain dan sakit kepala

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua. Salam Yaumul Jumuah, Yaumul Barakah ~
Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wasallim 
Subhanallah Wa Bihamdihi .. Subhanallah Wa Bihamdihi .. Subhanallah Wa Bihamdihi 
Astaghfirullahal 'Azim, Astaghfirullahal 'Azim, Astaghfirullahal 'Azim.

Saya sakit kepala. Besar hati saya untuk berkongsi doa ni, perkongsian dari page Myfateh Network. Korang boleh la like, banyak jugak doa yang dikongsikan :) 
*ingat doa senjata kita, doa sebahagian ikhtiar, doa tanda kita hamba, doa juga adalah ibadah, maka berdoalah. InsyaAllah kita akan lebih kuat dengan doa ^^

Baca al-Fatihah, ayat Kursi, selawat, 3 Qul jangan tinggal.
Berikut doa KHAS untuk mereka-mereka yang selalu migrain dan sakit kepala


Mudah-mudahan kita dikurniakan kesihatan berpanjangan. 

*Mood 45% - nak kena recharge. sentap punye pasal. haishhh kena muhasabah balik :'(

JCB :
aku mahu bebas dari penghargaan manusia !
cukup bagiku Allah ~
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Speechless

Hasbunallah Hasbunallah Hasbunallah~
Hasbunallah wa ni'mal wakil. Allahu Akbar.

Cukuplah Allah bagi kami. Cukuplah Allah bagi kami. Cukuplah Allah bagi kami.
Cukuplah Allah bagi kami dan Allah sebaik-baik perwakilan. Allah Maha Besar.

Allah.. phewww. Dah berbicara dengan Yang Maha Mengerti isihati, tarik nafas lega sikit :) Rentetan daripada kisah panjang yang dah saya kongsikan di sini, alhamdulillah persoalan dah terjawab, meski jawapan yang kami dapati agak mendukacitakan, namun apa yang mampu dilakukan sekarang ni hanyalah doa. Segala ikhtiar dah dilakukan selebihnya moga Allah lembutkan hati-hati mereka yang terlibat untuk tetap memasukkan nama kami dalam senarai. Mudah-mudahan :)

Kesimpulan dari perwakilan.
Alhamdulillah, kita telah merancang untuk berjumpa hari ini dan kami group 'Gerakan Ke Putrajaya' telah selesai berbincang dengan pihak KPM dan SPP termasuk di sebelah pagi berjumpa dengan Pejabat Fak. Sains dan API. Untuk pengetahuan semua, keadaan dan situasi graduan ISMP UM boleh dikatakan kritikal. Nama-nama graduan baru sahaja diterima oleh pihak KPM dan pihak SPP tidak bertanggungjawab dengan hal tersebut. 
Semoga doa kalian, amal soleh ulang alik ke masjid dan ke surau, zikir-zikir dan harapan kalian menjadi sebab kita termasuk dalam golongan yang layak di posting tahun ini juga. TERIMA KASIH SEMUA DENGAN KERJASAMA YANG KITA HARAP HARAPKAN INI.. 
Hikmah banyak amat. 
Sabar. Tenang. Senyum. Doa. Ukhuwwah. Kasih Sayang. Toleransi. Satu Hati. Syukur
ehh ce dengar lagu ni sedap gak, ngeeee :)


*Puas dapat nangis, bukan sebab posting sangat pun, tapi lebih kepada TERLALU RINDU dengan sahabat-sahabat se-SMPi, terlalu banyak kenangan dan dugaan yang dilalui bersama.
Terlalu berkali-kali kami dicampak ke sana sini. eh dicampak ke ? Hehe lebih kurang la..
Namun, masih banyak sebab untuk kami bersyukur :) Allahu Robbi, hebat ujian-Mu moga menambah keimanan kami, moga mengerat ukhuwwah yang sedia terbina ~

Salam Sayang untuk SMPI 08/09 ! Lebiuuuuuuuolsss ♥ ♥ 


Psstt.. takde niat nak aib kan sesiapa, kerana setiap pihak pastinya sudah melakukan yang terbaik. TERIMA KASIH UNIVERSITI MALAYA, tempat kami menadah ilmu. TERIMA KASIH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, menaja kami selama 6 semester, sangat membantu ! TERIMA KASIH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN, kerana masih sudi bertoleransi dengan kami :) daann TERIMA KASIH kepada semua perwakilan yang dah turun padang :D
Moga2 Allah selesaikan masalah peribadi kalian :) *sungguh saya bersyukur*

Diriku cuma mohon doa pembaca agar dipermudahkan urusan kami. Segala ketentuan kami serah pada Ilahi, apa jua kesudahannya kami tetap redha. Andai itu takdirnya, tetap yang terbaik untuk kami. Kerana hidup bukan sekadar untuk memenuhi apa yang dihajati :) *Fokus setiap pekerjaan harian tetap sebagai suatu pengabdian pada yang Abadi^^ 

*Muahaha speechless pun berjela jugak :P
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Akaun MyHeppi

Assalamualaikum warahmatullah :)

Selamat tengahari. eh taip laju-laju sebab banyak kerja lain nak buat pahni ngee~
Korang dah buat akaun MyHeppi ? Kalau nak tau, MyHeppi ialah laman sosial PERTAMA yang dibangunkan oleh orang Islam. Hehe den kalau bab daftar kemain laju. Ek nak guna tak reti lagi hee ~ Dia sama je macam facebook, tapi yang best, ia laman sosial yang Islamik.


  • Tak boleh download gambar-gambar tak tutup aurat.
  • Tak boleh upload gambar couple-couple.
  • Pastu, ada streaming : Koleksi ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Alias, Ustaz Haslin a.k.a ustaz bollywood, Ustaz Don pun ade.. dan Ustaz Dr Abdul Basit ! Semuaa best-best ^_^V
  • Berniaga pun kena follow syariah law, osemm^^
  • Kalau fb kite like kan, twitter favourite, MyHeppi kita happy :)
Haa tu jelah setakat ni yang sempat tau. yang lain tak habis explore lagi.. hee friends sorang pun takdok lagi, ngeh3 :D 


Daftarlah sekarang di www.myheppi.com ! Jom support komuniti Islamic :)

Nak add penulis jcb ? haa KLIK SINI SINI ^^

psst : My Two Happiness is meaning of my name, soo happy :D

JCB :
Usah mengharap kesenangan.
Dalam perjuangan perlukan pengorbanan,
Mengapa merungut kalau perlu berkorban sedangkan
Hidup memang untuk berjuang lah !
Keep smiling :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kemelut graduan ISMP UM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan menjalankan temu duga pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012. Temu duga yang melibatkan seramai 5,033 orang calon akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan secara berperingkat mengenai temu duga tersebut boleh dibuat di portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013. Baki seramai 2,791 orang calon perlu menjalani sesi penilaian khas oleh Suruhanjaya. Maklumat mengenai program tersebut akan dimaklumkan dalam sedikit masa lagi.
Ada beberapa point di sini :
  1. Graduan pendidikan IPTA & IPGM yang grad tahun 2012 akan ditemuduga mulai 19 Februari 2013 - 27 Mac 2013.
  2. Semakan nama secara berperingkat boleh dibuat mulai 15 Februari 2013. 
  3. 5,033 calon ditemuduga seluruh negara, manakala 2,791 calon penilaian khas.

Bermula 15hb haritu kami pun dengan gelojohnya semangat la nak cek nama kan, namun hampa kerana nama masih tiada dalam urusan. Beberapa kali menjengah laman web spp, jawapan tetap sama. Pelbagai spekulasi cuba dibuat, namun katanya temuduga dimulakan dengan graduan dari zon Utara, kami masih bersangka baik dan terus bersabar.

Sehingga semalam, 20hb Februari 2013, suatu titik permulaan dimana seorang sahabat  dari Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan menyampaikan khabar yang kurang enak diterima, iaitu pihak UM tidak menghantar senarai nama-nama kami, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan. Nama-nama yang dihantar hanya graduan dari TESL sahaja !

Cemas. Gementar. 

Hehe, bagi mengelakkan kekeliruan, beberapa orang sahabat cuba menghubungi SPP bagi memperoleh kepastian, apakah benar khabar yang diterima. Tuut. Tuut.. berkali-kali. Akhirnya, ini jawapan mereka :
"Nama kamu tak ada dalam senarai kami, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) tak hantar nama kamu ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), KPM hanya bagi nama 12 orang graduan TESL yang grad tahun lepas. Kamu refer kat HEP UM dulu"
Marah. Sedih. Kecewa. ek dan Bengang.

HEP UM tak hantar nama kitorang ? KPM tak terima nama kitorang ?

Apa yang berlaku ? Hasil dari perjumpaan wakil pihak kami berjumpa dengan pihak fakulti dan HEP :

  • kak rin (akak di fakulti kami) dah uruskan dan nama SMPI dah dihantar lama dekat KPM iaitu en yuswan tapi sampai sekarang tak dapat lagi kontek dan tak tahu maklum balas dari en yuswan...
  • Dari pihak HEP UM pulak, akak HEP maklumkan dia telah menghantar nama dekat KPM tapi pada cik Zariah. Dan nama yang dihantar hanya nama bagi penerima tajaan KPM sahaja, 63 orang. So, yang lebih lagi 37 orang SMPI yang bukan tajaan apa cer...???


Allahu Robii sabar jela..

Yang lagi mengharukan, HEP telah mnghantar list nama tu pada 8hb Februari, sedangkan 15hb Februari tarikh start cek nama untuk ditemuduga di laman web SPP. See ?? Adakah 8hb tu awal atau pun lewat.. Fikirkan. Sedia maklum sistem operasi internet di KPM agak slow, lihat sahaja keluhan guru-guru nak key in markah murid pun susah nak masuk. Apatah lagi nak key in nama beribu-ribu graduan !

Astaghfirullah, ramai dalam kalangan kami yang menarik nafas panjang, cuba bertenang dan sabar. Bergurau-gurau di fb bagi menghilangkan tekanan. Cuba mengukir senyuman dengan berita terindah ini. Yelah mungkin ada salahnya di pihak kami, bak kata seorang sahabat, HEP tak endah sebab kita yang ambik mudah. Pengajarannya, jangan suka menanti bulan jatuh ke riba, hehe orang cakap apa, terlalu menyangka baik akhirnya memakan diri. Hihi sangka baik tak bertempat.

Hmm doakan urusan kami dipermudahkan. Maaf coretan ini agak panjang. Ada sesetengah saya copy dari status dan comment sahabat-sahabat di fb. Masalah ini serius, bayangkan dalam keadaan negara nak PRU, jelas masa depan kami masih kabur, hehe entahkan posting entahkan tidak. Janji tinggal janji. Eh, tidaklah menyalahkan sesiapa. Pentingnya komunikasi, bahananya birokrasi. 

Pelajaran lagi, jangan diharap pada yang tak pasti, atur langkah sendiri, jadilah siapa pun yang penting kau berbakti :)

*Menanti hasil diplomasi perwakilan besok dengan pihak bertanggungjawab.
*NC UM terbaik, baru sebentar menghantar email, sudah di forward pada pihak berwajib untuk diambil perhatian kes ini :)
*Yang bagai nak ghak isi kat jobsMalaysia tu pn cm useless je -_-
*Inilah dilema yang sering kami hadapi bermula dari 2008 hingga sekarang. Masih ada. Maklumlah antara dua darjat. hehh mohon doa kalian ^^

Isunya : "Bukan senang nak senang" -eh ingat jadi cikgu senang ke ? 
TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU YANG PERNAH BERTANGGUNGJAWAB MEN'JADI'KAN SIAPA AKU HARI INI    SAYANG CIKGU CIKGI SAYA   


JCB :
'Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
-surah al-Ahqaf ayat 13-



  
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Untuk 'Dia' - Sleeq ft. Najwa | Mr Bie ft. Adik C [Parodi]


Assalamualaikum !

Hehe kali ni Mr.Bie muncul lagi,
dalam parodi lagu Untuk Dia,
alaaa yang Sleeq ft. Najwa Latif tu..
siapa taktau kan. 

Ok kali ni ofkos la Mr.Bie datang dengan parodi yang lebih ilmiah,
baru la selari dengan dakwah beliau kan.
Yuk dengar.. adik beradik Mr.Bie ft. Adik C,
bagi nasihat takmo lengah-lengahkan solat :D



*Adik tak patut.. tak patut..
melengahkan sembahyang
kerna adik tahu 
ya ! adik mampu melakukannya di awal masa
untuk Dia (Allah) 8x

Wahai adik saya
jangan marah-marah
pigi ambik wudhu'
kita solat sama-sama
kerana apabila masanya sudah tiba
ndak bagus bah lengah2
kan Tuhan memanggil kita
logout dulu facebook 
nanti sambung kemudian
wahai adik comelku
lepas tu ku blanjamu
di KL (key el) o key el !

oh lupa sekarang kita di KK (keykey)
ku belanja roti kosong
teh o ais ikat tepi
abang tahu adik suka cecah kuah kari
jangan lupa syukur kepada Ilahi
kerna apa saja kita minta Dia beri

ulang *

wahai abang saya
yuk solat sama-sama
kita logout dulu fb
nanti abang 'hack' saya
mungkin abang ingat
ku mau minta belanja
tapi sebenarnya
adik main-main saja.. ngee :P
ku tak mahu susahkanmu
menghabiskan simpananmu
sebab adik tahu abang mau melamar kaka' itu :P
abang ketahuan.. ketahuan..
terdengar abang doa malam-malam

ada sesuatu
yang abang perlu tahu
bahawa diri adik
selalu menyayangimu
meski abang sentiasa
%@8*' marah saya
tapi adik tahu itu semua
beri bahagia... bahagia ^^
di dunia juga di sana

jadi kita tak patut... tak patut..
melengahkan sembahyang
kerna kita mampu.. ya kita mampu
melakukannya di awal masa
untuk DIA (berkali-kali)

jadi abangku 'ayok' !
abangku 'ayok' berjemaah bersama
kerna kita mahu dan kita mampu
melakukan apa2 saja
untuk agamaku ( banyak kali )

Takbir ! 






La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE