Bila Mereka Ada


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :))))

Selamat berhujung minggu semuaaa.. ^^
Semalam tak menyempat nak update, ni semua pasai mereka la ~ Eh, bila mereka ada, apa yang akan terjadi kepada saya, ialah tidak menyempat nak meng-online. ngeh3

Di kala inilah saya amat mengagumi dan terkagumi dengan blogger yang ada status, eh. Status di sini, seperti seorang ibu, seorang bapa, seorang guru, seorang yang bekerja dan seorang yang macam-macam lagi lah.. kecuali penganggur macam saya. Ngeeee ;)

Mengapa saya mengagumi dan terkagumi ? Yelaa dalam pada sibuk-sibuk menguruskan hal-hal yang berkaitan, mereka masih sempat menulis atau mencoretkan sesuatu di laman sesawang memasing ! Huiiiyyyyoooo tabik sepering lah. Sebabnya, kalo saya laa kan, bila mereka ada, dah malas nak update. Ek bukan malas apa, macaamm.. emm macaamm takde privasi nak berdua-duaan dengan laptop gitu. Haa.

Siapakah mereka itu ? Jeng-jeng-jenggg.. Ni lah muka-muka wanted ! :P


Diorang punye mulut, masyaaarakat.  Hehe sayang budax budax mucuxxx ni ketat-ketat. Bila mereka ada di rumah, bagai kapal pecah-lah rumaah yang sedia maklum. Ahaha. Bes korang ada kat rumah, nanti balik kampung lagi okayy okayy. baru meriahhh ^__^

Sekarang rumah dah sunyi balik, hewheww ~ Untuk kakak-kakak dan abang-abang kawasan, selamat kembali ke sekolah ! Hoyeahhh ;)


Hihi lawak eh gambar ni yang tak tahan kuceng ngan beruang pun tompang badmood :P Ok lah tu je papai semuaaa :)

Pssstt..Hmmmm rasanyee.. lepas ni dah tak dapat nak online macam selalu hewhew.. Sekarang pun dah jarang singgah tinggal komen kat blog-blog wajib singgah :'(

JCB :
Wanita yang bahagia bukan yang hidup mewah,
bukan yang cantik, yang bersuami kaya atau hensem,
tapi mereka adalah yang sedang sibuk
menempah tiket ke syurga -UAI :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Doa Apabila Ditimpa Sakit



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Jumaat Hari Barakah, semoga semua sihat-sihat hendaknya. Selamat meneruskan kehidupan, dan jangan lupa menyandarkan segala aktiviti hanya kerana Allah :)

Actully hari ni nak post pasal lain tapi tak menyempat la pulakss. Hehe, so kita kongsi doa apabila ditimpa sakit. Haa khas buat siapa-siapa yang ditimpa sakit, tak kisah la sakit apa. Ingat, sakit jugak satu rahmat. No worries. InsyaAllah ada hikmahnya kalau kita sabar :)

Ni mar kongsi daripada fb page Fattabiouni ^^

Apabila kita sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. 
Harus diingat doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah. Maka perbanyakkanlah doa untuk diberikan perlindungan daripada penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. 
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya“
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Bacalah doa ini jika anda berasa sakit...


Jaga kesihatan diri ye semuaaa.. Jangan lupa jaga kesihatan rohani jugak! Hati & Iman :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Catatan Tidak Bertajuk



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, demam pun dah kebah, terima kasih untuk siapa-siapa yang mendoakan kesihatan saya. Alhamdulillah, mungkin dah lama tak demam kot, dapat lak musim panass menggila sekarang ni kan, korang jaga lah kesihatan baik-baik ye. Mana yang bekerja, nak jaga anak-anak, kesihatan sangat penting kan. Kalau tak sihat, macam terbantut semua kerja. Allahu Akbar, besar nikmat sihat pada kita :) ~Alhamdulillah~

Hihi tah harini nak tersenyum jeee... *Senyuuummm sampai Uganda* Tau tak pasai pa nak senyuuum je neh ?? Nii pasal korang la.. haa kaki komen tegar kat blog ni. Eh, bukan kaki yang komen, tangan yang rajin dan hati yang mesra baik hati sentiasa memberi sokongan ! Terrrbaikkk ~

Ada yang beri kata-kata semangat, ada yang mendoakan, ada yang offer ke lamannya untuk bersantai tenangkan minda. Hihi baik sungguh. Paling lucu, ada yang kata saya banyak makan gulai :P Aishhh mungkin kot. Tak kurang yang bersyak wasangka ada makna di sebalik entry INI dan INI. Hmm mungkin laaa ada kisah, tapi biarlah ia tersimpan sebagai kenangan semalam ! Takde apa yang merumit pun. Saja je melayan perasaan hihi :P

Ek apa yang pasti, ter-sangatlah happy dengan caring loving korang !! :D
Rasa nak melompat macam ni ha ^__^

jommmmmm! sapa nak joinnn kita melompat lebihhh tinggiiiii :D

Yeahh selamat berusaha ! Selamat berusaha ! Kadang-kadang Allah tak bagi apa kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Alhamdulillah Alhamdulillah, jom-jom jadi hamba bersyukur, sedikit tidak merungut, banyak mengganda syukur, Subhanallah :)

Ini hadiah untuk kamu, dia, dan mereka yang baik hati, sentiasa menghulur bantuan tanpa mengira darjat, usia dan pangkat ! Cewwaahh hehe. Daaaaaaaaaaaaann BE HAPPY if you in a position to help someone, give thanks to ALLAH ;)




JCB :

Pssttt.... nak singgah blog korang jap agi :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || Saat Hati Perlu Redha












Kabel tak kena curik da, cuma lepas 3 hari berkenduri saya demam, huhu.
Nanti saya lawat kawan-kawan yang setia tinggal komen dan rajin shout dekat buku tamu.
Tak lupa yang sudi tag segmen, nanti mar join ye andai diberi kesempatan ~
Sekarang tak larat nak lagi nak membalas jejak korang, plus emosi kurang stabil heuhuu.
Sayang semuaa yang setia berada di sini. Terima Kasih tak terhingga.
Terima Kasih untuk semuaa :')

.Assalamualaikum.

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || Walimah Lin ;)




Psstt.. Kau Yang Tak Mengerti, disebaliknya ada hikmah, patutla terasa nak post :')

JCB :
Nabi SAW bersabda : 
"Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam 
tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata:
"Engkau juga akan mendapat seumpamanya." 
(HR Muslim)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kau Yang Tak Mengerti ~



Assalamualaikum !
Salam Sabtu, siapa nak join, layangg jiwangg hari ini,
muehehe, sapo terer ce teka lagu siapa ni ?
Haipp tak haci tanya en google :P

"Maybe this is for someone that i'm looking for his missing unexpectedly !
But i'm still happy for him if he's happy right now"
(^____^)

Jiwangg wehh wekk wekk munntah kering :P
Jemput la layangg sesaat dua ^^



Sayangku sungguh pedihnya hati ini
Bila ku mengenang dirimu
Membuat diri aku terguris pilu
Bagai ditusuk sembilu pilu

Kekasih engkau yang satu
Sumber ilhamku waktu dahulu
Dirimu amat kuperlu
Untuk mengisi kamar hatiku

Masihkah kau berjauh diri
Dari sisi diriku ini
Kau pergi bukan kubenci
Kau yang tak mengerti

Membuat kucari-cari
Jalan manakah pun ku tak pasti
Dirimu tetap kunanti
Andai kau kembali

Apa yang kulukiskan dalam hatimu
Semuanya telah engkau sisipkan

Adioss.

Ek.jap..

Psstt.. saya kat kenduri kendara sikalang, 
esok dah balik saya bw rumah korang !
Bentang karpet merah oke :P

Siapa comel, jom cuci mata kat SINI :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

SPM bukan segala-galanya



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Jumuah Al-Barakah, gandakan selawat, gandakan sedekah kita hari ni, daaan gandakan doa ! Moga-moga terlekat doa kita saat mustajab ! Mudah-mudahan Allah kabulkan :)

Emm, sedia maklum belaka kan, semalam adik-adik kita menerima keputusan SPM, tahniaaaahhhh tidak terhingga buat semua, tak kira yang berjaya lulus cemerlang atau yang berjaya suam-suam kuku, dan juga yang kurang berjaya :)

Menulisnya akak di sini, aiceh akak, tua beno dah aku ni ropenye ! haha adoiii rinduuu pulak kenangan SPM ~ nostalgia oii nostalgia ! Siyesss nak muda balik, eh even sekarang masih muda :P Emm sedar tak sedar 8 tahun sudah ku tinggalkan zaman persekolahan. Huuu kangenn bangett ama temen temen gue ~

Eh back to my real intention, intro 7 perenggan, isi ke laut - 2 baris. Haha. 

Mungkin entry ni akak lebih khususkan kepada yang kurang berjaya. Adik-adik sayang.. sekarang nasi dah jadi bubur. Apakah kalau nasi dah jadi bubur, bubur tak boleh dimakan ? Sudah tentu lah boleh kan kan. Bezanya adik-adik yang kurang berjaya dengan kawan-kawan yang berjaya ialah mereka yang berjaya masak nasi, jadi nasi beriyani, nasi ayam atau nasi goreng telur mata. Manakala, adik-adik yang kurang berjaya hanya mampu menghasilkan bubur. 

Persoalan akak sekali lagi, apakah bubur tak boleh dimakan ? Siapakah yang makan bubur ? Di manakah bubur dijual ? Dan berapakah harga semangkuk bubur ? Walaupun ada orang tak minat bubur, tapi tetap bubur ada peminat sendiri kan !

aishhh bubur sedaapnyee ~
Tak payah jawab. Akak tau korang dah penat jawab exam SPM haritu. Akak tulis ni sebagai tanda prihatin akak terhadap korang-korang. Terutama my adik angkat, Syaqir Helmi. Dahh tak payah nak sedih-sedih, nak meratap sakti. Apa yang dah kita terima, kita redha je. Bagi akak SPM bukan segala-galanya. Masih ramaiiiii yang kurang berjaya dalam SPM, tapi sangat-sangat berjaya dalam hidup. 

Cuma yela, kalau kata sedihh sebab tak dapat banggakan mak ayah, it's okay la sayangs-sayangs...Memang sedihh. Tapi, masih banyak cara kita boleh banggakan mereka :) *Pleasee tonjolkan attitude yang baik, suka tolong mereka, sentiasa ucapkan kata-kata yang manis, membantu kawan-kawan mereka daann buatlah apa-apa yang boleh menggembirakan mereka :)

Duhai ibubapa, anda-anda juga perlu sedar, tidak semuaa manusia dikurniakan kecerdasan akal semata-mata, begitu ramai manusia yang berjaya hari ini, atas kecerdasan-kecerdasan lain, atau dipanggil juga, Multiple Intelligence :


Jadi, mengapa perlu bersedih ? Apakah bila satu pintu tertutup tiada lagi pintu-pintu lain yang terbuka ? *masukk ikut tingkap pelissss* Hehe adik-adik, Allah tu Maha Adil sangat-sangat... Tidak berbakat dalam bidang akademik, mungkin berbakat dalam bidang muzik, atau, apa-apa kemahiran yang melibatkan fizikal, pergerakan. Boleh jadi berbakat dalam menjadi jurugambar, pelukis, penulis skrip dan berrbagai lagii..

Apa yang penting buatlah semua tu mesti atas dasar Islam dan kerana Allah. Barulah jadi umat Islam yang power !! Dalam pelbagai bidang semuanya islamic :) Pemuzik islamic, photographer islamic, chef islamic, pelumba F1 islamic, engineer islamic, tukang cuci islamic. Kan indah :)


Pokok pangkalnya, hati, semangat, keyakinan dan usaha untuk yang lebih baik ~ Caiyook !
Yakinlah selalu, siapa yang berusaha, pasti berjaya. Itu janji Allah :)

Apa pun, sekali lagi akak simpulkan dan gulungkan dengan 177% keyakinan bahawa SPM bukan segala-galanya. Sekian, terima kasih ^^

serap semangat adik nii ! :D
JCB :
Kalau kamu jadikan Allah sebagai SUMBER kekuatan,
pasti kamu akan menjadi kuat,
Lebih kuat dari apa yang kamu jangka !

Psst.. ceriakan hari anda dengan melawat www.ohmymuslimah.my ye ^^
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Isim Isyarat :D



الحمد لله إن شاء الله في هذاليوم المبارك سندرس عن الموضوع الإسم الإشارة 
هل عرفتم ما هو الإسم الإشارة ؟

 . لا بأس  الإسم الإشارة نستعمل إذا نريد أن نشار إلى شئ

Alhamdulillah, insyaAllah hari ni kita akan belajar tentang tajuk "Isim Isyarat"
Adakah kalian tahu apakah dia "Isim Isyarat"?

Tidak mengapa, "Isim Isyarat" kita gunakan apabila mahu menunjukkan kepada sesuatu :)

Dalam bahasa melayu, apakah kata nama isyarat yang kita gunakan ? Ya, pandaiii.. 

ITU INI, SINI SANA kan kan. Ke salah ? Ok takpe, jadi hari ni kita nak belajar kata nama isyarat dalam bahasa arab ! Okeyy. bolehh ? Bukak buku nota semuaaaa, salin :D




Penerangan

مذكر (muzakkar) untuk lelaki atau kalimah yang tiada ة 
مؤنث (muannas) untuk perempuan atau kalimah-kalimah yang menunjukkan kepada muannas

1, 2, 3 adalah menunjukkan pada bilangan yang kita nak tunjuk. 

1 - seorang atau satu
2 - dua lah :P
3 - 3 ke atas atau jama'

                          *******************************************************************
CONTOH 1 : INI 

Ini baju - هذا الثوب

Ini itik - هذه البطة

Ini dua orang pelajar lelaki - هذان الطالبان

Ini dua orang pelajar perempuan - هاتان الطالبتان

Mereka ini guru-guru lelaki - هؤلاء المعلمون

Mereka ini guru-guru perempuan - هؤلاء المعلمات


CONTOH 2 : ITU

Itu kerusi - ذلك الكرسي

Itu kereta - تلك السيارة

Itu dua buah meja - ذانك المكتبان

Itu dua orang jurutera wanita -  تانك المهندستان

Mereka itu lelaki-lelaki soleh - أولئك الصالحون

Mereka itu perempuan-perempuan solehah - أولئك الصالحات


Kriiiinggg. loceng dah berbunyi ! 
Selamat bercuti sekolah buat semua anak-anak murid :)
Kalau ada kesalahan yang ustazah tak perasan, sila lah tegur ye !
Jangan lupa buat homework :P

Psst jom beli baju ^^
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

How to propose ~



Assalamualaikum !
Berkenan kat seseorang ? Taktau macamane nak propose ?
Hihi saksikan video ini :)



Sekarang dah tau "how to propose?"
Apa tunggu lagi ? Cepat-cepat ! Nanti kena kebas :P

Allah S.W.T berfirman :
 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat 
dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, 
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik 
dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur : 26)

~ selamat memilih yang terbaik dari ladanggg :P


Psstt.. Jom tengok baju-baju cantik :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || Bahagia itu bermula dari sini ♥




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || Warna Warni Kehidupan :)








La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Ibubapa : Perhatikan siapa anak anda di alam maya


Assalamualaikum semua.. 
Sepanjang minggu ni panas betul kan cuaca. Macam di terik-terik kulit. Allahu Qahhar.. panas dunia dah tak tahan. Yuk kita perbanyakkan istighfar, sesambil duk blogwalking, update entry ke, mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa sedar atau tanpa sedar kita, dan moga-moga jiwa kita mudah menerima nasihat dan teguran :)

Tiba rasa nak taip entry ni laju-laju, lama sudah memendam, tapi tak terluah. Runsing. Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, dapatkah ibubapa menjamin bahawa anak mereka selamat dari ancaman, godaan, kerosakan luar meski berada di dalam rumah ? Sudah pasti tidak. Secara peribadi, saya amat menggalakkan agar ibubapa perhatikan 'apa aktiviti anak anda di hadapan skrin komputer', bukan maksudnya mengongkong. Meski tidak mampu memerhati 24 jam, tapi korban sedikit  masa untuk melihat aktiviti-aktiviti mereka di alam maya.


Ini realiti. Siapa sahaja boleh menjadi "siapa pun" di alam maya ini. Oh macam berbelit-belit pulak ayat. Saya yakin anda faham. Tak faham, pm :P kekeke. Anda biasa lihat anak remaja upload gambar banyak-banyak, banyak sangattt, kalau boleh setiap pergerakan dia nak amik gambar dan upload di facebook ! Walhal dalam pose yang sama, apa yang berbeza rambut senget ke tepi, atau mulut di-duck kan atau mungkin juga, kenyit mata sebelah. Ek. Kalau berjalan pergi somewhere tu, saya consider la lagi nak letak, boleh jugak tengok tempat, ni kalau dah muke die je setalam, ada 92 kepim, apa kess ~

Apa yang menyedihkan, lingkungan usia mereka. Dalam situasi sedemikian, kita dapat lihat yang mereka ni macam SUNYI, BLANK, BLUR, BOSAN GILE ~ sebab tu buat yang pelik-pelik kat alam maya. Miming lagu-lagu popular lah, buat video lah, korang sure pernah tengok kan yang pelik-pelik boleh bikin urat kentut putus tuu ! Allahu Akbar mengucap panjang. Uff maaflah akak bukan nak mengata, but seriously, apa sebenarnya intention korang ? Bukan kita tak bagi nak gegila, layan jiwa remaja, yang parahnya, dalam dunia hari ini 'once you uploaded, you better not uploaded lahhh'. 

dah berapa banyak kes macam ni ? cakap ikut sedap tekak ~ di fb, twitter, blog !
Inilah cabaran paling besar mereka. Mereka hidup dalam zaman serba sebar ! Apa kau pakai, apa kau makan, apa kau rasa, apa ada kat atas hidung kau, apa kat belakang lemari rumah pakcik kau pun, kau nak sebar !! Ni belum masuk pakwe kau tak balas mesej, tak online time ko online, tak ape lagi, ha taktau dah. See.. ZAMAN SERBA SEBAR. Dahh kata sharing is caring keeennnnn ;)

Saya tidaklah mengatakan tidak boleh share, masalahnya benda yang tak perlu tak payah lahhh adik sayangg. Honestly, saya tidak meletakkan sepenuh kesalahan kepada para remaja. Sebaliknya, saya amat-amat bersimpati ! Kerana kalian masih muda,  masih mencari-cari identiti diri, dek kerana nak setaraf dengan retiss, fake akaun sana sini, official la sangat, update status sampah bersepah-sepah. Pastu mencemar diri dengan letak gambar tah hape hape ~ Arghh saya pulak stress. hehe. Ye, saya runsing. Saya sayangkan remaja dan pemuda hari ini.
Kata Saidina Umar r.a : "Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda pada hari ini." 
Ibubapa, guru-guru masyarakat.. tolong.. kita sama-sama bagi perhatian pada anak-anak. Belajarlah kemahiran menawan hati anak remaja, mereka ni suka kalau kita layan peel pelik-pelik diorang, kalau kita dapat berkawan, dengar cerita mereka, insyaAllah lebih mudah untuk dinasihati. Yang paling penting adalah pengisian rohani.

Rohani kosong, sebab tu desperate buat macam-macam untuk tarik perhatian orang. Macam orang putih tu, haa diorang tak semayang, jiwa kosong, sebab tu suka buat mende pelik-pelik tak masuk dek akal. Anda faham maksud saya kan :)

Hakikat, berkata lebih mudah dari melaksanakan. Walau apa jua alasan, pilihan di tangan kita. Tanggungjawab tetap tergalas. Kita sama-sama bagi kesedaran, mereka tidak salah sepenuhnya, kita yang dewasa mungkin tidak menunjukkan contoh yang baik. Justeru, mereka tiada role model yang baik. Yang ada, encik cik retissss yang tettt. Itulah ikutan mereka !

Berhenti saling mencemuh, saling menyalahkan. Kita kan saling melengkapi. Kita sama-sama jadi budak baik hokey.. Plus tak semua remaja gitu, ada yang bagus, sangat bagus.. Kita berganding bahu deh, awak remaja kita pemuda, oke tak ? :D Kitorang yang tua sikit dari korang, akan cuba jadi contoh yang baik, ahaa korang laks jangan degil-degil takmo dengar cakap taw. Pok kang XD



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kita Sebenarnya Yang Diuji


Bismillahirrahmanirrahim. Subhanallah Wabihamdihi :)
Assalamualaikum semua..

Semalam dah keluar keputusan STPM kan, macamane keputusan adik-adik ? apa pun tahniahhh buat semua calon sama ada cemerlang atau tidak, wajib redha. Hehe. Khamis ni keputusan SPM pulak keluar kan, hehe sure kecut perut sampai memerut lah korang. Hehe jahat menyakat. Takpe, insyaAllah yakin je, sekarang ni dah sampai tahap kena tawakal je, apa pun keputusan, terima dengan hati terbuka :)

Ehemm, menarik bila bercerita bab peperiksaan dan ujian ni kan. Yelah siapa sahaja yang tak pernah lalui zaman fedap amat menghadap musim peperiksaan dan ujian haishh ~ Masa musim exam la, macam-macam feel kita tengok memasing, ada yang jenis selesa bersendirian, ada yang suka berbincang, ada yang 'ada aku kisah', ada yang gelabah tak tentu pasal, ada yang tukang spot dan sebar, ada jugak yang 'tawakal' dari awal, yang pastiii memang ramaiii yang spesis esok exam malam ni baru bab pertama *melampauu haha :D

Ish ishh ish jangan contohi aksi di atas ye, berbahaya jika tak dilakukan oleh pakar. XD
Ok lah cukup panjang jugak intro untuk entry kali ni. Back to our topic, 'kita sebenarnya yang diuji'. Siapa kita ? dan apakah yang diuji ?

Terpanggil untuk berkongsi secebis kisah, yang insyaAllah dengan hati yang celik, dapat merubah mentaliti kita selama ini, dan mungkin juga bagi yang dah ada kesedaran, sekadar peringatan ulangan bersama. Kisah contoh simple ini diberikan oleh Ustaz Kazim Elias ketika menjawab persoalan dalam Kalau Dah Jodoh di astro oasis. Saya kurang pasti soalan yang diajukan, dan saya olah sedikit ayat bagi ngam-ho, yang penting maksud asal tidak berubah :)
Ada empat orang sedang makan roti canai dan minum teh tarik di sebuah kedai makan. Salah seorang dari mereka, membaca surat khabar, kisah kemalangan sebuah keluarga yang mengorbankan nyawa sang suami , kemudian dia berkata : 'Kesian mereka..'. Kawannya membalas : 'Takpe, Allah nak uji mereka, dulu senang ada suami, sekarang susah.'
Ustaz cakap, "IT'S WRONG" bila kita kata macam tu. Yang sebenarnya, kita yang diuji ! Bagaimana pula kita yang diuji ? Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mulk ayat 2 :
"(ALLAH) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
Hakikatnya, memang Allah sedang uji mereka, ditimpa musibah, kemudian hilang tempat bergantung. Ya, mereka diuji dengan hebat sekali. Apabila mereka yang ditimpa musibah, sabar kemudian redha, dan tempuhi kehidupan dengan lebih baik, mereka berjaya menempuhi ujian dunia. Tapi dalam masa yang sama kita juga diuji ! Kita diuji apabila mendengar saudara kita ditimpa musibah, sama ada kita nak atau tidak membantu mereka ?  Bila kita tidak bantu, kita sebenarnya yang gagal dalam ujian !

Banyak lagi hal-hal di sekeliling kita yang boleh kita ambil contoh. Seringkali pada pemikiran kita, apabila susah itu, diuji. Apabila miskin, sakit, buruk diuji. Sedangkan senang, kaya, cantik juga adalah ujian !! 


Bila kita jumpa orang miskin, kita diuji. Apa kita buat ? Apakah kita menunaikan hak mereka ? Begitu juga dalam hal anak yatim, dalam setiap harta kita, ada hak mereka, biarpun mereka tidak minta tapi kita wajib beri. 

Hakikatnya, kita sebenarnya yang diuji. Apakah kita menunaikan tanggungjawab sebagai hamba yang Allah beri sedikit kelebihan bagi melengkapi kekurangan saudara kita yang lain ? Tapi kita ? Jika rajin kita penuhi hak mereka, alhamdulillah, jangan sampai pernah berkata ala-ala begini : 'Apa milikku adalah hak aku, kerana aku yang berusaha, kalian tidak berusaha kerana itu miskin, ambil sekupang ini' ~ Nauzubillah ~

Allah.. lebih-lebih lagi dalam kisah yang panjang saudara kita di Gaza, Syria, dan yang paling dekat Lahad Datu !! Teruskan doa kita.. hulurlah tangan dan kewangan jika kita mampu. Andai tidak, jangan kedekut doa, jangan pandang dingin pada doa, berdoalah ! Jangan sampai kita gagal dalam ujian ini. Gagal di dunia, boleh di-repeat. Gagal di akhirat, ketika menerima buku laporan dengan tangan kiri, jangan bermimpi kita boleh repeat ke dunia kembali. 

Pesan ini saya tulis khusus untuk diri sendiri, agar lebih beringat, berkongsi rasa melalui catatan dengan kalian, agar tidak saya seorang merasa kerdil hinanya diri. Allahu Akbar, ampuni kami ya Allah :'(


Saya juga menulis untuk +Budak Kampung, agar dikuatkan semangat menghadapi ujian hebat dari Allah. Iman hebat, iman sekeluarga hebat, sebab tu Allah bagi ujian hebat. sayang iman :)

JCB :
Senyumlah ketika lelah,
Kuatkan semangatmu menempuhi musibah,
Sabar itu mudah diungkap, realitinya, tepuk dada tanya iman,
Apa yang kita rasa mungkin secebis cuma,
berbanding apa yang di rasa Rasulullah s.a.w - Nabi kesayangan kita.
kerana sabar Baginda, kita mengenal Allah, 
kita bertuah dipilih sebagai Muslim, dan kita dapat merasa erti iman ! :')
Allahu Akbar ~
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Segmen Jom Pilih Hadiah!



Yeayy happy sangat dapat join segmen ni !
Simpan hasrat ingat nak join hujung minggu ni tapi tak boleh sabar 
sebab.... Biela dah kasik green light untuk jadi sponsor ~ ngeh3
Hihi makanya.. kena la join terus, 
lagi pun hujung minggu ni tak dapat blogging :(


Eh korang yang belum join pun WAJIB JOIN jugak okeh,
hehe pasal apa ? Pasal..... hadiah boleh pilih sendiri !!
Gile best, tanpa ragu-ragu, mar nak pilih hadiah peplum dan topup :D

Join taw taw taw, KLIK je banner comel kat atas tu,
sekarang je peserta cecah 2 ratus lebih, meriahhh amat^^
Ok lah,
 ~ Assalamualaikum ~
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Mengapa kita disuruh menutup aurat ?



Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab, ayat 59 : 
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak digangguDan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
"Perempuan seperti makanan, jika tidak bertutup dan terdedah, ia akan dihinggapi oleh perosak-perosak, maka tercemarlah ia. Orang yang 'bijak' dan menjaga pemakanan tidak akan makan makanan yang tercemar.."

Perosak-perosak berkenaan adalah seperti lipas, tikus dan lalat. Ini adalah perosak-perosak yang comel, selalu mencemari makanan. Kita sangat 'geli' dan 'mual' jika mengetahui makanan di 'nodai' oleh binatang-binatang ini. Dan jalan mudah yang biasa di ambil adalah dengan membuangnya ke dalam tong sampah, dan jika tidak ingin membazir kita akan beri makan pada kucing.

Maka, keadaannya adalah sama seperti perempuan yang 'terdedah' sana sini, 'tak cukup kain' dan 'pakai tudung tapi baju ketat melekat'. Mereka juga akan berhadapan dengan pelbagai risiko, dan menjadi intipan mata tajam 'perosak-perosak' durjana.

Pintu hati belum terbuka untuk menutup aurat. Jangan risau, pintu neraka menunggu kamu.

- Ustaz Azhar Idrus

Ayat-ayat yang kat atas tu, mar ada copy dari somewhere, tapi tak ingat dah kat mana, huhu. Sekadar perkongsian bersama, yang menutup aurat jangan terus mencemuh yang tidak menutup aurat, doakan mereka. Hati kita ni berbolak-balik, orang yang menyangka dia baik adalah orang yang jahat. Apa yang penting, sentiasa perbaiki diri. Semoga kita istiqomah. 

Manakala, yang tidak menutup aurat pulak, mohonlah kekuatan dari Allah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Nak kata tak sampai seru, al-Quran menyeru lebih 1400 tahun yang lalu, nak kata tunggu esok lusa, berani jaminkah kita masih hidup esok, lusa. Nak kata apa lagi ? Katalah jika berani melawan perintah Allah. Usah bertangguh. Yakinlah, bila kita buat sesuatu kerana takutkan Allah, Allah akan adakan bagi kita jalan keluar :) 

Jom sama-sama jadi baik, mana saya kurang, anda nasihatkan, mana saya lebih kita kongsikan, eh mana korang kurang, saya sudi lengkapi, dan mana lebih korang, mintaaakkk skeeettt, hehe :P 

Wahai wanita, sayangi diri anda. Wahai lelaki, sayangi ibu, isteri dan anak perempuan anda. Sayang menyayangi tidak hanya di duniawi, kan indah jika sampai ke syurgawi :)


Stylo ape pakai baldi ? Hihi. Nak berpesen sangat kaann. Cuma kena teror sikit lah masa nak menebuk ruang untuk muka, takut terlebih besar atau terkecik sangat. Kehkeh. Eh baldi hijau lagi tuuu, haaa kelass kau ~ Mana nak cari ? Haa kat kedai jual beledi lah. Berminat pm :P 

JCB :
Nah, hadiah, dengarkan ini. Untuk semua wanita yang saya sayangi :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Ini bulan MAR



Assalamualaikum warga kota metropolitan juga desa nan permai :)

Hari ni dah 17 MAR 2013.. kejap je masa berlalu kan, dah tiga bulan kita lalui untuk dua ribu tiga belas ni, bermakna ada baki lagi 9 bulan sahaja dalam tahun ini ! Bermaksud juga usiaku semakin ??

Hemm bersamaan juga 4 Jamadilawal 1434h. Kalau bulan Islam dah 5 bulan berlalu, ada lagi 7 bulan sahaja lagi untuk masuk tahun baru. Uishh masa oh masa. Sememangnya memancung diriku yang lalai leka. Astaghfirullah hape bende la yang aku wat silama ini ~

Mohon siapa yang sudi menjadi jurulatih bagi membantu diriku memanfaati masa dengan lebih berhemah dari hanyut ke laut. Klik banner untuk download borang. oke memain je.  jangan marah. STOP.


Eh Oh hehe perasaan tak, sepanjang bulan ni la kan nama Mar sentiasa di seru-seru di mana-mana jua ~ di situ di sana di sini, di mana-mana, di Kokdiang, di Kuching, di Kluang. Ek so ??? Bangga ? Taklah. tak rasa pape. Muahaha. inteprem jap je takkan tak boleh. Heww @_@

Masa kat kelantan dulu, banyak jugak jumpa kedai-kedai nama MAR. Hihi lawak je kalo tengok taw, hamboii macam kaya beno ai : MAR Foto, MAR Nursery, MAR Hotel, MAR Tyre laa.... :) emm motiff entry ni ? Muahaha copy paste ayat atas, inteprem jap je takkan tak boleh. Heww @_@

Bila taip kat google image : mar - keluar la gambar cantik ini, Subhanallah ! 



Pelik la jugak, asal keluar gambar ni kan ? Atas bantuan mister google al-translate, ghopenye bahasa Portugis, MAR ialah LAUT ~ muehehe. Subhanallah Subhanallah cantik kan. Warnanya sangat mendamaikan :)

Makluman warga kota dan desa, saya bukan laut, saya manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, alhamdulillah. Sebahagiannya saya manfaatkan di sini, ya di ruangan polkadot purple ini. Menulis untuk kedamaian. Ek ? damai laaa sangat kenn. Maaf kali ini saya ke laut entry nya. Peaceeee V(^_^)V

JCB :
Dari Ibnu 'Abbas ra, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua nikmat yang ramai  manusia tertipu, 
nikmat sihat dan waktu lapang.” 
(Riwayat Bukhari)




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Segmen: Featured Me on Bubbly?


Bloggies... may I catch your attention? ^_^... Segmen ni inspired by Kak Mia Liana sebab... saya gunakan coding HTML sahaja untuk uols join...macam Kak Mia buat... supaya mudah dan senang dan cepat... 

Segmen: Featured Me on Bubbly? adalah 1 segmen di mana ianya merupakan 1 lagi segmen untuk semua blogger blogwalking, follow dan berkenalan sesama kita... Bukan untuk saya sahaja...tapi untuk semua juga... Get to know each other giteww... Jujur ek? Dah join kena blogwalking ke blog peserta2 lain... Hopefully, dapatlah support dan sambutan dari uols... 

Segmen ini bermula dari 5.00 petang 16 Mac 2013 sehingga 5.00 petang 23 Mac 2013. 

Syarat2?
  1. Follow blog Farah's Bubblynotes, Add to Circle Google +Farah Waheda Wahid.
  2. Buat entri bertajuk Segmen: Featured Me on Bubbly?
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste-kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila highlight semua coding, tekan Ctrl + C serentak dan paste ke ruangan HTML anda yer? 
  4. Tinggalkan URL uols dalam kotak komen di bawah. 
Pemilihan Pemenang Segmen:
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang akan menjadi Featured Blogger di Bubblynotes di dalam entri yang akan di-up-kan pada hari Isnin dan Jumaat setiap minggu. 
Jom join? ^_^... I wanna get to know uols better... 
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT



Daku Amat Menyintai Mu

Daku Amat Menyintai Mu


Syarat-Syarat Penyertaan : 
1 - WAJIB follow blog PGGP & DAKU AMAT dan LIKE fanpage Facebook.
2 - Buat entry bertajuk - WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT .
3 - Copy BANNER GA dan GAMBAR HADIAH dan paste ke dalam entry korang.
4 - Masukkan ke-8 syarat penyertaan di dalam entry korang. 
MAKLUMAN PENTING TAK PERLU DISERTAKAN DI DALAM ENTRY.
5 - Saiz banner dan gambar hadiah MESTILAH saiz yang telah DITETAPKAN.
6 - Tag 5 rakan blogger lain (pastikan mereka tahu ditag).
7 - Tinggalkan URL entry yang dah siap dalam ruang komen GA penganjur.
8 - Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia.


Calon-calon pemenang sarung bantal kusyen comel-comel amat ! :)
 
Hadiah cantik lagi eksklusif dari blog +Ayie Abas, Daku Amat Menyintai Mu :D
~ Weeehuuuuu join taw taw ! Siyes comel sangat hadiahnya ^^



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Silent Reader vs Stalker


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat sore ibu bapak, anak-anak yang saya muliakan, harini kita nak membicarakan silent reader VS stalker ! Ek, korang biasa tak jadi silent reader ? atau pernah tak menyandang jawatan stalker ? Pernah tak ? Kalau pernah, diam-diam je, nanti kena fire ~ Ngeh3.

Honestly, silent reader ni lah hobi baru i :P Eh tapi takde la sepenuh masa, buat secara part time je. Kebetulan kalau terjumpa suatu blog yang memenuhi ciri-ciri untuk di-silent reader kan diri, maka proses membedah blog tersebut berlama-lama dari satu entry ke entry yang lain. Haa begitu alkisahnya. Apakah korang mengerti akan hakikat silent reader dan stalker ? Menurut kamus belog jcb, edisi 0.5, terbitan kerangkrap :

Silent reader ialah pembaca senyap. Manakala, stalker ialah pengendap senyap. 

Kesimpulan dua-dua pun senyap. Spesis silent reader ni, bila baca satu artikel pastu dia senyap je, tak cakap dengan siapa-siapa dan tak tinggal komen, tak shout dan tak tak tak, segalanya tak melainkan membaca semata-mata ! Manakala spesis stalker juga lebih kurang jugak, cuma ia berlaku di laman sosial, facebook. Bila dia hanya memerhatikan gambar-gambar dan status-status pemilik akaun tanpa post apa-apa di timeline, like, share or komen ~

Ni definisi by jcb la, tidak mengikut istilah perubatan, perakaunan mahupun penternakan okey. Jadi, apa nak diceritakannya ?  

Ceritanya itu lah, taktaulah nak cite apa, kengkadang kalau sampai musim malas sangat nak update, suka singgah blog seseorang. Biasanya blogger tersebut saya tak pernah tegur lah, hehe kalau dah pernah tegur chances untuk 'just be silent and keep reading' tu susah la nak dipraktikkan sebab tangan ni sangat perajin menaip komen. Kehkeh.

Biasanya blogger itu adalah cantik, muahaha. Siapa yang rasa cantik tu kan memang blog korang ler jadi mangsa. Ahahaha. Eh cantik subjektif kan, cantik di mata saya. Tak kira lah laki ke perempuan kan. Satu lagi blog dia mestilah mudah dicapai, ek capai apa.. capai entry-entry dia yang lama. Hoho. Blog yang kemas, saya nampak jenis tulisan yang saya suka baca dan gambar menarik yang saya suka tengok, yang dia letak sahaja. 

Kalau ada yang tidak bersetuju dengan jawatan silent reader, maafkan saya. Kerana once kita dah publish taipan kata-kata kita, bermakna we're ready to be read by whoever. Eh betul ke omputeh aku ni ? Haha. Kalau tak faham, email saya -bhahaha bajet.

suke-suke je ek, byk lagi use nye ~
Menyandang jawatan silent reader juga bukan bererti sombong atau sebagainya, cuma tidak mahu menambah beban kepada blogger tersebut melayan komen yang melambak. Eh, hehe lagi pun pada pendapat peribadi saya la kan, silent reader lah yang banyak menyumbang pageviews, ngeh3... tak percaya ? Ye lah dia hanya membaca, so dia banyak masa untuk berpindah ke entry lain, berbanding yang perlu komen - kena taip komen, baca paling banyak dua, tiga entry dah penat. kekekekeke :P Yang penting, tetap saling mendoakan :)
"The most valuable and best gift you can give to someone is doa"
Apapun, saya tetap hargai silent readers di belog ni, anda saya kenal atau tidak, tetapku sayang sepenuh hati. ahakk romantik ler plak :P eh eh jomm appreciate our silent readers ! dear uols, please enjoy the silence. tinkiyu tinkiyu XD


Tapi, kalau jadi stalker tu macam tak enak la pulak kan, *walaupun selalu buat dekat fb* :P
tapi yelah macam saya cakap tadi, sekali kita dah letak kat laman sesawang ni, means kita dah bersedia untuk .. emm untuk apa ek, korang fikir sendiri lah ~ :D

Nah, nak kongsi kartun dakwah yang baik dan bagus untuk kesihatan diri ^^


JCB :
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan Akhirat,
hendaklah dia berkata yang baik atau diam"
- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim -


  
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

My beautiful #595


Ohh penat sangat mengaktifkan diri join segmen, muehehe. Bukan selalu kan, esok bersambung menyegmen-kan diri, sekarang ni tak larat dah. nak pimsan plus laptop macam protes minta diberhentikan perkhidmatan beliau buat sementara waktu. Eh pastu sekarang ni ada hobi baruu, nanti esok den koba kan apo hobi baru sangatt tu. Tu tak berapa menyempat nak menyinggah lagi. *alasan*

Eh, eh lagi.. yela nak review the beautiful lady in this world, my super duper cutestt sister in this life. kikiki. And ofkos my fivehundred and five follower. Here she is ~ 


Haaa Kak Syerrrr +Syera Shahira tinkiyuuu sudi follow kite. hihi. yang kat lam gambor tu semuaaa saya rindu !! Kak yayan, kak jira, kak iza, kak mieya, kak tini, kak kho rindu rinduu rinduuu ghinduuu ;) semuaaa cantiikk, saya sukee ^^

Jom follow kak syer, she is the beautiful lady in beautiful number of my follower #595 ~
klik header cantik untuk sayang menyayangi dengan kak syera :)
tunggangtonggeng dah ayat aku, kbai kbai kbai, gudnite eberibodi :D

:: Assalamualaikum ::
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

#1 - WEEKLY GA BY SHARINA



Okeh kena taip laju-laju, 
tarikh tutup besok, akibat di mangsa-i +miz ruha 
saya ingin memangsa-i nya +Budak Kampung dan +Qurratuaini Habir 
untuk sama-sama bersaing memenangi 
sabun susu beras !! ngeeee XD

Dah penat ber-segmen ~ Selamat tinggal donia ~

Tinkiyuu, Assalamualaikum ^^
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

My First Giveaway By dhia-manja



Kali ini mas melancarkan GA pertamanya ^^
GA ni menanti 15 orang untuk di-kasik hadiah tau !
Apa lagi, jom mencalonkan diri sendiri ngee XD

XOXOD
Assalamualaikum :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE