Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi
Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya
Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela
Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya
Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara
# Mahu menangis semahu-mahunya, janji Tuhan pasti berlaku ! Islam akan bangkit semula !!
Sudah terlalu lama kita dalam kekejaman, kezaliman dan kebatilan, sudah terlalu lama kita tidur dalam kekenyangan, lena dalam kemewahan, sedang ramai dari saudara kita menderita. Astaghfirullah, ampunkan aku Ya Allah, ampunkan kami :'(
Kami terlalu rindukan keadilan, kami terlalu rindu hukum Allah yang mengadili alam, kami terlalu rindukan sunnah-sunnah Rasul junjungan menjadi amalan. Kami rindukan pimpinan baginda ! Kami terlalu rindukan Rasulullah, selawat dan salam ke atas baginda :'( Islam pastikan bersinar kembali, Islam agama yang sempurna, agama yang tertinggi dan paling mulia ~ wa ana minal muslimin ~
Kami terlalu rindukan keadilan, kami terlalu rindu hukum Allah yang mengadili alam, kami terlalu rindukan sunnah-sunnah Rasul junjungan menjadi amalan. Kami rindukan pimpinan baginda ! Kami terlalu rindukan Rasulullah, selawat dan salam ke atas baginda :'( Islam pastikan bersinar kembali, Islam agama yang sempurna, agama yang tertinggi dan paling mulia ~ wa ana minal muslimin ~
# Tersentuh membaca komen kak +Syera Shahira dalam entry INI :
Tak henti-henti nangis bila baca pasal anggota keselamatan kita terbunuh. Orang Palestin dah berpuluh-puluh tahun diperangi, kesakitan dan kesengsaraan diorang beratus kali ganda dari kita. Air mata dah kering menangisi kehilangan orang sekeliling. Sekarang kita rasa rakyat senegara terbunuh mempertahankn negara, kita rasa sakit dan sedih sekali. Mungkin rasa ini hanya 0.01% saja dari apa yg dirasa oleh rakyat Palestin :(Allahu Akbar. Ampuni kami Ya Allah :'(
# Pray for them. for ALL !
semoga semuanya akan jadi baik2 sahaja...
ReplyDeletekita doakan semuanya tenang disana... sedih juga dgn apa yg berlaku...nasib keluarga mereka......
ReplyDeleteBetul kak..waktu saya lihat pejuang kita terbunuh..saya teringat bagaimana keadaan saudara kita di Palestine, Syiria dll. Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan..Allahuakbar, tak dapat di bayangkan. Sedih sangat2. Pasti Islam akan bersinar dan bangkit kembali.
ReplyDeletekan bagus kalau Malaysia mengamalkan hukum2 Islam sepenuhnya . nilai2 Islam diamalkan oleh muda mudi dan segala galanya berasakan sumber Al Quran & sunnah . Allahu . tetapkan Kami di jalan lurus Mu .
ReplyDelete" Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! " - Al Mukmin , ayat 60 .
jangan jemu untuk berdoa . janji Allah janji ditepati :'D
Best lagu ni. tq share dik!
ReplyDeletemasanya akan tiba...cuma tak tau bila...
ReplyDeletetak tahu apa yg KY mampu katakan..doa sentiasa ada buat mereka di sana dan pejuan2 kita semoga semuanya selamat
ReplyDeleteinsyaAllah... Islam akan bangkit.....!!!
ReplyDeletesama2 kita doakan mereka selamat di sana... insyaallah...
ReplyDeletesuka dengar lagu nie..semangat pon naik..:-)
ReplyDeletejanji DIA sepasti-pasti nya
ReplyDeleteRindu dgn nasyid kump Shoutul Amal ni. Mmg terbaik lagu mereka. Nice entry. Thanks sll sharing dlm group akak :)
ReplyDeleteassalamualaikum....bestkan..;)
ReplyDeleteSemua yang berlaku adalah ketentuan Ilahi..Moga mereka tenang di sana..
ReplyDeleteSedih pulak baca entri ni.. mereka di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, dan negara2 Islam yang lain telah diberi dugaan yang lebih hebat dari negara kita.. moga mereka yang telah gugur diberikan syahid dan ditempatkan bersama golongan para mukmin.. mana yang masih berjuang, doakan mereka selamat tiba di kawasan penginapan masing2 :')
ReplyDelete#kemungkinan semua anggota tempat iha tinggal akan pulang dari lahad datu bulan depan, harap mereka selamat.. insya Allah :)