Selepas Sebulan Dua Belas Hari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Masya Allah, lamanyee tak bertapak kat sini mak oiiii rinduuu amat sangatt. Ikut hati macam hari-hari nak menaip, tapi ikut diri bapak ar malass. Haha.

Buat yang masih mengenali diri ini, malahan merindui, jangan risauu. Kita kat sini sihat walafiat, alhamdulillah. Hehehe. Buat rakan-rakan follower baru, terima kasih sudi follow sini, ade mase kita follow balik. InsyaAllah okeyy. Buat yang nak tuntut hadiah sila la menuntut :)

Haish, selepas sebulan dua belas hari di sini, di bumi Johor a.k.a Kota Masai, macam ni la jugak. Tak balik raya, kasiaann dengan diri sendiri. 1st time tak balik. Hukhuk. Sabab musabab usah ditanya, mungkin ini sebahagian dari pengorbanan ? Mudah-mudahan laa kaan ;)

Apa yang buat aku paling bahagia kat sini ialah..... dapat kawan satu batch masa kat UM dulu sama-sama posting satu sekolah ! Yeahh. Alhamdulillah. Trillioonn syukurr kepada Allah s.w.t yang meghadirkan pelangi selepas hujan lebat di hatiku suatu ketika dulu. Eceh. Pangg sket. Hehe serious, bila ada kawan terasa segalanya dipermudahkan.

Dekat sini, aku duk menyewa dengan sorang cikgu bujang ni. So, kami bertiga la. Pegi sekolah pun boleh jalan kaki je, sebab sekolah depan rumah. Ada laa dalam 6 minit kalo jalan laju-laju sebab takut lambat. Tapi kalo lenggang lenggang kangkung ala-ala itik pulang petang cecah laa 10 minit. Kedai medai pun banyak, macam-macam market hado.. insyaAllah tak kebulor duk sini, leh jalan kaki je gi kedai, tapi sokmo nya naik motor lah dengan bespreng baru, Khalilah. Hihi :P

Motor lak, guna motor akak hausmet. Kak Ecah sempoi. siyess, memang sempoi and baiik hatii sangat. Hehe. Selepas sebulan duk sini, merata jugak laa kak ecah bawak kitorang berjalan. Alhamdulillah Allah hadirkan orang baik-baik di sekelilingku. 

Okeh tu je nak sharing. Lain kali sambung lagi kalo rajen. Honestly, mar selalu ingat dekat kawan-kawan blogger yang rapat-rapat. Huhu, korang selalu ada dalam doa taww. Jaga diri, jaga iman, moga Allah hari-hari sayang korangggg :)

#Selamat Hari Raya AidilAdha buat semuaa ^_^


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE