Maksud Simbol 4 R4BIA





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Subhanallah walhamdulillah, Allah izinkan saya untuk berkongsi simbol 4 yang ramai dah mula gunapakai di laman-laman sosial. Alhamdulillah bagi yang turut sama memberi sokongan. Walaupun nampak kecil, moga ianya besar di mata Allah.

Maksud Simbol 4.

1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang medan demonstrasi Pro Demokrasi dan legitimasi Presiden Mursi di Medan Rabiatul Adawiyah (Rabi'ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian, (angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai kemerdekaan.

2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyep Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras 'massacre' yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat legitimasi rakyat, Dr Mursi.

3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Mursi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir.

Ayuh kita lancarkan PERANG MEDIA dan DOA ke atas kezaliman ini. Kedua-dua ini adalah senjata kita paling kuat yang mampu menembusi apa jua sempadan dan kita mampu melakukannya !

Ayuh, tunjukkan solidariti kalian! Sebarkan.

"Kamu cukup bertuah kerana menjadi seorang manusia dan dilayan seperti manusia, tidak seperti rakyat Mesir yang sudah dinafikan asasi manusia oleh mereka yang sudah hilang erti kemanusiaan !

You are lucky enough to be a man and being treated like humans, not like the Egyptians who have been denied their human rights by those who have lost their humanity !

‪#‎mesirkini‬
#R4BIA

sumber : Mesir Kini



 ALLAH Tujuan hidup kami !

RASULULLAH ikutan kami !

Al-QURAN panduan hidup kami !

MATI di Jalan Allah impian kami !



Saya menyeru diri saya sendiri dan juga rakan-rakan blogger yang disayangi. Ayuh kita sebarkan semangat berjuang untuk saudara kita. Kita lakukan apa yang termampu melalui penulisan dan kemahiran media. #JomPeduliUmmah

Jangan sampai kita menyesal di sana nanti bila melihat saudara saudara kita yang syahid di Syurga dan kita tidak turut serta bersama, kerana di dunia kita tidak peduli dengan hal mereka ! Allahu Akbar !!

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

3 comments:

  1. Terima kasih atas info. Nampak juga ramai yg guna tp tak pasti pulak maknanya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info. Nampak juga ramai yg guna tp tak pasti pulak maknanya.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah terima kasih utk perkongsian ni...moga entri ni dapat mempermudahkan lagi saudara2 dluar sana yang tak faham maksud dan motif simbol R4BIA ni~

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE