Sunnah Yang Ditinggalkan! Tunjuklah guna jari telunjuk ~



Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

Tambahan : Penerangan Ust Azhar mengenai sunnah nabi saw yang tunjuk menggunakan Lambang B. KLIK SINI :)


*psstt ingat nak cite pasal lain, tapi mesti share ni sebab 1st time jugak tahu. huhuhu ~
sebijik-sebijik copy paste dari page tu. kalau belum like, jom like ramai2 :)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

24 comments:

  1. Betul lah kak..selalu guna cara A sebab orang kata cara B biadap..Kita dah terpengaruh..nak share ye kak. terima kasih. ^___^

    ReplyDelete
  2. a'aa..cheqkaq pon first time tahu..biasa guna A, sebab cm nampak sopan..x sangka lak..huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mar. masyallah. sunnah2 ni mmg kena baca balik. baru hidup kita tak sesat kan. Allahuakbar. terima kasih mar berkongsi ilmu. sekurang2 nya kita boleh perbetulkan hidup kita :)

    ReplyDelete
  4. saya selalu guna yg B tu bila nak tunjuk..tp orang2 tua selalu cakap x sopan tunjuk camtu...huhu

    ReplyDelete
  5. aduhai kebiasaan menggunakan A.xsangka tu cara orang yahudi la pula..
    astaghfirullah al azim

    ReplyDelete
  6. owh,, kalau morally nya, cara malaysia, yg A tu la yg dianggap sopan...hmm,, menarik gak ni..

    ReplyDelete
  7. nampaknye kite memang dah terhasut gile gile dengan yahudi...sampai dah biasa buat pastu rase macam sopan... baru tawu... terima kasih share =))

    ReplyDelete
  8. Selama ini tak pernah ambil tahu pasal ini. Sejak kecil memang dah terbiasa guna cara B walaupun selalu lihat orang gunakan cara A. Dgn perkongsian ini bolehlah ibu war-warkan kpd anak didik. Marilah sama-sama kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa..

    ReplyDelete
  9. Tq sharing... info yg amat berguna

    ReplyDelete
  10. nasib baik tak selalu guna lambang A tu.. pandai juga puak yahudi mengaburi mata kita eh.. sebab kalau lambang A nampak lebih sopan rupanya sebaliknya. Thankz ya atas infonya.. aida sungguh tak tahu datang sini baru tahu ha.. Alhamdulillah moga tuan blog sentiasa dirahmati Allah :)

    ReplyDelete
  11. peh bru tahu..
    sgguh licik permainan Yahudi

    ReplyDelete
  12. owh..1st time baru tahu. tq share yer!

    ReplyDelete
  13. terima kasih sebab share akak, saya baru tahu ni.

    ReplyDelete
  14. terima kasih kerana berkongsi dan menyebarkan cik mar....

    ReplyDelete
  15. thanls for info..... kekadang kita tak sedar perbuatan kita tu....... insyaAllah...kita cuba praktikkan yg A tu.....

    ReplyDelete
  16. Thanks Mar for info..dulu-dulu selalu jugak ditarbiyah cara A lebih sopan..tapi Alhamdulillah masih kekal cara B

    ReplyDelete
  17. Kadang2 Terfikir, Bila Plak Yahudi ajar guna Cara A.
    Kadang 2 Tefikir, Adakah benar kita ada bangsa melayu ada kena mengena dengan bangsa Yahudi ker? DNA 25% org Melayu ada darah Mediteranean... Wallahualam. Allah Sahaja Tahu.

    Emmm, Kalo boleh, Aku tak nak ada kene mengene dengan Yahudi tapi apa hal kita bangsa melayu satu2nya bangsa yang masih sama dgn perangai yahudi:

    1) baca al-quran mesti badan berlintuk ke depan ke belakang...(mostly budak2 kecik sbb budak kecik tak pandai tipu). Yahudi sembahyang macam tu lah...

    2) Pakai ilmu kebal. Org Yahudi, Org2 Hollywood dan ahli freemason byk pakai. Kita, Korg Faham2lah...

    3) Perkataan Kulit Dan Surau... Org Yahudi Panggil Geled(skin) dan sawraw (rumah ibadat kecil). Byk lagi perkataan sama. Tapi sekarang aku sedar, google translate dah tutup sound word kat bhsa malaysia dan hebrew. kenapa plak nak tutup bunyi. (coz org tak dapat detect ke?)

    4) Satu2nya Bangsa Di Dunia Anti Sangat Yahudi adalah Melayu. Samapi org putih naik heran, if malaysia have riot, they always said Jewish make this things, Why? (kata org putih). Bangsa Arab dpt terima org yahudi. Bahkan org yahudi ada dua, judaism dan zionist. Yang jahat zionist. Zionist pun bunuh org judaism (rambut sideburn bergolong2 tuh... :))

    Kesimpulannya, Aku tak tahu, apa yang terjadi antara melayu dahulu (yang mostly cerdik pandai) dgn yahudi. Yelah, org melayu buka melaka jadi pusat dagangan dunia (Dunia OKAY.) Tu Dulu, sekarang... malunya kau dgn bangsa aku....huhu...

    TAPI BAGI AKU, APEHAL ORG MELAYU BENCI YAHUDI SEBAB Yahudah Dan Abg2 Dia Kecuali BENJAMIN CAMPAK Nabi Yusuf AS di dalam Telaga...... Aku Rasa sebb yahudah dan abg2nya itulah......kemudian org melayu benci sampai sekarang...

    ReplyDelete
  18. siyes mar.. saya baru tahu. Saya jarang (tapi pernahla) guna A.. sebab saya memang kurang sopan orgnya.. tapi naseb baek saya kurang sopan.. hehe. Thanks Mar.. =)

    Saya share ea..~

    ReplyDelete
  19. Ya allah! Seriously tak tau..sebab pada sesetengah orang cakap kalau tunjuk tu macam biadap..masyaallah..kena berhenti buat camni..tapi dalam protokol kerja gomen..dah terikut amalan yahudi ni.. nanti nak share la..thanks cik mar

    ReplyDelete
  20. drMAZA kata "ini dakwaan mengarut"

    ReplyDelete
  21. baru tau ni..selama ni lambang A tu ingatkan betul..
    tapi selalu memang gunakan B tu.

    ReplyDelete
  22. seriously baru tau benda ni...selama ni guna lambang A..

    ReplyDelete
  23. selama ni tangan iha kena tepis sebab guna lambang B.. sekarang ilmu yang kita dapat jadi sebaliknya pulak ye.. perkongsian yang baik kak Mar.. teruskan menyebar dakwah dalam blog! :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE