Botakkan Kepala Mama Dan Papa Kerana Ustazah !


Seorang budak perempuan pulang ke rumahnya. Comel. Baru darjah dua. Baru balik dari sekolah. Berbaju sekolah, tanpa tudung di kepala. 

Langkahnya pantas. Tergesa-gesa. Masuk saja ke dalam biliknya, tanpa sempat menanggalkan kedua-dua stoking dan baju sekolah. Dicapainya gunting kecil miliknya di atas meja. 

Duduk di hadapan cermin. Perlahan-lahan digunting rambut kerintingnya sampai habis. Sampai pendek nampak ubun-ubun dan kulit kepala.

Seketika dia terdiam. Terduduk. Menangis sendirian. 




Mamanya masuk ke bilik menjenguk anak perempuan kesayangannya. Terkejut mamanya. Terus dicapainya gunting di tangan anaknya. Dicampak jauh-jauh.

Mama: "Hei, kenapa ni?! Kenapa sayang gunting rambut sampai botak ni?!"

Merah padam muka mamanya. Marah pun ada. Geram pun ada. Hairan pun ada. Ditanya berkali-kali. Tapi si anak enggan menjawab. Lantas dipanggil papanya masuk ke bilik. Dipaksa papanya pula yang menyoal-siasat anaknya.

Papa: "Sayang, cuba cerita apa yang dah berlaku. Ada kawan buli sayang di sekolah? Kalau ya, biar papa pergi mengadu dekat cikgu besar!"

Si anak: "Jangan papa. Tak ada siapa yang buli saya."

Papa : "Habis tu? Kenapa sampai macam ni?"

Si anak: "Tadi di sekolah, ustazah ceritakan balasan orang yang tidak menutup aurat. Yang tak pakai tudung. Saya ada salin nota ustazah tulis di papan hitam. Kejap saya baca nota ustazah bagi;

1. Ada riwayat mengatakan sehari di akhirat bersamaan 50 ribu tahun di dunia. Mahukah rambut kamu dibakar selama 50 ribu tahun dengan api neraka? Dibakar sehingga menggelegakkan otak lalu cair otak dan tumbuh kembali. Kemudian dibakar lagi berulang kali. Jika tak pakai tudung selama 10 tahun, bayangkan dah beratus-ratus ribu tahun kita dibakar dalam neraka!

2. Surah al-Naba' juzuk 'Amma menyebut tentang masa diazab, antaranya firman Allah,

"La-Bithiina Fiihaa Ahqaaba"
Terjemahan: 'Mereka tinggal di sana berabad-abad lamanya." (ayat 23)

Mufassir al-Quran mengatakan 'Ahqaaba' bukan untnk menunjuk ukuran waktu yang pasti secara tepat, tetapi untuk menunjukkan ianya suatu tempoh waktu yang sangat lama."

Mama : "La! Habis tu yang kamu gunting rambut sampai habis ni kenapa lak?"

Si anak : "Kalau saya dah tak ada rambut, tak ada lah rambut yang nak kena bakar lagi di neraka. Betul kan, mama?"

Mama : "Err..."

Papa : "Ustazah kamu tu sengaja takut-takutkan kamulah. Ni yang papa tak nak hantar ke sekolah rendah agama ni."

Mama : "Kita tukarkan je lah anak kita ni esok. Kita pindah ke sekolah SRJK(C) di hadapan tu. Lagi bagus boleh kuasai bahasa Cina nanti."

Papa : "Bagus cadangan tu. Esok papa pergi mengadu dengan pengetua suruh berhentikan ustazah tu sebab sengaja mengelirukan pemikiran kanak-kanak! Mana dia tahu semua ni, dia pernah sampai kat akhirat ke sampai tahu beribu2 tahun bagai kena seksa tu?! Lol! Cetek pemikiran punya ustazah!"

Mama : "Entahnya! Budak-budak tak perlu pakai tudung pun pergi sekolah! Suka hati orang la nak pakai ke tak. Ikhlas tu penting. Tak boleh paksa2 orang dengan kata kena seksa bagai ni. Ni dah kes paksa dan ugut ni."

Si anak terdiam melihat gelagat mama dan papanya. Dia teringin nak bertudung seperti kawan-kawan sekolah yang lain. Tapi mama selalu larang. Sebab mama tak bertudung. Mama kata bertudung kena dari hati. Bukan dari peraturan sekolah atau sesiapa. Mama pun tak bertudung. Papa tak pernah kisah. Papa bangga mama rambut lurus rebonding cantik mengurai. Mama memang cantik. Papa suka tayang kecantikan mama ke mana-mana dan di mana-mana. Papa bangga kahwini mama. Mama sampai buat Gwiyomi untuk papa dalam youtube.

Malam sebelum si mama dan si papa tukarkan si anak ke sekolah lain, budak perempuan tu menyusup ke dalam kamar papa dan mamanya sewaktu mereka tengah nyenyak tidur.

Digunting botak rambut mama. Dicukur sekali rambut papanya.

Budak perempuan tu memang takut dimarahi mama papanya. Tapi hatinya lebih takut azab Allah.

Sekarang hatinya lega sedikit. Puas memandang kepala papa dan mamanya.

########## SENYUM ##########




iklan :D
har har har har ~




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

17 comments:

  1. Haha, padan muka mama dengan papa dia.. psttt, iha dulu pun pernah botakkan rambut sorang2 gak masa tadika.. tah hape motip.. dekat sedekad jgk la mak tak bagi pegang gunting xD

    ReplyDelete
  2. confirm mak budak tu pakai tudung lepas tu. :D

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mar. masyallah. takutnya kalau kenal org mcm ni. hukum mana boleh dibuat main..

    ReplyDelete
  4. hahahah....
    mesti bangun pagi2, mama nya meroyan tengok kepala dah botakk..

    ReplyDelete
  5. haha habis rambut mama yg rebonding tu kena potong ye...hehehe...tak menahan ada iklan capati dgn mee kari pulak....

    ReplyDelete
  6. Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Promosi dan GA sempena pembukaan blog shop ini sedang diadakan sehingga 30 mei. Jangan lupa follow jg ye.. :)

    Terima kasih
    ~Hijab Valley~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. hahaha..mentaliti moden ibu ayah..mungkin boleh dijadikan pengajaran..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ... mmg bagus bila kanak - kanak ada kesedaran cam tuh . Allah membuka hatinya utk menegur ibu bapanya yang leka dgn dunaiwi ...

    ReplyDelete
  9. hahaha.. nak gelak untuk kari dan capati dulu...

    *bagusnya pemikiran si anak ni kan..kecik2 dah tahu fkir dosa..tp mak ayh nya pula sebaliknya..sian dia..berani sungguh botakkan kepala mereka..hehehe

    ReplyDelete
  10. haha.. macam2, mak pak pun apa biol sangat tak faham maksud ustazah tu. :P

    ReplyDelete
  11. Ehemm ehemmm ehemm, ehhehee
    Amboiiii, adik nieee..
    Lawak pulak yg ayat terakhir tuu.. ;D
    Pengajarann entry niee

    ReplyDelete
  12. sy x nak jadi parents like above.. i wanna be a good eg to my kids nanti :)

    ReplyDelete
  13. hahaha... boleh tahan budak ni.. comel.

    mak o mak.. kalau mak macam tu, macam mana kite nak salahkan si anak.

    ReplyDelete
  14. hahahaha..anak nak berubah mak ayah x bagi kan dah kene botak..hhee

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE