Saat saya mencoretkan sesuatu di sini, hati saya sebak, mata saya bergenang, betul-betul rasa sedih. Sedih bukan kerana cinta manusia, bukan kerana dimaki atau dicaci. Tapi saya sedih sebab saya masih tak sedar diri. Tak sedar yang maut akan menjemput bila-bila masa sahaja. Bersediakah saya ??
'Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati'- janji Allah dalam surah Ali Imran 3:185
Saya takut. Takut andainya saya mati dalam keadaan masih penuh dengan dosa. Nauzubillah
Sebab mati tak pernah menjanjikan kita mesti tua, tak hanya menjemput tatkala kita sakit, bahkan ia boleh berlaku 'sekelip mata' dengan kuasa Allah !
Buktinya, lihat sahaja di sekeliling kita. Apakah tiada kanak-kanak yang mati ? Apakah kita pernah dengar kisah orang sihat tiba-tiba mati ?
'Baru je kelmarin aku jumpa si polan, cergas lagi.. tak sangka hari ni dia pergi dulu, sedangkan aku yang menderita sakit'
Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)
Ia telah ditetapkan di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Larilah ke mana pun, "dia" pasti menjemputmu.
Dua bulan lepas kalau tak silap, seorang senior saya masa sekolah dulu, berusia 27 tahun dijemput Ilahi terlebih dahulu, sakit yang menyerang hendap. Apa yang buat saya sebak, anak dia masih kecil, setahun agaknya (maaf saya tak pasti) yang pasti masih kecil :'(
Bulan lepas kita dikejutkan dengan kisah adik Siti Hajar yang berusia 20 tahun, lebih awal bertemu Tuhannya berbanding kedua ibubapanya. Allahu Akbar ~
Baru sebentar tadi, saya terbaca pulak seorang junior saya di UM akan menjalani pembedahan. Sama-sama kita doakan urusannya dipermudahkan. Dan seorang senior saya jugak, sekarang sedang di hospital kerana jangkitan kuman di otak. Alhamdulillah khabarnya, semakin beransur pulih.
*Mereka semua baik-baik :'(
Apakah kita tidak mahu mengambil iktibar ? :'(
Banyak lagi kisah depan mata kita sendiri, yang MAUT tak kenal usia !
Bahagiakah kita hari ini ? Gembirakah kita ? Selesakah kita ? Yakinkah kita dengan amalan selama ini ? Bersyukur atas segala kurniaanNya, namun jangan lupa dunia bukan tempat asal kita. Ada tempat yang mahu kita tuju. Berhenti mencintai dunia yang akan kita tinggalkan. Berhenti mencintai seisinya. Berhenti mencintai harta, rumah, kereta, pakaian, dan sebagainya kerana kita akan meninggalkan segala-galanya !
Hanya satu bekal yang dibawa. Hanya satu . . iaitu bekalan amalan.
Jadikan dunia dan seisinya sebagai jambatan untuk meraih bekalan amalan,
bukan menjadikan dunia di hati seolah-olah kita tidak akan kembali.
Bersederhanalah dalam mencintai.
Bersederhanalah dalam mencintai.
Mudah-mudahan Allah ampunkan kelalaian kita ~ Astaghfirullah ~
rumah yang bakal kita huni, transit .. kita tentukan, cerah atau gelap |
JCB :
Imam Ghozali menjelaskan yang paling dekat dengan kita adalah "mati".
"Sesiapa Yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa Yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu"
- Al Jaathiah, ayat 15 -
maut tak mengenal usia,,huhu
ReplyDeletetakut kalau mati dalam keadaan tak di redhai,,huhu
Allahuakbar...terima kasih mar, mengingatkan, betulkan mati datang tiba2...semoga kita sentiasa sedar dan mencari yg terbaik buat diri aamiin
ReplyDelete"Yang paling dekat dengan kita adalah mati". Dunia sementara..
ReplyDeleteentry yang mantap cik mar...semoga kita sentiasa beringat....
ReplyDeletemuhasabah diri... :')
ReplyDeleteT___T mati itu pasti...
ReplyDeleteYe, suka entry ni. Saling mengingati. Sama-sama kita persiapkan diri kerana mati itu pasti..
ReplyDeleteBetul kak..Teringat dekat arwah ayah saya sendiri. Ayah tak ada sakit pun, boleh pergi dulu, berbanding sepupu saya yang menderita sakit barah hati. Sebulan ayah pergi, barulah ajalnya tiba. Mati itu tak kira umur, tak kira tempat, tak kira sihat atau sakit. Semoga cepat sembuh dan selamat menjalani pembedahan buat junior akak. Kepada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
ReplyDeletemekasih mar bg keinsafan dan saling ingat memperingati sesama kita..
ReplyDeletenauzubillah..terima kasih atas peringatan ini cik mar..maut memang tak kenal usia..astarfirullah...
ReplyDeletemoga kite terus diperingatkan... kdg2 kte selalu terlupa.. thanks sebab ingatkan kite. =)
ReplyDeletesemakin hari semakin dekat kematian menghampiri...... cuma doakan kita semua dipermudahkan.....
ReplyDeletetersentak seketika.. terima kasih kak Mar atas peringatan.. mati itu pasti, dan yang paling pasti, mati itu sentiasa menghampiri kita.. :)
ReplyDelete