Siapakah sahabat baik Rasulullah s.a.w semasa kecil?

BismillahWalhamdulillah :)
Lau Kaana Bainanal Habib~
Ya Rasulallah Ya Habiballah, kami rinduu padamu.
Allahumma Solli Wasallim Taslima 'Ala Nabiyyuna wa Habibuna wa Khaliluna.

Salam Maulidurrasul buat semua. Rancakkan lagi selawat dan salam kita ke atas Baginda, bukan masa maulidurrasul je, tapi setiap masa, tak semestinya kuat-kuat, perlahan-lahan pun boleh, dalam hati, sentiasalah nama baginda meniti di bibir dan hati kita, insyaAllah :)

Sahabat-sahabat tawu tak siapakah sahabat baik baginda sewaktu kecil ?

Semua tahu kan Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat baik Nabi s.a.w, sahabat yang setia menemani baginda semasa peristiwa Hijrah. Abu Bakar juga merupakan sahabat yang sentiasa membenarkan kata-kata baginda, sebab tu lah beliau digelar As-Siddiq. Tapi tahukah anda, Abu Bakar As-Siddiq juga adalah sahabat baik baginda sejak kecil lagi !

Selepas Abu Bakar dilahirkan, Abdul Mutalib datang melawat dan mengucapkan tahniah kepada ayah Abu Bakar dan ibunya, iaitu Abu Quhafah dan Salma.

"Siapakah budak yang tuan bawa ini ?" tanya Abu Quhafah sambil menunjuk ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang dibawa oleh Abdul Mutalib.

"Inilah cucu saya yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ibunya bernama Siti Aminah. Sejak kecil anak ini dipelihara oleh ibu susunya yang bernama Halimatus Saadiah. Muhammad baru sahaja dihantar kepada kami," jawab Abdul Mutalib sambil menyatakan rasa gembiranya kerana cucu kesayangannya sudah dikembalikan.

"Anak ini sungguh comel dan baik budi pekertinya. Semoga dia menjadi sahabat kepada anak kami, Abu Bakar," kata Abu Quhafah pula.

"Nama dia Muhammad. Satu nama yang belum pernah diguna oleh orang Arab. Mengapa dia diberi nama Muhammad ?"tanya Salma pula.

"Siti Aminah yang minta supaya anaknya dinamakan Muhammad. Katanya ada yang membisikkan ke telinganya supaya anak ini dinamakan Muhammad. Nama itu amat serasi dengannya," jawab Abdul Mutalib.

Kemudian katanya lagi, "Ayah Muhammad sudah meninggal dunia. Ibunya pula balu yang miskin. Tetapi kasih sayang saya kepadanya melebihi anak sendiri. Pada hari dia dilahirkan, saya kendong budak ini lalu saya bawa masuk ke dalam Kaabah. Kemudian, saya bawa dia tawaf mengelilingi Kaabah. Itulah hari yang paling menggembirakan bagi saya," kata Abdul Mutalib sambil menceritakan detik-detik kelahiran Muhammad.

"Apakah yang menyebabkan tuan begitu sayang kepada Muhammad?" tanya Abu Quhafah pula.

"Pada hari Muhammad dilahirkan, suasana amat tenang dan tenteram. Hati saya terlalu gembira menyambut kelahirannya. Siti Aminah yang melahirkan anaknya pula tidak berasa sakit. Bidan yang menyambut kelahirannya terasa seperti dibantu oleh makhluk-makhluk ghaib," jawab Abdul Mutalib.

Disebabkan Muhammad tidak mempunyai ayah dan ibunya pula miskin, maka tidak ada yang sudi mengasuh dan menyusukan dia kecuali Halimatus Saadiah. Sebaik sahaja Halimatus Saadiah melihat wajah Muhammad lantas dia berasa sayang lalu bersetuju mengambilnya sebagai anak susuan.

"Muhammad lahir membawa tuah. Itu diakui sendiri oleh Halimatus Saadiah," kata Abdul Mutalib lagi.

"Menurut Halimatus Saadiah, keajaiban yang mula-mula dialaminya apabila unta kurus kering yang ditungganginya bersama Muhammad dapat berjalan pantas sehingga dapat mengejar unta-unta yang berjalan dahulu daripada mereka. Kemudian kehidupan keluarganya juga semakin senang dan bahagia. Pohon-pohon kurma mereka berbuah lebat, kambing yang mereka ternak membiak dan banyak susunya."

Abu Quhafah dan Salma tertarik dengan apa yang diceritakan oleh Abdul Mutalib. Mereka juga berasa jatuh hati kepada Muhammad dan berharap kelak beliau bersahabat baik dengan Abu Bakar.

Sejak hari itu, Muhammad dan Abu Bakar sering bertemu. Walaupun rumah mereka agak berjauhan kerana Abu Bakar tinggal di Masfalah dan Muhammad di Syiab Ali yang terletak di bahagian atas kota Mekah. Kadangkala Siti Aminah yang datang berkunjung ke rumah Salma membawa Muhammad. Pada hari yang lain, giliran Salma pula yang datang berkunjung ke rumah Aminah membawa Abu Bakar. Mereka mempunyai ikatan kekeluargaan yang rapat.

Semenjak kecil Abu Bakar dan Muhammad diberi didikan dengan penuh kasih sayang. Mereka berkawan rapat. Tambahan pulan kedua-duanya sama-sama berbudi pekerti mulia dan disenangi oleh masyarakatnya. Mereka berdua tidak pernah menyembah berhala, meminum arak dan melakukan maksiat yang biasa dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliah.

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda, serta sahabat-sahabat baginda. Allah.. Allah.. 


sumber asal : Khalifah-khalifah yang benar - Abdul Latip Talib ;)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

19 comments:

  1. seronok baca entry ni... Mar thanks sebab up entry yang best... ^_^

    ReplyDelete
  2. salam maulidur rasul. marilah berselawat kepadanya dan amalkan sunnah nabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maulidurrasul bro :) insyaAllah, sentiasa berusaha

      Delete
  3. terima kasih untuk entri yg menarik ni cik mar...

    ReplyDelete
  4. Ilmu yg bermanfaat. Tahniah. Enti yg hebat!

    ReplyDelete
  5. Jarang dapat cerita mengenai Rasulullah dimasa kecilnya. Terima kasih diatas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita harini byk berbicara sola artis. hmm insyaAllah kt up kan lagi kisah2 Nabi :)

      Delete
  6. suka baca entry nie..itulah kelebihan nabi muhammad..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala kelebihan ada pada baginda. Sollu 'Alaih :)

      Delete
  7. salam mar :)

    salam maulidur Rasul 1434H...

    entry yg menarik..saidina Abu Bakar luas syurganya...malaikat pun x dpt nk ukur...:)

    wallahu a'lam...

    ayie suka dengar lagu Lau Kaana Bainanal Habib tu beberapa tahun lepas...mula2 dengar kat tv al hijrah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ayie, salam maulidurrasul.. mendayu je kn lagunya, menambah rindu pada Baginda :)

      Delete
  8. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...


    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  9. thanks sebab berkongsi ilmu.......

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE