Lelaki Berjanggut Hemsem Lahh

Dia.. insan pertama yang bertakhta, 
Dia.. insan pertama yang ku cinta, 
Dia.. pernah membuatku bahagia,
Dia yang mengajarku tentang erti rinduuu :P

Ewaah menyanyi bagai plak, patut ler hujaann ~ eh assalamualaikum semuaaaaaa :)
Kaifa halukum jami'an ? Ad'ukum fi sihhatin jayyidatin daiman ^^

Nak tanya pendapat korang, lelaki berjanggut hemsem kan ? kan ? 
Siapa cakap tak, rugilah sebab lelaki berjanggut hemsem lahh :D 
Siyess tak tipu. Ce tengok ni :)


Lelaki yang berjanggut ni bukan setakat hemsem meyh.. ikut sunnah lagi tu. Alhamdulillah Alhamdulillah :) *Yang ni kita nak highlight, maknanya janggut bukan sekadar fesyen semata-mata, tapi sunnah. Sunnah yang mudah. Rugilah tak rebut kan :)

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!


Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

51 comments:

  1. betul.hensem.saya setuju..
    do visit my blog ok :)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah kakkk . bella suke tengok org laki yg berjanggut ni . cair kut menengoknye . tambahan pula , sunnah . hihi

    ReplyDelete
  3. ensem memang ensem. tapi, kalo memang xley simpan janggut mcm mana. xpe xpe. bila pencen boleh simpan kan. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe boley2 bile xde mslh.. jnji ade niat nak ikut sunnah :D

      Delete
  4. mmng tahu ianya sunnah..tapi kan mar, kita geli pula ngan lelaki berjanggut ni..hehehehe.. >_<
    siap2 pesan dgn en.tunang, dah kawin nti jgn la smpan2 jnggut..hehehe..
    tp kalau tgk orang lain tu biasa2 je la..tp psangan sndiri xnak la..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mar pun dulu geli gak hihi :P tp xpe pahala percuma ni, ikut sunnah yg mudah :)

      Delete
  5. kalo dia jenis kemas sy x kisah kalo bkl suami nk simpan janggut ^^

    ReplyDelete
  6. lelaki yg berjanggut memang hensem lagi ohsemm ! yang tak hensem tu maybe dye tak sikat janggut dye heheh. janggut tu macam rambut jugak la. kena terurus. kalau janggut macam rambut orang gila tu yang nampak serabai ape semua *oppss sori sebut orang gila. contoh ajee* =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul2 akak setuju tuu.. kalau serabai pn xgune jgk.. hee :D

      Delete
  7. Ada baca dalam fb baru-baru...ada janggut itu cute..huhu..tak suke misai...hahaha

    #hubbu de janggut cikit..tu yg terpikat tu..huhu

    ReplyDelete
  8. Ohh..baru tahu. Memang patutlah Rasulullah S.A.W sarankan umatnya simpan janggut. Tapi ramai yang tak suka. err..no komen..ehh..macam penyanyi pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la yg xsuke xpasai apa.. kalau ade mslh xpe, tp kalau skdr suke2 tak suke xboleh la ini kan sunnah Baginda :)

      Delete
  9. tak pernah dgr pulak yg janggut boleh atasi masalah kesuburan...huhu...baru tahu ni....

    PS: bukan semua lelaki akan nampak hensem kalau ada janggut...kena tgk keturunan jugak...tapi apa yg pasti simpan janggut tu mmg sunnah...:)

    ReplyDelete
  10. kat opis remy tak digalakkan....... sebab nak handling makana...lagipun kalau remy ada janggut...mesti kelakar...he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yeke.. melibatkan makanan cntik2 dn sodapp kn. hehe nipis pn da okey kot ngee :D

      Delete
  11. betul3... http://www.ieta.my/2013/02/segmen-komen-cadang-blog-ieta.html dilanjutkan kepada 5/4/2013. Terima kasih ats sokongan :)

    ReplyDelete
  12. ehhmm..ehhmmm..wann ada janggut tak ek? lupa la pulak..hehe :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum mar. paling suka entri ni. suami sheila adalah pembela jambang dan janggut. he was so handsome ! hahahahahhahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila.. waahh untungg la die... hihi suke yee :D

      Delete
  14. Salam..errk..tiba2 terasa handsome plak pagi ni..hehe
    Nak kata setuju, mmg setuju dgn artikel ni sbb tu adalah fakta.. Pasal penemuan saintifik tu pun, Mar ingat x masa kt Nilam dulu, ada ceramah pasal kelebihan janggut dr sudut saintifik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. haha jay kamu kan memey hemsem spnjg ms.. huahua. eh yeke ? x hengat la.. ms taun bape ?

      Delete
  15. Alamak..nk kena suh abg simpan janggut ni..hehehehehe

    ReplyDelete
  16. Baru kutahu.. Selama ni hanya tahu berjanggut tu sunnah. Rupa2nya dah ada kajian saintifik ye?

    ReplyDelete
  17. Comel2..tapi kena kemas la..
    Jumpa blog ni masa join segment saya follow u, u follow me..
    http://ninamaslizza.blogspot.ru/2013/02/blog-segment.html

    ReplyDelete
  18. betul tu lelaki kalau berjanggut..memang hensem cam saya nie....janggut baru 1/2 inci hik hik

    ReplyDelete
  19. tulaa, eiqa pun kdg2x suke jugak tgok lelaki yg ade janggut nie, ekekkee

    ReplyDelete
  20. dulu iha ada sorang kawan lelaki ni (kawan je) dia baru cukur misai, pastu iha tanya dia "awat tak cukur janggut sekali?", dia kata tak boleh.. jawab si kawan lelaki (kawan je) janggut tetap kena ada walaupun nipis.. waktu tu iha budak hingusan meleleh kehijauan lagi (pengotoqnya aih), jadi iha tak tanya lebih2.. bila dah besar ni, baru nampak kehenseman berjanggut tu, hubby kawan iha pernah simpan jambang.. siyesly muka beliau macam Ustaz Don! Subhanallah, kalau ikut sunnah semuanya nampak indah kan? :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE