Interview SPP dan ucapan istimewa :)

La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin.
Bismillah, Assalamualaikum.................. :)

Malam ni rasa nak menaip, nak menggoreng sesuatu di sini. Huu~ Sekarang dah tak singgah sangat belog kawan-kawan, dah jarang coret komen-komen. Dah tak ping entry lagi, huhu malassss sangat. Masa mencemburui, kadang singgah jenguk je, tak taip komen. Tapi terharu dan terima kasih sangat pada yang masih setia datang komen sini. Huhu Jazakumullahu Khairan Kathira ^^

Intro mesti keluhan pasal blog. hahahahaha. nasib lah, sebelum ni terlampau tegar dan obses, sekarang ibarat melukut di tepi gantang. Ek, sesuai ke ? Whatever lah. Cukuplah, moh ke topic "interview SPP". Siapa yang pengikut setia belog picisan ni, ingat tak pasal masalah haritu. Hehe tak ingat takpa la, pi jenguk SINI dan SINI. Takmau jenguk pun takpa aihh, aiman tak kisah :D

Just nak kongsi, alhamdulillah finally, selepas berbulan menanti penuh setia dan sabar, berserta solat dan doa yang tak putus, nama kami dah naik dan layak untuk memohon jawatan guru tu. Hoho. So, sekarang ni dah kena wat preparation. Huwaa otak da berkarat 14 niii... banyak kot yang dah lupa, jenuh nak study balik. Ni tak campur bab dokumentasi yang kena sediakan. Sijil - sijil semua kat kampung. Ekk @_@ Bab mental, fizikal ? Huuu mohon doa kalian, moga urusan saya dipermudahkan dan encik-puan-cik penemuduga menyukai saya tanpa syak wasangka ^___^ kekekeke.

penguin-penguin pun nak intebiu, yakinnn je blake :D

Dah tutup cite, now nak buat "ucapan istimewa" untuk ibu +Iha Zaliza ;)

♥ ♥  Assalamualaikum auntie haliza, nama saya cik mar :P saya bersohabat dengan anak auntie, ala yang suka bebel, plus kepoh-kepoh tu :P Huwaaa haha mohon auntie dengan kembar auntie jangan serang saya. Saya gurau je kekeke. Emm saya tak pandai nak madah pujangga, ayat ringkas tapi insyaAllah ikhlas dari lubuk hati saya :) Pertama dan selamanya, saya bersyukur dapat kenal dengan anak auntie, alaa yang suka tengok kartun sama-sama dengan auntie tu :P And of cos, dalam kolam hati saya, saya sangat mengagumi ketabahan dan kegigihan beliau. She act like she is very-very healthy and has no sick at all *oh my English ! -_-"
Yep, saya yakin, di sebalik semangat yang ditonjolkan, pasti ada seseorang yang jauh lebih hebat. Dan orang itu saya yakin adalah auntie :) Auntie sangat awesome ! For me, auntie lah yang paling hebat sebab sedaya upaya menerima takdir yang Allah tetapkan, *even i never know you and never see it - tapi ia jelas diserlahkan melalui attitude anak auntie yang rambut dia mcm david arumugam tu :P hahaha ni dia yang kata, saya taktau :P dan auntie melaluinya dengan penuh kesabaran. Terima Kasih auntie kerana menginspirasi, and i love your inspiration style ^^
Doa saya, moga Allah terus memasukkan auntie ke syurgaNya kelak. Auntie dah banyak bersusah payah di dunia mengharungi ujian hebat yang dikurniakan. Moga di sana segalanya dipermudahkan. Aamiin Aamiin. Ehemm doa ini juga untuk uncle sekali taw, heee :)
Hope we can meet up, one fine day, insyaAllah. XOXO ♥ ♥ 
Hihi, dats all for today, good night and have a very good dream guys :) *Aah yang aku gedik sangat ber-speaking ber-sepah dah kenapaa.. haha siap ber-onti onkel lagi hahahaha.
Tata.

nahh ni tembikai love untuk auntie ngan iha, kongsi tau :P

 
 
 



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

10 comments:

  1. Selamat Hari guru:)
    semoga kita di beri kekuatan dan ketabahan untuk mengajar anak murid suatu hari nanti

    ReplyDelete
  2. Jgn malas2 taw. Hihihi
    Good luck spp. Goreng jea. Nina ritu masuk 4 org kalau xsilap. Main hentam jea ckp haha

    ReplyDelete
  3. wah akhirnya dipanggil juga utk interview ye....hehe good luck nanti...semoga semuanya lancar belaka... :)

    hehe ucapan khas tu mmg terbaik.... b <--- bentuk jari LIKE...haha

    ReplyDelete
  4. tahniah cik mar.. buat yang terbaik ye.. =)

    ReplyDelete
  5. Akak!! yg pertama tama, iha nak ucap TAHNIAH (harus la caps lock dan boldkan tulisan kann, heheh) kat akak sebab layak jugak akhirnya.. gigih iha baca entri2 tu masa akak menghilang :P insya Allah semua urusan berjalan dgn lancar, nanti masa interbiu tu baca doa ni olwes tau "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin." :)

    yg kedua dua pulak.. ehemmm, gila semput kita tau.. tenkiu berimash akak.. tergolek2 + terteleng2 kepala masa baca ucapan tu, speechless, appreciate dan yg sewaktu dengannya.. mak cakap terima kasih byk2, kalau ada rezeki utk jumpa, jgn lupa sediakan ubat asthma siap2, kalau x sediakan kitorang ada stok kat rumah.. xD

    akhir kata, ai lebiuw~ iha pun dah anggap akak jd mentor iha, iha jd mentos akak.. ok? :D

    ReplyDelete
  6. untung akak iha . disayangi ramai ye dak . (mohon akak iha diatas-atas tu tak baca fikiran dina drpda komen ni :p) .

    panjang bagai karangan komen akak iha . hehehe . papepon goodluck untuk ape2 intebiu . nak terjah entri lame2 akak yang dina skip dulu . heee :D

    ReplyDelete
  7. tahniah.......pastikan segalanya terbaik nanti.....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mar, insyallah. ada rezeki buat mar nanti :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE