‎Alkisah Sebuah Hidangan Isteri


Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah. Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. Tiga hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kunyit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hangit.

Namun saya diam.


Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini. Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya. Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi, yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

FULL CREDIT to page Pakar Diari Hati

JCB :
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah 
Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, 
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, 
dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. 
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar 
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.“
(Ar-Ruum : 21)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

23 comments:

  1. Assalamualaikum mar. sedihnya! betul lah, benda yang kecil macam ni boleh membahagiakan hati kita. sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :'(

    ReplyDelete
  2. sejuk ati para isteri jika memiliki suami yang memahami.....begitulah juga jika sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. tersentuh baca kisah neh :')
    dgn kata2 org tu akan rasa bahagia atau terluka kan...

    ReplyDelete
  4. Sweetnye.... Memahami pasangan dapat mengeratkan lagi ikatan kan kan kannnnnnnnn......... Hihihi

    ReplyDelete
  5. Rajinnya mak, baiknya ayah. Bertuahnya dia..

    ReplyDelete
  6. Inilah namanya cinta dan kasih sayang...
    Saling melengkapi dan memahami antara 1 sama lain......

    ReplyDelete
  7. would love to have a happy and loving family nanti ^^

    ReplyDelete
  8. tersentuh sangat bila anna baca.. moga2 anna akan jadi mcm ni nanti..

    ReplyDelete
  9. semoga suami dan anak-anakku akan melakukan perkara yang sama..Aamiiiin.

    ReplyDelete
  10. pasangan itu adalah untuk saling lengkap melengkapi... sememangnya kita perlu jaga hati dan perasaan pasangan kita kan?

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, segala kebaikan menjadi tauladan kpd kita untk menepuhi hari2 mendatang...semoga dimanfaatkan sebaiknya.

    ReplyDelete
  12. hmm,, jadi terpikir lak, saya nanti camne ea? dah a tau masak nasi je, benda basic pun tak tau, semoga semua orang termasuk diri sendiri tak makan nasi berulam jantung nnti..huhu

    p/s:
    dalam proses nak belajar masak, tapi sangat2 susah nak catch up, kemana kepantasan otakku menghilang?

    ReplyDelete
  13. huisshhh ingatkan cik mar dah anak tiga td....hihihi

    ReplyDelete
  14. Harap suatu hari nanti dapat suami macam ini..Ermm..nak yang baik, kita kena usaha jadi baik kan kak.

    ReplyDelete
  15. bestnya..pasangan saling memahami sesama dorg...sweet sgt:)

    ReplyDelete
  16. nice story
    ambil jadikan tauladan :)

    ReplyDelete
  17. sedih plak tapi cerita ni sweet.. hana harap suatu hari nanti dalam berkeluarga macam ni

    ReplyDelete
  18. Tolong carikan sorang lelaki yang macam ni untuk iha boleh? opss.. :P

    ReplyDelete
  19. wuwuwuwuwu.... bahagianya keluarga itu.. moga anak2 ku jadi begitu dan saya dan suami juga. ehem. suami? ngeh ngeh... inshaaAllah. 1 day.. kan cik Mar! *wink*

    ReplyDelete
  20. bhagianya blh suami yg loving mcm tu..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE