Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan menjalankan temu duga pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012. Temu duga yang melibatkan seramai 5,033 orang calon akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan secara berperingkat mengenai temu duga tersebut boleh dibuat di portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013. Baki seramai 2,791 orang calon perlu menjalani sesi penilaian khas oleh Suruhanjaya. Maklumat mengenai program tersebut akan dimaklumkan dalam sedikit masa lagi.
Ada beberapa point di sini :
- Graduan pendidikan IPTA & IPGM yang grad tahun 2012 akan ditemuduga mulai 19 Februari 2013 - 27 Mac 2013.
- Semakan nama secara berperingkat boleh dibuat mulai 15 Februari 2013.
- 5,033 calon ditemuduga seluruh negara, manakala 2,791 calon penilaian khas.
Bermula 15hb haritu kami pun dengan gelojohnya semangat la nak cek nama kan, namun hampa kerana nama masih tiada dalam urusan. Beberapa kali menjengah laman web spp, jawapan tetap sama. Pelbagai spekulasi cuba dibuat, namun katanya temuduga dimulakan dengan graduan dari zon Utara, kami masih bersangka baik dan terus bersabar.
Sehingga semalam, 20hb Februari 2013, suatu titik permulaan dimana seorang sahabat dari Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan menyampaikan khabar yang kurang enak diterima, iaitu pihak UM tidak menghantar senarai nama-nama kami, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan. Nama-nama yang dihantar hanya graduan dari TESL sahaja !
Cemas. Gementar.
Hehe, bagi mengelakkan kekeliruan, beberapa orang sahabat cuba menghubungi SPP bagi memperoleh kepastian, apakah benar khabar yang diterima. Tuut. Tuut.. berkali-kali. Akhirnya, ini jawapan mereka :
"Nama kamu tak ada dalam senarai kami, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) tak hantar nama kamu ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), KPM hanya bagi nama 12 orang graduan TESL yang grad tahun lepas. Kamu refer kat HEP UM dulu"
Marah. Sedih. Kecewa. ek dan Bengang.
HEP UM tak hantar nama kitorang ? KPM tak terima nama kitorang ?
Apa yang berlaku ? Hasil dari perjumpaan wakil pihak kami berjumpa dengan pihak fakulti dan HEP :
- kak rin (akak di fakulti kami) dah uruskan dan nama SMPI dah dihantar lama dekat KPM iaitu en yuswan tapi sampai sekarang tak dapat lagi kontek dan tak tahu maklum balas dari en yuswan...
- Dari pihak HEP UM pulak, akak HEP maklumkan dia telah menghantar nama dekat KPM tapi pada cik Zariah. Dan nama yang dihantar hanya nama bagi penerima tajaan KPM sahaja, 63 orang. So, yang lebih lagi 37 orang SMPI yang bukan tajaan apa cer...???
Allahu Robii sabar jela..
Yang lagi mengharukan, HEP telah mnghantar list nama tu pada 8hb Februari, sedangkan 15hb Februari tarikh start cek nama untuk ditemuduga di laman web SPP. See ?? Adakah 8hb tu awal atau pun lewat.. Fikirkan. Sedia maklum sistem operasi internet di KPM agak slow, lihat sahaja keluhan guru-guru nak key in markah murid pun susah nak masuk. Apatah lagi nak key in nama beribu-ribu graduan !
Astaghfirullah, ramai dalam kalangan kami yang menarik nafas panjang, cuba bertenang dan sabar. Bergurau-gurau di fb bagi menghilangkan tekanan. Cuba mengukir senyuman dengan berita terindah ini. Yelah mungkin ada salahnya di pihak kami, bak kata seorang sahabat, HEP tak endah sebab kita yang ambik mudah. Pengajarannya, jangan suka menanti bulan jatuh ke riba, hehe orang cakap apa, terlalu menyangka baik akhirnya memakan diri. Hihi sangka baik tak bertempat.
Hmm doakan urusan kami dipermudahkan. Maaf coretan ini agak panjang. Ada sesetengah saya copy dari status dan comment sahabat-sahabat di fb. Masalah ini serius, bayangkan dalam keadaan negara nak PRU, jelas masa depan kami masih kabur, hehe entahkan posting entahkan tidak. Janji tinggal janji. Eh, tidaklah menyalahkan sesiapa. Pentingnya komunikasi, bahananya birokrasi.
Pelajaran lagi, jangan diharap pada yang tak pasti, atur langkah sendiri, jadilah siapa pun yang penting kau berbakti :)
*Menanti hasil diplomasi perwakilan besok dengan pihak bertanggungjawab.
*NC UM terbaik, baru sebentar menghantar email, sudah di forward pada pihak berwajib untuk diambil perhatian kes ini :)
*Yang bagai nak ghak isi kat jobsMalaysia tu pn cm useless je -_-
*Inilah dilema yang sering kami hadapi bermula dari 2008 hingga sekarang. Masih ada. Maklumlah antara dua darjat. hehh mohon doa kalian ^^
Isunya : "Bukan senang nak senang" -eh ingat jadi cikgu senang ke ?
TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU YANG PERNAH BERTANGGUNGJAWAB MEN'JADI'KAN SIAPA AKU HARI INI ♥ SAYANG CIKGU CIKGI SAYA ♥
JCB :
'Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
-surah al-Ahqaf ayat 13-
kak mar!
ReplyDeleteingatkan ISMP Unirazak je ada masalah..rupanya UM pun ada....kami da redha,sebab status kami sebagai graduan universiti swasta yg dianaktirikan...so,jalan lain,cari kerja lain selagi termampu.....da tawar hati tapi masih berharap ada keajaiban~
ReplyDeletemmg merisaukan kan. harap semuanya berjalan dgn lancar perboncangan mereka esok. penat tunggu interview, tup tup jadi kes mcm ni pulak. btw, sy student SEP UM :)
ReplyDeletehttp://www.sheeraya.my/
semoga segala dipermudhkan
ReplyDeletepernah juga terbaca tentang kisah begini dalam laman web aduan rakyat. Memang bukan senang nak senang & memang bukan mudah jadi cikgu. Sabar je la...
ReplyDeletehuhu sabarlah cik mar...bertuah juga sebab cik mar tak berseorangan dalam hal ni...dan ada juga pihak yg rajin turun naik jumpa NC....apa2 pun sy doakan yg terbaik utk kalian semua (hihihi tgk komen ai siap guna perkataan kalian lg...)
ReplyDeletesalam kenal blog , saya dah follow awak ke..tak keluar ruang follower pula sini..
ReplyDeleteeh, kesian kat akak, apa cer dgn UM ni, ramai gk yg dk mengomen pasal HEP ni, aiya.. rmte sy sem lepas pn duk bimbang, dah la tak dapat nak apply biasiswa cam orang lain, bila saya tanya knpa dia ckp sbb dia bdk sains pendidikan, macam status atas pagar antara fac sains or edu,,tak fahmm..
ReplyDeleteharap akak sabar n cheer up, pasni mesti something big tunggu akak kat depan.. sabar3... (^____^)
harap2 masalah nie semua akn selesai..harap bersabar la semua..:-)
ReplyDeletesabar ya kak... dugaan...
ReplyDeleteYa Allah..susahnya..kesian akak dan kawan2 yang lain..Sabar ye kak..InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusan akak dan yang lain. Moga2 cepatlah dapat makluman sebelum tarikh tutup. Saya doakan akak.
ReplyDeletesemoga semuanya dipermudahkan...... byk pulak selok beloknya.....
ReplyDeleteSekarang nie nak jadi cikgu pun susah. Yang ada ISMP pun belum tentu lagi dapat jadi cikgu. Sabar ye, kak Mar. Insyallah, akan ada kemanisan di sebalik kesulitan nie. :)
ReplyDeletelepas tu. dapat x temuduga? huhu hana plak yang risau ni..
ReplyDeleteskrang spp dah satle dah nama2 nak inteview. nama untuk penilaian khas hari isnin minggu depan baru akan keluar.
p/s : ada group lain dia tanya soalan pasal linus, NKRA dan tonggak 12
Bersabarlah semua, ada hikmah sebaliknya,,,,,,,,pengalaman saya sendiri, hampir 7tahun berusaha untuk meletakkan diri sebagai tenaga pendidik..kalau lambat posting atau temuduga tu, buat biasa aje lah.....tapi kena lah berusah cari kerja lain,,,,tahniah kepada yang dapat temuduga,,,buat persiapan yang terbaik....selamat beramal..
ReplyDeletealahai sian kak Mar, iha baru tau ni.. huhu.. tetibe terkenangkan diri ini yang masih tanam anggur dengan jayanya.. T_T
ReplyDeletejap2, iha tau ni entri lama.. mungkin kisah sambungan entri ni lagi best.. sebelum iha bagi komen bukan2 baik iha baca sambungannya pulak :D