Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Jumuah Al-Barakah, gandakan selawat, gandakan sedekah kita hari ni, daaan gandakan doa ! Moga-moga terlekat doa kita saat mustajab ! Mudah-mudahan Allah kabulkan :)
Emm, sedia maklum belaka kan, semalam adik-adik kita menerima keputusan SPM, tahniaaaahhhh tidak terhingga buat semua, tak kira yang berjaya lulus cemerlang atau yang berjaya suam-suam kuku, dan juga yang kurang berjaya :)
Menulisnya akak di sini, aiceh akak, tua beno dah aku ni ropenye ! haha adoiii rinduuu pulak kenangan SPM ~ nostalgia oii nostalgia ! Siyesss nak muda balik, eh even sekarang masih muda :P Emm sedar tak sedar 8 tahun sudah ku tinggalkan zaman persekolahan. Huuu kangenn bangett ama temen temen gue ~
Eh back to my real intention, intro 7 perenggan, isi ke laut - 2 baris. Haha.
Mungkin entry ni akak lebih khususkan kepada yang kurang berjaya. Adik-adik sayang.. sekarang nasi dah jadi bubur. Apakah kalau nasi dah jadi bubur, bubur tak boleh dimakan ? Sudah tentu lah boleh kan kan. Bezanya adik-adik yang kurang berjaya dengan kawan-kawan yang berjaya ialah mereka yang berjaya masak nasi, jadi nasi beriyani, nasi ayam atau nasi goreng telur mata. Manakala, adik-adik yang kurang berjaya hanya mampu menghasilkan bubur.
Persoalan akak sekali lagi, apakah bubur tak boleh dimakan ? Siapakah yang makan bubur ? Di manakah bubur dijual ? Dan berapakah harga semangkuk bubur ? Walaupun ada orang tak minat bubur, tapi tetap bubur ada peminat sendiri kan !
aishhh bubur sedaapnyee ~ |
Tak payah jawab. Akak tau korang dah penat jawab exam SPM haritu. Akak tulis ni sebagai tanda prihatin akak terhadap korang-korang. Terutama my adik angkat, Syaqir Helmi. Dahh tak payah nak sedih-sedih, nak meratap sakti. Apa yang dah kita terima, kita redha je. Bagi akak SPM bukan segala-galanya. Masih ramaiiiii yang kurang berjaya dalam SPM, tapi sangat-sangat berjaya dalam hidup.
Cuma yela, kalau kata sedihh sebab tak dapat banggakan mak ayah, it's okay la sayangs-sayangs...Memang sedihh. Tapi, masih banyak cara kita boleh banggakan mereka :) *Pleasee tonjolkan attitude yang baik, suka tolong mereka, sentiasa ucapkan kata-kata yang manis, membantu kawan-kawan mereka daann buatlah apa-apa yang boleh menggembirakan mereka :)
Duhai ibubapa, anda-anda juga perlu sedar, tidak semuaa manusia dikurniakan kecerdasan akal semata-mata, begitu ramai manusia yang berjaya hari ini, atas kecerdasan-kecerdasan lain, atau dipanggil juga, Multiple Intelligence :
Jadi, mengapa perlu bersedih ? Apakah bila satu pintu tertutup tiada lagi pintu-pintu lain yang terbuka ? *masukk ikut tingkap pelissss* Hehe adik-adik, Allah tu Maha Adil sangat-sangat... Tidak berbakat dalam bidang akademik, mungkin berbakat dalam bidang muzik, atau, apa-apa kemahiran yang melibatkan fizikal, pergerakan. Boleh jadi berbakat dalam menjadi jurugambar, pelukis, penulis skrip dan berrbagai lagii..
Apa yang penting buatlah semua tu mesti atas dasar Islam dan kerana Allah. Barulah jadi umat Islam yang power !! Dalam pelbagai bidang semuanya islamic :) Pemuzik islamic, photographer islamic, chef islamic, pelumba F1 islamic, engineer islamic, tukang cuci islamic. Kan indah :)
Pokok pangkalnya, hati, semangat, keyakinan dan usaha untuk yang lebih baik ~ Caiyook !
Yakinlah selalu, siapa yang berusaha, pasti berjaya. Itu janji Allah :)
Apa pun, sekali lagi akak simpulkan dan gulungkan dengan 177% keyakinan bahawa SPM bukan segala-galanya. Sekian, terima kasih ^^
serap semangat adik nii ! :D |
JCB :
Kalau kamu jadikan Allah sebagai SUMBER kekuatan,
pasti kamu akan menjadi kuat,
Lebih kuat dari apa yang kamu jangka !
Psst.. ceriakan hari anda dengan melawat www.ohmymuslimah.my ye ^^
entry akak sangat membantu menguatkan semangat saya. hihi. kak, saya masih dlm dilema nk isi borang upu. whuaaaa. hmm
ReplyDeleteSetiap manusia kan ade kelebihan masing masing.... Kalau tak mahir satu perkara tu, beribu lagi kemahiran yang ade kat diri kita. Kalau dapat SPM gempak sekalipun, kalau Allah tak izinkan ape ape kebaikan untuk kita, tetap tak ke mana...Kesimpulannye, setiap perkara bergantung pada Allah semata mata. Takde perkara selain Allah yang boleh ubah masa depan seseorang :-)
ReplyDelete*pabila budak 13 tahun berbicara panjang :3*
wah..penuh semangat entrynya,..mg yg kurang berjaya dalam spm tu,..akan leega baca entry ini
ReplyDeleteAssalamualaikum mar! nice entri! suntik semangat kat adik2 SPM semua. hehehhee
ReplyDeletebetul tu...
ReplyDeletespm bukan segalanya..
yang penting hala tuju kita selepas ni..
kalau pandai rebut peluang, mesti kita akan berjaya jugak...
hee.. semangat sikit baca entry akak nii.. mungkin x daa rezeki Lissa untuk SPM.. yang lain ada.. kan kak.? hee >.<
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKeputusan xseperti yg diharapkan...memanglah sedih. Menagislah puas2 kemudian lupakan segala kesedihan. Buka buku baru...carilah dimana kebolehan, minat, kepakaran dan kemampuan, disitulah arah tuju...Muat dgn besungguh2 dan berdoa, Insyaallah berjaya!
Utzh Mar boleh bantu...kan Mar!
betul tu cik mar...kalau nak lebih jujur sebenarnya zaman sekarang di malaysia akademik dah tak menjanjikan apa2 pun...kita dah sampai tahap terlalu ramai org yg berpendidikan sarjana muda...akibatnya supply sudah lebih dpd demand...bila jd camni kita akan jd mcm negara jepun...utk kerja sebagai pembantu admin di pejabat pon sudah harus memiliki ijazah sdgkan gaji juga tidaklah byk mana...dpd meratapi kegagalan spm, lebih baik merancang strategi utk mencari duit melalui kaedah lain seperti perniagaan misalnya...kalau mula berniaga dpd muda, tak mustahil dalam 5, 6 tahun anda akan lebih berjaya berbanding org yg berjaya spm harini....
ReplyDeletenamun itu bukanlah bermakna adik2 yg lain tak perlu belajar...belajar itu perlu sepanjang hayat, cuma jgn terlalu sandarkan pelajaran itu sbg tiket utk anda mendapat pekerjaan....
Nasihat yang cukup baik sekali.
ReplyDeleteSemangat aku tiba2 timbul bila lihat adik tu punya muka...kikiki
ramai org sekarang ni , pentingkan sangat bilangan 'A' . tapi tak la penting sangat sebenarnya . SPM ni satu permulaan . bukan satu pengakhiran . kan kak . tak berjaya sekarang , bukan maknanya tak akan berjaya di masa depan :)
ReplyDeletebak kata ustazah..biar xdpt A dlm spm tapi mestilah dpt A DLM AKHLAK, ADAB
ReplyDeletememang akak bersemangat tengok adik tu. Hidupppp akak!
ReplyDeleteSPM bukan segala2nya.. tak apa usaha lagi buat semua. Bagi yang belum ambil SPM, akak nak pesan.. memang spm bukan segala2nya tapi hala tuju kite sangat dipengaruhi oleh SPM sebenarnya.. Jadi, buat yang terbaik. Bagi yang dah lepas, sabar lah.. setiap yang berlaku ada hikmahNya bukan. =)
ReplyDeleteSangat setuju..Pagi tadi saya tengok MHI. Ambil bidang kemahiran sekarang ni pun dah boleh berjaya. Sebenarnya semua terletak pada diri sendiri. Sekali gagal bukan bererti gagal buat selama-lamanya. tipu lah kalau kita gagal, kita tak rasa sakit hati, dan kecewa..tapi jangan jadikan kegagalan itu satu kemusnahan sepanjang zaman. Abaikan sahaja orang sekeliling..Bangkit dan mulakan sesuatu yang baru. InsyaAllah..doa, usaha dan tawakal..Pasti ALLAH akan beri pada kita kejayaan yang berlipat kali ganda.
ReplyDeleteAllah ada kan kak..Sentiasa dengan kita. ^__^
okey sejujurnya iha sangat sangat terharu dengan ini entri. nak tau kenapa? sebab iha salah seorang pelajar SPM yang dikira agak gagal tau.. iha tak meratap, cuma sedih sebab tak bagi yang terbaik buat mak abah.. padahal diorang bersusah payah hantar iha ke sekolah tiap2 hari selama 12 tahun (kira tadika sekali la ek) tapi sejak ada satu peristiwa ni, iha terus bangkit.. iha fikir 'aku tak dapat belajar mungkin bukan rezeki aku, tapi dah tiba masa untuk aku tunjukkan kemahiran aku'..
ReplyDeletemak harap iha jadi penulis yang berjaya, abah harap iha jadi pemuzik yang berjaya.. harapan mereka tu atas kemahiran iha sendiri.. jadi iha tak perlu buang masa untuk meratap tengok result lagi.. kadang2 tu rasa nak bakorr je kertas keputusan tu, haha.. tapi yang penting iha kena buktikan, budak tak pandai ni boleh buat benda lain.. janji restu orang tua dan redha Allah kena ada.. fuh panjangnya taip, apapun maceh atas entri ni tau kak.. :)