Politik Tiga Suku



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam sabtu semuaaaa :) Hari ni dah 27 April, means ada lagi lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan turun mengundi !! Waaahh excited sangat hati hamba niii.. tak sabar nak meng- X pada ruang yang bersesuaian ~ kikiki. Haishhh nervous pun ade, maklum lah kali pertama seumur hidup. Dah terasa debarannya hihi.


Emm sebelum nak cite pasal politik tiga suku ni, pertama mar nak ucap jutaan terima kasih pada semuaaa yang singgah dan komen-komen kat sini. Terima Kasih sangat-sangat dan amat-amat. Maafkan saya, sebab tak sempat lagi nak balas kunjungan. Jangan berkecil hati ye, insyaAllah akan jejak seorang demi seorang, dan komen kat blog korang secara PUKAL ! Haha. Pleaseeee jangan angkat kaki dan berlalu dari sini. Huhu korang nadi blog ni, bagaimana bisa blog ini hidup tanpa kalian. *Poyos 

Eh siyess nii, korang sabar ye, nanti mar balas kunjungan. especially adik +Nur Irdina. ala cayang mucuk-mucuk. Takmo tacink, hehe. Akak tak dapat nak online doplohpatjam dah sekarang ni. Hehe. So take time :) Ok stop. Back to our topic ! "Politik Tiga Suku". Hehe saja la nak meriahkan musim PRU yang 5 tahun sekali ni kan. Bukan nak berkempen pong pang beriye bagai.. Cuma nak kongsi cerita pasal pakcik teksi yang saya naik haritu.


Mula-mula pakcik tu sembang-sembang biasa la. Pastu tah macamane tiba-tiba dia tercakap sal parti tett dan tett.. Pastu dah melalut ke laut. Macam-macam laa pujian pada parti tett, kitorang layaaan kan aje. Malas nak berlawan mulut dengan orang tua kan. Hehe. Tapi paling tersentak bila pakcik tu keluarkan ayat macam ni, "Politik, politik la. Agama, agama la, mana boleh campur. Nanti huru-hara jadinya". Ek ? Gue pun pandang adik gue di sebelah, adik gue pun pandang gue dengan pandang -EK ???? PELISSS LAAHH PAKCIK.. Tamat. Kitorang diam je dan berdoa cepat-cepat lah sampai. Haha malas nak dengar pakcik tu punya ceramah free :P

Anyway, saya tak marah pun pakcik tu, pakcik tu baik, cuma tu lah kat sini ada miss understanding. Kita kena faham, yang Islam ni syumul (sempurna). Islam paling tinggi, dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam. Kesempurnaan Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Tak kira la, bab politik ke, sukan ke, perniagaan ke, belajar ke, makan ke, berak ke, opss, haa nak kata nya semua aspek laa.. dari sekecil-kecil perkara hingga hal yang besar seperti pentadbiran negara. Semua Islam sediakan garisan, panduan dan landasannya. Sebab tu Islam is the best way of life !


Sooo, amatlah tidak bertepatan bila kita kata, politik dan agama adalah suatu hal yang terpisah. Politik suku, agama suku. It's totally wrong ~ "Orang yang berkata seperti itu 'tiga suku', sebab tidak boleh memisahkan agama dengan politik"- UAI.

Aishh panjang benar dah penaipan ini. Maka nya, marilah kita sama-sama cuba menggali lagi ilmu-ilmu, jangan cakap sebarang cakap, cakap ikut sedap tekak. Haaa takut-takut, ada kata-kata kita tu nanti menjadi sebab kita murtad. Jangan kerana taksub, kita butakan hati menafikan kebenaran !

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mursalat ayat 45-50 :
45. Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakan (kebenaran).
46. (Katakan kepada orang-orang kafir), "Makan dan bersenang-senanglah kamu (di dunia) sebentar, sesungguhnya kamu orang-orang yang durhaka !"
47. Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakan (kebenaran).
48. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Rukuklah," mereka tidak mau rukuk.
49. Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakan (kebenaran).
50. Maka kepada ajaran manakah (selain Al-Quran) ini mereka akan beriman ?

Di musim pilihanraya ni, haaa pelis jaga kata-kata kita, Ustaz Pahrol pesan : Mencerca pelaku kemungkaran tanpa adab hanya meletakkan pencerca lebih hina daripada yang dicerca. Air najis tidak akan dapat menyucikan najis. Akhir kata, majulah undi demi masa depan negara ! jom mengundi :D

 kami sayang malaysia, kami sayang Islam, kami sayang ulama'  
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

12 comments:

  1. Betul..ramai yang selalu cakap politik politik lah..agama-agama. Sedangkan islam melengkapi semua aspek termasuk politik.

    ReplyDelete
  2. yup betul tu tak boleh pisah2kan...kalau terpisah tu namanya sekular...hehe

    ReplyDelete
  3. Saya setuju...Politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Tiada satupun didunia ini yang boleh terlepas dari ikatan dgn agama.

    ReplyDelete
  4. Marilah mari... Pergi mengundi.... Tunaikan kewajipan... Pada negara..... Hehehehe...

    ReplyDelete
  5. momoy dengar aja kalau kawan-kawan start buka citer pasal politik. hihi.
    layankan aja
    dear jemput join GA

    ReplyDelete
  6. sekularism... skrg ni ramai yg hebat berkata2 *bajet mereka je yg betul* tp pada hakikatnya mereka tak tahu apa2...

    ReplyDelete
  7. Btl...dunia sekarang ialah dunia sekular. ..
    Kecian apabila kehidupsn dunia dan agama di asingkan mcm barat.

    ReplyDelete
  8. saya pilih mengundi :) ... zaman dulu pon rasullulah berpolitik tapi dengan cara berhemah dan bukan 24 jam

    ReplyDelete
  9. dalam Islam wajib titikberatkan hal pemimpin.. pemimpin kan tergolong dalam politik.. pokoknya Islam pentingkan setiap aspek kan kan kan, termasuk BERAK.. eh ehhh tercaps lock pulak, mahap :D

    ReplyDelete
  10. first time mengundi kan mar?? berdebar-debar rasanya....

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE